Sunday, March 25, 2012

Into The Wild



 Berdasarkan dari kisah yang benar. Pengembaraan seorang pemuda dalam mencari erti hidup, tanpa wang seseorang manusia itu boleh hidup dengan alam sekitar.


 
 Kisah alam nyata sekitar tahun 1991-1992  , Christoper Jahnson Mccandless yang telah mengembara di seluruh pelusuk amerika dan bercita-cita ingin ke Alaska (di dalam film yang dilakonkan semula itu). Apa yang menarik perhatian penulis dalam fiilem ini .

 Christopher(dilakonkan oleh Emile Daveport) seorang graduan yang berjaya disebuah kolej , namum atas pandangannya terhadap kedua orang tuanya yang selalu mementingkan harta benda dan kekayaan , bg Christoper itu tidak penting baginya,duit bukan segala-galanya ,akhirnya setelah Chris menghabiskan belajarnya ,beliau bertindak untuk mengembara dan mendermakan duitnya pada yayasan kebajikan sebanyak US$ 24k. Bilamana Ayahnya mahu membeli sebuah kereta baru,namum permintaan itu ditolak oleh Chris sendiri dan berkata 

"untuk apa membeli sebuah kereta baru sedangkan yang lama itu masih boleh di gunakan dan elok di pakai"

 Kata-kata itu membuatkan ayah Chris bergitu terasa dan tidak berkata-apa pun pada Chris.Hasrat untuk melanjukan pelajaran ke Harvard Universiti itu hanya ungkapan di  mulut Chris sehinggakan beliau bertindak untuk mengembara dan akan kirimkan surat pada kedua orang tuanya dan juga adik perempuannya.

 Chris memulakan pengembaraannya dengan menaiki kereta yang di belinya tika baru selesai graduate dahulu, Chris juga tidak mahu dikenali malah di tukar namanya kepada Alex dan tidak mempunyai kad pengenalan sepanjang beliau mengembara ke pelusuk amerika.

 Bagi penulis,karya novel Chirstopher ketika pengembaraannya,beliau mengenali ramai orang,dan iilhamkan di dlam filem juga, mempunyai beberapa chapter atau bahasa melayunya *Bab atau permulaan tajuk besar. Mencatat apa yang dilaluinya sepanjang pengembaraannya di serata negeri di amerika syarikat walaupun adakalanya beliau telah melepasi sempadan mexico dan di tangkap oleh penguatkuasa dan dihantar semula ke amerika.

  Pengajaran filem Into The Wild ini mengambarkan bertapa hilangnya kasih sayang kedua orang tua kepada anak-anak mereka ,hanya mahukan kekayaan dan kasih sayang itu dibeli juga dengan harta benda,namum tidak pada Chirstopher,baginya duit bukanlah segala-galanya ,Dia mengembara dan ingin ke Alaska bagi memenuhi cita-citanya sebagai seorang pengembara. Hakikatnya yang menderita adalah kedua orang tuanya yang pernah membeli kasih sayang seseorang anak itu dengan harta benda dan kemewahan bukan keikhlasan.

 Ternyata kadangkala Christopher juga mengalami tekanan perasaan juga,hahahaha bila penulis tengok cerita ini terbayang maksud disablik tersiratnya hasrat dan apa yang hendak disampaikan oleh Chirstopher ini. Apa yang membuatkan Dia (Chris) mengembara sedangkan dia seorang yang pandai dan tidak mudah putus asa. Setiap kali mengembara pasti Christopher akan berhenti di bas lama yang terbiar di sebuah pergunungan dan hutan tebal bersebelahan dengan sungai. Disitulah Christopher menghabiskan masanya sehinggakan satu hari itu dia termakan satu rumput beracun hingga menyebabkan kematiannya di dlam bas itu.

 

“I have had a happy life and thank the Lord. Goodbye and may God bless all!”
— Chris McCandless’ journal from Alaska

“So many people live within unhappy circumstances and yet will not take the initiative to change their situation because they are conditioned to a life of security, conformity, and conservatism, all of which may appear to give one peace of mind, but in reality nothing is more dangerous to the adventurous spirit within a man than a secure future. The very basic core of a man’s living spirit is his passion for adventure. The joy of life comes from our encounters with new experiences, and hence there is no greather joy than to have an endlessly changing horizon, for each day to have a new and different sun.”  Chris McCandless quote 

Best cerita ni ... rugi kalau korang-korang tak menghayati dengan dalam.
@artikelainaa 2012