Saturday, April 9, 2011

Geng Bas Sekolah Ustaz Azizan

Assalamualaikum....
Today Nak Ceritalah Pasal Bas Sekolah Kesayangan Bapa Aku.....
Sebelum nk mula cerita nanyi lagu geng bas sekolah kt tb astro ceria dulu!!


(Eh aku nmpak korang menari-narilah,hey ni bukan senaman tomi!!!,ahahahaha)




Inilah Bas Sekolah Yang Banyak Berjasa Pada Saya Dan Keluarga Saya

Artikel Ini Mungkin slot yang sedih
Ntah tetiba sy teringatkan abah saya di kampung atau panggilan manjanya Abi.

Pada dunia global ni,sy thu ada pasangan kapel panggil pakwe dia "abi" asal x panggil "khalid" jer sama maknanya jer pun,bukan apa,katanya kapel ala-ala islamik yang terlebih had,opss Maaf kalau ada yang terasa yer,bukan nk sakitkan hati sapa-sapa pun,ni realiti dunia sekrang,bila dah akhir zaman kapel ala-ala islamik pun boleh jadi,teringat zaman sekolah mahaad dulu masa tu nak balik umah,ternampak pasangan kapel islamik,ermm ala cerita ala-ala nabi yusuf dan zulaikha,Nabi Yusuf berjalan kat depan Zulaikha berjalan di belakang,acehhwah mcm tu hendaknya boleh bezakan kot kalau pasangan tu dh berkahwin,mesti jalan sebelah menyebelah..yer tak..???
(aishh tersasul artikel pulak..)

Ok,ni bas sekolah ayah saya,ayah sy beli bas ni masa sy darjah 5 kalau tak silap,masa tu bas ini terlalu nazak sgt sebab bnyak rosak,tp ayah saya seorang penyabar so dia kumpul duet sikit-sikit untuk repair bas ini.tapi malangnya ayah sya juga baekk hati suka sgt tak heran kalau orang tak bayar hutang bas sekolah dia,hurmm (maaf ek abi tak sengaja nk cerita),walaubagaimana pun bas sekolah ini sudah mencecah (kalo ikut umo sy yer) dah sepuluh tahun bersama ayah saya.

Kenangan Bas Sekolah Ini
Pada mula hari Kakak Sulong saya kawen,kerana nk menjimatkan kos segala kos kahwin kakak sya,bas inilah yang membawa segala peralatan memasak reramai dan peralatan khemah kahwin akak sulong saya,amacam anda mampu,bapa saya seorang yang selamber,kentut depan orang ramai pun dia buat muka seposen jer,mcm xde apa yang berlaku,malah mak sy yang buat muka ,ngehh..!!Kerana tak mahu bebankan kos belanja yang tinggi,abah sya ambil kesempatan dalam kesempitan,tak payah lah nk pinjam or sewa lori masa kakak sulong sya kahwin nanti orang kata kami kaya pula,ala buat ala kadar jer,apa nk demand sgt,yer tak??Berguna bas sekolah ni!

Rosak masa nk pergi sekolah
Sedang asyik2 lena di dalam bas tetiba bas sekolah ini terpadam ditengah-tengah jalan raya,hshhh!! jam menunjukkan pukul 7.30am makanya,ramai pula budak sekolah dalam tu nak pegi sekolah,berkat sabar seorang ayah,mmber2 ayah sy pun tolonglah hantar bebudak sekolah ke Sekolah Khir Johari,Sg Petani,Sekolah Jalan Sekerat aka SK Sg Petani dan Sekolah Agama Daris Sg Jagung.So Apa boleh buat ayah saya pun berusahalah repair bas di tengah jalan sebentar.

Sekolah Agama Daris,Sg Jagung,Kedah
Bas ini menjadi kenangan dengan Sekolah Agama Daris kerana,satu-satunya sekolah agama yang menggunakan perkhidmatan ayah saya untuk bawa budak asrama lelaki ke masjid pada setiap hari jummat untuk solat jummat di masjid berdekatan.Walaupun bas rosak ayah sy gigih cari bas lain untuk sewa demi bawa budak-budak sekolah agama ini ke seruan agama.Kegigihan ayah saya mungkin tidak dapat jasa dari manusia tetapi mulia disisi ALLAH swt(INSYA ALLAH),kerana kita tidak tahu mana nilai kebaikkan hati seseorang itu,kalaupun orang itu Imam Muda atau Imam Tua,tapi hatinya tidak sesuci mana dihadapan Tuhan,baik dihadapan manusia ada baiknya manusia itu bertaubat sebelum terlambat(amboii menulis,mcm aku ni baik sgtlah) Oleh itu jangan nk menilai seseorang itu pada pandangn wajahnya lihatlah pada sudut hatinya....Insya ALLAH.

Geng Bas Sekolah
Selepas berapa tahun kakak sulong sya kahwin,maka dikurniakan olehnya seorang baby yang kiut miut pada tanggal julai 2006.Sekian lama kian membesar dan didik oleh ibubapa dan nenek n atoknya..Kerana terlalu taksub dgn cerita geng bas sekolah di astro ceria tersebut,makanya anak sedara sy pun mengelarkan atokny adalah geng bas sekolah.So hari-hari nk naik bas sekolah.Ngehh..anak sedara sy pun smpai sekarang naik bas sekolah atoknya...

Dedikasi Khas Bas Sekolah Ayah Saya

Bas sekolah buruk itulah yang membesarkan saya dan adik-beradik saya
Bas sekolah buruk itulah yang bagi keluarga saya makan setiap hari
Bas sekolah buruk itu dpat membelikan apa yang kami mahu

Rosak,sakit bas sekolah itu
Tak mahu hidup
Merajuk dengan Ustaz Zizan
Pasal Bas Sekolah itulah Yang mampu buat sy belajar smpai ke Kuala Lumpur

Kadang-kadang bukan kedekut
Tapi Ayah kata,Jimat duit
Bas rosak,kita kena repair
Dah tu nnti abi nak kasi korang semua makan apa???

Jasa besar bas sekolah tu
Kata Ayah Sedara saya Dari Muar
"Bas sekolah tulah yang bagi korang makan selama ni"

Walaupun bas sekolah tu dh tua
Mungkin satu hari nanti
Kalau sya dah berjaya
Mungkin sylah yang akan beli bas baru pada Ayah saya
Walaupun tak janji
Namum berkat doa Ibu
Itu pasti
Kita Yakin...Bukan Janji
Seburuk-buruk bas tu
Kita kena pikir Bas tu yang banyak jasa
Kalau tidak tak makan kami sekeluarga.....
Buruk-buruk bas tu gigih ayah cari duit nk bagi semua makan..

"Bukan duit yang kami minta
Tapi kasih sayang yang kami perlukan"
(artikel ahmad: kasih ayah kasih ibu)

Err,nk nagis pula
yelah,bila habis jer ambik budak sekolah
Abi terus balik rumah,rehat,mandi lepas tu pergi masjid.
Pastu balik makan jap,pastu tido esok pagi bangun mandi solat subuh
Bawak bas sekolah
Aku dah boleh hafal kegiatan harian ayah aku pasal bertahun aku hidup dgn dia...
Sekrang aku kat KL,mungkin hari-hari macam tu
Mngahrapkan ayah sy sihat sentiasa walaupun tak nampak pada azalinya (Bukan Azali Azalan!!)Bergitu juga dengan Ibu saya,Insya ALLAH Amin.

Oleh Itu Hargailah Jasa Ayah Anda Walaupun apa jua usaha yang dia lakukan,bukan hargailah jasa pakwe or makwe anda yer blom lagi jadi suami atau isteri yang sah lagi..jgn nk jasa lebih2 sgt!! ingt org kmpung yer tak AinaaAbdulAziz??



Amacam Hensem tak Abi Saya...
Muka Yang tampan dulu kini selamanya..
(Apa-apa pun,kalau korang nk kata pakwe kawan korang or pakwe korang tu hensem sgt,lihatlah wajah ayah korang masa muda dahulu,makanya merekalah lagi hensem dan tampan dari pakwe anda.!!! )

IniArtikelAinaAzizan

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu