Sunday, February 26, 2012

Sekadar Berkawan

assalamualaikum .....

   saya hanya sekadar berkawan dengan awak .....





Kini ramai ada masalah dengan kawan,tidak hairanlah kalau best pren leh jadi musuh an ..???
masalah "sakit hati" ada didalam persahabatan,jika tidak jujur makanya ada sahaja yang tidak kena malah akan merebak ke seluruh alam dan pelusuk .Hanya kerana hati yang tidak sempurna makanya penulis dan juga sesiapa sahajalah akan mengalami masalah "sakit hati" "tidak puas hati" dengan kawan.

Pandangan Pertama
 Bila saya mulakan sesuatu ukhuwah dalam jalinan persahabatan,adakalanya saya tidak jujur,saya menipu dan sebagainya.Namum kadang-kala saya juga hendakkan perhatian dari kawan saya dan saya akan berbuat bergitu juga.Didalam situasi ini apa yg hendak saya tekankan adalah.Berkawan hanya sekadar berkawan dan tidak lebih dari itu,tapi jika anda dapat kawan yang jenis cepat sayang kawan,anda harus bersyukur sebab ada juga kawan yang sayang kawan kan .....

Pandangan Kedua
  Bekawan ,Bersahabat seperti Rasulullah SAW. Pernahkan kita dengar cerita para sahabat Nabi SAW. Baginda bergitu akrab sekali apabila bersama sahabat baginda.Teringin sekali jika kita bersahabat atau berkawan hendak juga kita berkawan seperti Saidini Abu Bakar Ar Siddiq dan Rasulullah SAW.Bila berjuang bersama Rasulullah SAW ada yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan Rasulullah SAW contohnya Hamzah Assadullah.
Hebat kan ..? 

Pandangan Ke-3
  Dalam berkawan kalau takde gaduh tak sah ... pasti berlaku bagi pendapat saya,jika saya bergaduh ngan sahabat-sahabat saya,saya perlu fikir untuk cari penyelesaiannya,tapi harus juga saya berdoa pada ALLAH agar ALLAH lembutkan hati sahabat saya itu.Bukan saya cari penyelesaian untuk menghuru-harakan keadaan.tapi saya harus fikir ngan matang untung selesaikannya bukan jalan kedua atau ketiga kerana masalah itu ada penyelesaiannya.

Meluahkan Perasaan
   Meluahkan Perasaan itu ada ,kadang-kadang hati ni dah pendam lama sangat sampai berat nak simpan.tak tahu nak cerita kat sapa,tapi harus diingat pabila kita cerita pada seseorang berjagalah dan bertutur katalah dengan jujur dan sempurna,buangkanlah prasangka buruk yang ada dalam hati kita.Hati kita ni punyai masalah dan bila ada masalah rasa sakit hati itu berlarutan sehingga diakhir kalam pasti kita akan memfitnah seseorang itu ..... ianya pasti berlaku untuk menangkan diri kita dan pasti ada kawan yang akan mempertahankan kita tanpa kita sedari itu adalah untuk kepentingan diri kita sendiri .....

Ku Benci Pada MUUU!!
   Sungguh ku benci padamu ... kenapa harus ada ayat itu? kenapa?? Pabila ada yang benci kita ingatlah kita punyai IBUBAPA lagi yang tidak pernah benci akan kita.Tapi benarkah ayat itu apabila seseorang kawan itu benci pada kita..??? tidakkah kita tanya pada HATI kita? andai kita sudah tawar hati untuk bertanya kenapa harus kita fikir yang kawan kita benci akan kita..??? atau kita yang BENCI padanya.... ?? Buangkan perasaan benci itu kerna Rasulullah SAW sendiri tidak megajar para sahabat untuk membenci antara satu sama yang lain.Hilangkan rasa benci itu kerna tiada faedah apapun untuk kita dapat pada diri kita dan juga tiada manfaat pada orang lain.Maaflah secara terbuka jadilah orang yang suka pemaaf kerana sifat maaf itu adalah sebahagian sifat Rasulullah SAW.

Oh Kau GAY@LESBIAN
   Pandangan masa kini bila lihat lelaki dan lelaki berpegangan tangan atau perempuan dan perempuan berpelukkan dan tetiba main-main cium pasti ada yang sangka mereka ni GAY@LESBIAN kan ...?? Buangkan prasanka buruk itu,kita tidak berhak menghukum hanya sekadar menilai dari luaran kadang-kala itulah kawan baik.Cuba kita tnya pada mereka dan baca mata mereka dgn keikhlasan pasti kita tahu . Kadangkala kita tidak tahu kenapa lelaki cepat berubah menjadi GAY@Pondan dan Perempuan berubah menjadi pengkid@LESBIAN.Bila memandang mereka sekali imbas cukup pantas kita menghukum golongan ini bukan ..?? mengaku jelah sapa pernah menghukum golongan ini.Kita tidak perlu menghukum,mengejek atau bla bla pada mereka sebaliknya jika kita tidak kenal atau tidak rapat dengan mereka berdoalah pada ALLAH agar golongan ini menemui jalan yang benar ..... yer tak??

Take care-nya kamu
   "kita kawan je kan,kenapa harus kamu tahu segalanya ,pleaselah kawan hanya kawan.OKEH" jika ayat ini selalu kedengaran di corong-corong telinga,pasti ada yang terasa,ingatlah kawan bukan hanya sekadar kawan tapi dirinya ada tanggungjawab,selagi namanya kawan ia tetap kawan,dan seorang kawan itu tidak akan membiarkan kawannya derita dan sebagainya bergitu juga sebaliknya.Bersyukurlah kalau ada yang take care pasal kamu ...

AIB Sahabat ...
     Dulu cukup baik menjaga aib sehinggakan satu hari gaduh kerana pekara kecik semuanya berubah dan membuka aib.dek kerana aib yang bukan-bukan,maka di tokok tambah fitnah dan sebagainya.adat berkawan pasti tidak lekang dengan pergaduhan bukan. Oleh itu berjagalah aib kawan anda dan anda juga kerana tidak semua hati sama,malah hnya rambut sama kaler hati tidak tentu sama jernih sesuci yang mungkin.

Hilang Kawan
     Bila dah bergaduh dengan kawan-kawan pasti akan bawa geng untuk selesaikan masalah malah ada sahaja bahan untuk bukti dan menjadikan tomahan,bila sudah selesai makanya akan berlaku masam muka walaupun hanya senyum selepas berjabat tangan dan sebagainya.tapi tahukah anda jika anda hilang kawan anda tidak hilang lagi IBUBAPA.IBUBAPA tidak akan benci kita selagi mana kita sedia menjaga hatinya,selagi mana IBUBAPA sayang pada kita Hilang Kawan Boleh Jadi Hilang IBUBAPA tiada pengganti kerana redha ALLAH terletak pada kedua orang tua kita ....

Masalah Kawan ...
     Masalah kawan adalah perkara simple,tp bagi hati kita yang terkena akan rasa susah dan takutu kehilangan atau rasa malu tak terhingga malah boleh membuatkan kita nak bersendiri.fikirkan semula.Masalah kawan hanya pekara kecil dan boleh diselesaikan mengikut kadar waktu diperlukan.Kita ada masalah ummah yang patut diselesaikan kerana masalah kawan itu bermula dari hati kita yang "SAKIT"

DENGKI
     Dek kerana kau adalah pelajar pointer tinggi makanya punyalah dengki member pergi bomohkan kau ... huh .. tolong kepada sahabat diluar sana,kejaayan kalian adalah hasil susah payah korang dan bukan TUHAN nak pilih yang sekian-sekian ini sahaja untuk berjaya,bak kata lagu UNIC
"Bersusah Susah Dahulu,Bersenang Senang Kemudian" 
Well ini peribahasa melayu sebenarnya tapi unic buat lagu dalam lagunya yang bertajuk "remaja".Oleh yang demikian usahlah berdengki sakan yer,tengok kawan lain berjaya kita pun berusahalah untuk berjaya kan ..

to be continue ......
@artikelterpelihara 

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu