Sunday, February 19, 2012

Itu Ini Bergitu Bergini ...

assalamualaikum .....

   today kita dengar lagu "itu ini bergitu bergini" lagu dari kumpulan mirwana





Sebenarnya Mirwana ni dulu nasyid,ye kumpulan nasyid dari Mahaad Hamadiah tapi itu zaman sekolah sekarang semuanya dah berkahwin,dah bekerja,lepasan universiti so kumpulan ini bergerak dengan nada lirik tersendiri,apa yang mereka hendak sampaikan adalah isi lirik tersebut dan persepsi orang sekeliling contoh macam lagu "itu ini bergitu bergini" orang sekarang kalau dengar lagu takat geleng kepala tapi tak tahu apa yang nak disampaikan oleh   penulis lirik tu bermasalah juga sesekali kita reapet dan dengar lagu tu berulang apa yang penulis ni nak sampaikan,tapi lirik mirwana semuanya ada makna bukan sia-sia geleng kepala untuk kita dengar,sesekali apa kata kita fahami dan hayati lagi "itu ini bergitu bergini" hasil ciptaan Akmal Mirwana.






Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..

(CHORUS):
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

(VERSE 1)
Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap  kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

(Chorus)
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.

(VERSE 2)
Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,

(BRIDGE):
Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..

(Chrous X2)
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta,

 Lirik / Lagu : Akmal & Altimet
Apa yang anda akan sensitif tentang lagu ini ..?? Pasti anda part lirik ini anda sensitif . Kalau hendak di pandang dengan masyarakat sekarang ya , apa yang disampaikan (gosip) memang banyak tapi itu hanya sekadar gosip yang tak tahu kebenarannya.Bila sampainya satu gosip ke telinga manusia maka dihebahnya keseluruh pelusuk laman sosial,sbb tu ada lirik berbunyi macam ini 
"Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata.."
Semua itu hanyalah helah dan dusta yang menghancurkan segalanya,oleh itulah si tukang rap tu menceritakan dia bukan lelaki itu lagi yang akan duduk kat kedai kopi sehingga jam 2,3 pagi sbb nk lepak dan bergosip , ingat perempuan je dok umah smpai dua tiga pagi sembang masuk dapur sambil buat kopi gosip sana sini,lelaki pun ada. Istilah Itu Ini Bergitu Bergini mengikut pandangan saya adalah menunjukkan masyarakat malaysia mudah terima satu gosip or fitnah dengan mudah tanpa menyelidik terlebih dahulu.Konsep lagu ni harmoni dan mudah diterima oleh semua masyarakat sebab setiap sebutan lirik tu ada dalam diri kita sendiri kalau tak percaya baca dan hayati lirik ini betul-betul kemudian tafsirkan pada diri dan hati anda sendiri dan bagi mereka yang suka sangat bergosip patut dengar lagu ini dan bagi mereka yang dah bersara dari bergosip pun patut tersenyum bila dengar lagu ini ... Hidup pun tak lama sebab tu Altimet ada selitkan lirik ini


"Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat"
Ada Faham ...??


Bila mendengar lagu mirwana ini .. 
  Rasulullah SAW bersabda

“Tahukah kalian apakah ghibah itu?, para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya yang lebih tahu” Lalu beliau melanjutkan “Yaitu kamu menyebut saudaramu dengan hal-hal yang ia tidak suka untuk disebut” lalu seseorang bertanya “ Bagaimana pendapatmu bila apa yang aku katakan itu ada pada diri saudaraku yang aku ceritakan? Beliau menjawab “ Bila apa yang kamu ceritakan itu ada pada diri saudaramu, maka kamu telah melakukan ghibah terhadapnya. Dan bila apa yang kamu katakan itu tidak ada pada diri saudaramu, berarti kamu telah mengada-ada tentangnya (menfitnahnya)” (H.R Muslim]
hmmm ... 
"Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.."
Ada FAHAM TAK ..??
Tak Faham Tanyalah Yang Lebih Ariff,Masing-masing punya citarasa dan citarasa saya hanyalah memberi pandangan saya .. sekian

 Wallahualam'

@artikelterpelihara2012


No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu