Sunday, April 15, 2012

14 April 2012

Assalamualaikum ...
  Rasannya ada yang kata itu perkara biasa tetapi tidak bagi aku ........

3 Tempat Berlainan Dalam Masa 1 hari

06.00am
 Bangun seawal pagi bukan lagi perkara mudah,pada mulanya ada yang ingat penulis akan ke majlis konvokesyen KLMU di PICC,Putrajaya namun bukan rezeki penulis pada tahun ini,selepas mandi solat subuh semua,penulis terus ke luar dari rumah untuk menunju ke kolej .

06.30
KTM Kepong Sentral
 Menunggu tren seawal itu bukan kali pertama tapi dah banyak kali namum senjak akhir-akhir ini jarang hendak tunggu train pada awal-awal mcam waktu ini,oleh yang demikian train ktm sampai di stesen ktm kepong sentral tepat jam 06.45pagi.

 Perjalanan ke kolej terasa amat jauh sekali dan terlalu jauh tapi train pagi tu berjalan dengan nada lambat (err pelik kan ayat dia,bermadah katakan),kadang-kala penulis akan termenung sendirian sebab terlalu mengantuk sekali,tapi ntah kenapa pada hari itu,ngantuk itu hanya sekadar kiasan sahaja,hendak dilena namum mata tidak dipejamkan,menguapnya berulang kali.Tapi tak tidur pun.

07.15am
 Tiba di Stesen Putra,penulis turun dan pantas berjalan ke arah keluar.Berjalan kaki dari Stesen KTM Putra menuju ke The MALL Putra berhampiran dengan Stesen BAS Pantai Timur Putra,melepasi Stesen LRT Putra berjalan sehingga melalui jalan pintas berhampiran dengan jalan-jalan yang kian hampir sibuk hendaknya.Berjalan di kawasan perumahan oh tidak ketinggalan sempat tersempak dengan orang gila dan sebagainya , akhirnya jumpa Wisma Havela KLMU dan terus ke hadapan pintu utama klmu tapi masih tutup patah balik ke belakang kolej iaitu Lorong Havela dan kemudiannya jumpa pintu masuk belakang iaitu basement klmu dan berjumpa dengan Uncle Guard untuk memberikan barang padanya .

07.45am
 Terus bergerak ke Hotel Istana dengan menaiki teksi bertambangkan RM 10 pada tika itu smpai di Hotel Istana hanya bayar RM4 sahaja sebab tambang sampai ke sana adalah RM6.50 selamatlah Abang pemandu teksi tu baik belaka pada hari itu. 

 Ingat ada program pada pagi itu di hotel istana tunggu sehingga jam 8.40 pagi rupanya,majlis itu bermula pada jam 8.00 malam nanti bersama dengan KLMu,Oh Tidak pendengaran aku rosak rupanya! adesss!!!

09.00am
KLMU,Jalan Raja Laut.KL
 Berpatah balik ke kolej,dan hari ini bersama 70 orang pelajar baru dalam sesi bersama Fanslitator KLMU SGC dan juga 3 Ahli MPP 2008/2012 iaitu Mohd Alif,Khalil Rahman dan Aina Azizan. Beramah mesra pada hari tersebut dan penulis ...

(hahaha senjak en zainol takde makin berani beliau ni!)

 Selama enam jam bersama SGC KLMu dan MPP akhirnya tepat jam 2petang selepas zohor,terus berjalan ke Masjid Jamek,KL untuk ke Perhimpunan Mansuh PTPTN dan NGO.

02.30pm
 Sambil mengeluarkan kamera digital lumix,penulis merakamkan segala aktiviti-aktiviti semasa Perhimpunan itu berjalan.Mula berarak dari Masjid Jamek,kemudian berhenti di Dataran Merdeka,berarak pula ke Sogo melalui kemudiannya berhenti di Sogo dan kemudiannya terus berjalan ke Jalan Masjid Jamek dan terus kembali ke Dataran Merdeka. 

 Fuhhh!! Sampai jam 4ptg ,sehingga ada diantara polis bertanya pada penulis aktiviti apakah itu..??

 
Tertera pada Gambar ini ada seorang Polis berbaju biasa tanya pada penulis

 Dengan jawapan selamba penulis yang tidak berjaya ini maka jawapannya adalah

err mana saya tahu encik pergilah sendiri siasat,saya jalan-jalan je kat sini


 Err,jawapan macam nak kena pelempang jer,hahahahaha! Sehingga jam 7ptg penulis bersama OccupyDataran untuk terus bersama sehingga 28 April 2012 ini. 


 Namum disebabkan faktor kerja pada malamnya sebagai Photographer Tambahan untuk Kementerian Dalam Negeri (RELA Dang Wangi) Penulis hadirkan diri untuk ke Majlis Makan Malam KLMU ( Dinner Night Metropolitan KLMU 2012 )

07.00pm
 Penulis di Hotel Istana bersama KDN untuk hadirkan majlis bersama KLMU sekali gus menjadi Photographer tambahan pada malam itu untuk dinner KLMU.sehingga jam 10malam penulis pulang bersama Tuan dan anggota RELA yang lain.

 Walaupun hanya satu hari,makanya esok dan hari seterusnya ia akan menjadi berlarutan sehingga sesuatu pekerjaan itu akan berasa PUAS dlam hidup penulis.Walaupun penat satu hari sebenarnya hari ni pun mata lelap sekejap je pastu tak tidur semula sedangkan esok kena jumpa pengarah KDN pula.....

 apapun selamat malam .... jumpa lagi~~
@artikelainaazizan 2012

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu