Saturday, April 14, 2012

Anugerah Nasyeed 2012

 Assalamualaikum wbt ....
    Pertama kali siaran tv swasta islamik malaysia tv alhijrah menampilkan Anugerah Nasyeed.Com 2012 yang julung kalinya berada di kaca di tv, selalunya nasyeed ni kalau nak ada anugerah dalam AIM (Anugerah Industri Muzik) , ABPBH ( Anugerah Bintang Popular Berita Harian) dan ada beberapa anugerah lagi dalam arema muzik tempatan.


 Pada mulanya nak tengok kat Pusat Islam Malaysia tapi tahu habis lambat nanti takde sapa nak hantar balik,tak pasal-pasal kena tido kat masjid negara tak pun kat tepi-tepi jalan kejap,ataupun tido kt Stesen KTM Kuala Lumpur. Tapi rasa best sebab dapat tengok and dengar lagu pujaan hati senjak sekolah rendah hatta suka dengar lagu nasyid ni dari tadika lagi ......! Bukan kerana sekolah dok buat pertandingan nasyid bagai tapi sebab suka lagu slow dan smooth (lembut) ,kadang-kadang dengar nasyid yang berunsur selawat atau doa dalam pada masa sama dah boleh hafal secara tiba-tiba .......

 Kalau dulu masa AIM dan anugerah yang memartabatkan industri malaysia ni sikit sangat nak bagi anugerah makanya penulis selalu tunggu calon-calon masa nasyid saja sebab teruja nak tahu sapa pemenangnya,kalau anugerah yg selalu ada kt kaca tv,mursyid yang selalu menang adalah Rabbani di dalam ABPBH selama beberapa tahun berturut ,kalau AIM pun selalu dengar Raihan ,kalau tak Raihan HIJJAz,kalau bukan HIJJAz makanya Rabbani lah,susah pengadil nak nilaikan penyanyi nasyid lain selain 3 kumpulan itu.Apapun tvalhijrah memang best sebab tayangkan secara live di tv dan stream di internet.

 Apapun tahniah pada Para Pemenang ya ..!! Mantapkan Industri Nasyid Malaysia 


Pemenang Kategori Nasyeed Cinta
Lagu : SAAT LAFAZ SAKINAH
Artis : FAR EAST


Pemenang Kategori Nasyeed Perjuangan
Lagu : BEBAS PALESTIN
Artis : RABBANI, INTEAM, SAUJANA, NOWSEEHEART


Pemenang Kategori Nasyeed Amar
Lagu : BERJALAN TANPA HENTI
Artis : DEVOTEES


Pemenang Kategori Nasyeed Sirah
Lagu : SUMAYYAH
Artis : HIJJAZ


Pemenang Kategori Nasyeed Munajat
Lagu : MENANTI DI BARZAKH
Artis : FAR EAST


Pemenang Kategori Nasyeed Selawat
Lagu : BINNABIL HUDA
Artis : UNIC


Pemenang Kategori Video Muzik Terbaik
Lagu : PEDOMAN
Artis : NORA feat. VOICE OF UMMI
Pengarah : ERAMA CREATIVE SDN BHD


Pemenang Kategori Susunan Muzik Terbaik
Lagu : DIA MUHAMMAD
Artis : INTEAM


Pemenang Kategori Persembahan Vokal Terbaik
Lagu : INIKAH PETANDA
Artis : RABBANI feat. MAWI


Pemenang Kategori Lirik Terbaik
Lagu : MENANTI DI BARZAKH
Artis : FAR EAST
Penulis Lirik : ITO LARA


Pemenang Kategori Lagu Terbaik
Lagu : DIA MUHAMMAD
Artis : INTEAM
Penulis Lirik & Komposer : FRIZDAN


ANUGERAH JUARA NASYEED.COM
Lagu : BEBAS PALESTIN
Artis : RABBANI, INTEAM, SAUJANA, NOWSEEHEART

Tahniah kepada para mursyid malaysia,semoga kalian memantapkan arena nasyid di malaysia ..... 





sumber gambar : tvalhijrah

@artikelterpelihara2012

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu