Thursday, January 5, 2012

surat untuk saudara

assalamualaiku saudara,






Tahukah saudara kenapa saya menaip surat ini bukan menulis? semalam saudara saya sudah hilang kawarassan dalam fikiran .. saya seolah-olah bertindak seperti tiada tuhan yang melihat aksi saya ... Ya ALLAH berdosanya saya, saya sendiri pada masa dan ketika itu terlalu kusut fikiran dan tidak fikir lain dan tidak ingat apa-apa.

Saya adalah mahasiswa yang tidak berjaya di universiti,sebab tu saya tidak suka berdemo-demo ini kalau diikutkan hak pelajar bagi diri saya apakah yang harus saya hak-kan ..?? Boleh dikatakan saya di MALAS juga suka habiskan duit ibubapa saya di kampung sana.Nak kata saya joli tidak pula sebab saya tidak suka bersosial sana sini.

Didalam lingkaran hidup saya,ada manusia yang lebih teruk dari saya sebenarnya,lagi susah dan payah kehidupannya dari saya,bersyukur apabila ALLAH kurniakan saya seadaanya tapi saya sendiri tidak nilaikan kesyukuran itu , kenapa ye saudara ??

Saban semester saya asyik sakit je saudara,sampai ibu di kampung risau dengan keadaan saya,saya fikir saya takkan hidup lagi tapi anugerah tuhan berikan saya nyawa harus saya syukuri,sampai ke hari ini saya still bernafas kalau tidak tiadalah surat untuk saudara ini.

Saya mungkin telah hilang semangat untuk belajar,saya bukan seperti mahasiswa lain,yang bijak menguruskan segalanya ,akal yang tuhan berikan pandai mereka menjalankan dengan baik dan saya pula tidak pula terurus masih ditampuk fikiran lama,kadang-kdang saya bercakap dengan alam ini,bilalah saya akan berubah segalanya? Alam tidak menjawab sebaliknya diberikan hujan pada saya. Tapi hujan itu ALLAH yang turunkan dengan lebat sekali untuk sumurkan dunia ini ....

Kini,saya berada di tahun akhir di universiti,semua kawan-kawan saya dah praktikal,graduate dan sebagainya kini hanya tinggal saya sahaja,nak taknak saya harus habiskan semua sesi pembelajaran saya. 

Saya pun taktahu kenapa semalam pada jam 2 atau 3 pagi saya boleh buat perkara bodoh,habis calar balar badan saya,bodohkan ..?? Saya bertindak diluar dugaan tapi still boleh menaip dan duduk diatas kerusi lagi walapun parah dikatakan.

*********** ALLAH TAK ZALIM PADA KITA TAPI KITA YANG ZALIMI DIRI KITA

p/s: oh sungguh terharu sekali surat saudara ni yer sehinggakan tulis pun tak habis hurm..
----artikelterpelihara2012