Tuesday, April 3, 2012

Satu Kisah Di Kem Nur Sg Merab

  Adapun Majlis Selawat telah selesai tamat jam 12 tgh keatas pada 31 Mac 2012 sabtu lalu,makanya aina bersama dua sistarnya ,Kak Raudhah dan Kak Sakinah berjalan ke KTM Bank Negara untuk ke Stesen UKM . 

 Bermulalah perjalanan itu ke sana dengan penat letih sehinggakan Kak Raudhah boleh tidur berdiri (korang mampu.??). Untuk tidak mengantukkan beliau sedara penulis ini pun bercerita sehingga tiba di stesen KTM UKM,Bangi Selangor Darul Ehsan. Tiba di UKM ,menanti pula ketibaan Kak Hawa untuk mengambil kami. Suasana perjalanan ke bangi ini mengimbau kisah lama yang sering membawa sedara penulis ini ke bangi satu tika dahulu ......



Dan Tiba di Kem Nur Sg Merab,Selangor Darul Ehsan
dan ada kisahnya .........

Ini adalah suasana dewan makan Kem Nur Sg Merab. Nampak kemas,cantik dan lawa,malah tidak kurang juga makanannya sedap-sedap belaka. sedara penulis iaitu ainaa azizan tiba di Kem Nur Sg Merab selepas asar,dan bersolat di situ. Selepas asar,kembali ke dewan kecil bersebelahan pejabat urusan kem tersebut. agenda pada petang itu adalah untuk mengembalikan kegemilangan usrah serta seangakatan dengannya (lupa pulak scene tu). Kemudiannya sedara penulis membawa diri ke dewan makan yang penuh indah ini untuk bersama rakan baru dalam sesi ta'aruf bersama. Berkenalan bersama rakan yang baru dan bergurau senda pula bersama meraka,oh masa itu memang indah buat sedara penulis ni,sengih sampai ke telinga hendaknya!! Selesai berta'aruf dan berbincang segalanya,akhirnya mangrib menjelma ......... Diberitahu pada Kak Raudhah bahwa sedara penulis nak mandi kerna badan terlalu rimas dengan jubah separanya itu. Kak Raudhah dengan nada lemah dan ngantuknya hanya mengangguk sahaja. Bersiap untuk mandi dan terus menuju ke tandas berdebar di hati melihat curam yang tinggi itu,baru 5 hari lepas sedara penulis ini jatuh tersebam mencium lantai di LRT Masjid Jamek dan tak pasal-pasal menempah ambulans HKL untuk membuat rujukkan siasatan lanjut kerna tak boleh langsung berdiri hendaknya malah bergerak pun tak mampu! 

"Diceritakan oleh Dr yang berbangsa cina itu ,awak dah boleh bergerak dan tiada kecederaan melampau di lutut awak , dan awak boleh pulang
Doktor  Spara Praktikal
Hospital Kuala Lumpur
26 Mac 2012"

 Sedara penulis tidak mengingatkan apa-apa dari kata-kata doktor itu,selesai mandi sedara penulis terus menunaikan solat manghrib. Berharap,berdoa pada yang Maha Esa supaya aku selamat disini hendaknya .. amin ya rabbal alamin.

 Dikhabarkan oleh salah seorang sahabat penulis yang sedara penulis ini adalah seorang yang cekal tabah hatinya dan tidak mudah mengalah,walaupun sakit hendak juga melakukannya,namum di kata-kata sahabat penulis sebilangannya hakikatnya sedara penulis tu seorang yang pemalas berangan je banyak!! Disebabkan penulis tak mahu berbicara banyak pada malam itu setelah insya berakhir maka bermulalah satu forum wanita pada tika itu. Mengkhabarkan tiga finalis yang cukup mantap sehingga sedara penulis itu tertidur hendaknya!! cukup melampu batas! 

Panelis dan Moderator

 Lihat pada gambar ada seorang paling senior di hujung sekali dan beliau berjaya memupuk dirinya dan keluarga menjadi keluarga ABIM (angkatan belia islam malaysia). Tapi masa forum ni sedara penulis tu dengar juga kisah mereka walaupun pada awalnya nak bertanya soalan tapi rasa malas pula ... ekekehkeh.

 Melihat Kak Raudhah yang kelihatan mengantuk sangat-sangat berasa simpati untuk membawa Kak Raudhah pulang ke kamar dengan cepat.Selesai forum tersebut,segera sedara penulis membawa Kak Raudhah untuk ke kamar bagi Kak Raudhah rehat secukupnya kerana Kak Raudhah telah berpenat lelah untuk menyediakan masakan tengah hari pada hari Program Majlis Selawat KLMU 2012.Namum Kak Raudhah ingin teman Kak Sakinah Budiman minum malam atau erti kata lain supper malam di dewan makan itu. 

 Sebetulnya di dalam hati sedara penulis 'ainaa azizan' sedang dalam keletihan,kesakitan pinggan pada tika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu hendaknya,melihat teman lain tersenyum riang tika bersenda di dimalam hari sebelum semuanya untuk tidur.Sedara Penulis gagahkan diri untuk ke meja selingan hadapan mengambil air namum tidak disangka bahwa Kak Sakinah telah pun mengambil air pada sedara penulis ,lantas sedara penulis pun patah semula ke arah meja sebentar tadi untuk duduk minum teman Kak Raudhah dan terus membawanya pulang ke kamar dengan segera.

 Mungkin kerna hati kaki binasa! Hati sedara penulis tidak berapa sedap malam itu mungkin tidak diletak garam pada gulai yang tawar itu, Sedara penulis hendak melalui di belakang Kak Mardihah yang sedang rancak bersembang sesuatu pada rakannya disitu, Hendak di pegangnya lengan Kak Mardihah namum tidak kesampaian,kaki terbengkok sedikit atau erti kata lain "terpeleok!" dalam longkong kecil dan terus menjunam ke bawah di tebing tinggi tersebut. Namum apa yang kedengaran tika sedara penulis ini jatuh hanya jeritan lantang Kak Mardihah yang tidak sempat menangkap sedara penulis ini.

"ainaaa!!!!!!!!!!!!!"
 Hanya sesaat itulah yang di dengar setelah kepala sedara penulis ini terhentak dengan kuat ibarat buah nangka jatuh ke bumi atau durian jatuh ke tanah !! 

"YA ALLAH SAKITNYA KEPALA AKU,ASAL TIBA-TIBA KAKI AKU TERPAKU INI ...WHYY???"
 Sedara penulis sedarkan diri dipejamkan mata dengan rapat sekali kerana kepala terhentak di lantai dengan bergitu kuat sekali,malah hendak di pegangkan tangan pada kepalanya bergitu sukar kedua-dua tangannya untuk bergerak ke arah kepalanya.Dengan secepatnya Kak Mardihah terus kearah sedara penulis dan mula dikerumuni ramai bersama-sama sekali pelajar uitm pada tika itu. Sedara penulis sediri tidak tahu siapa yang memangkunya dan mengurut di kepalanya pada tika itu hanya bersandarkan kepala pada seseorang hamba ALLAH yang cukup mulia baik pula hatinya.... bergemgam tangan dengan Kak Mardihah kerna kaki sedara penulis diusik walaupun hanya sentuhan biasa.Dibukakan tudung itu untuk melihat keadaan kepala sedara penulis agar tidak mengalami kecederaan kritikal , namun tidak kah mereka tahu bahwa sedara penulis tika itu berasa dunia seperti ... 

"dunia dalam gemgaman ku"
Lagu Promo KLMu 2011
 Arghh lupakan yang itu,tidakkan mereka tahu bahwa sedara penulis itu dah serba salah hendaknya,walaupun mereka seikhlas hati membantu sedara penulis ini,namum bagaimanakah hendak sedara penulis ini membalas jasa ..? Namum tidak perasaan yang memeluk pangku sedara penulis dari awal jatuhnya sedara penulis itu adalah Kak Atiqah Shahirah dari Unversiti Putra Malaysia yang pelan - perlahan mengurut kepala sedara penulis itu . (agak manja juga sedara penulis ini) ,Setibanya team ambulans dari hospital serdang, dengan nada sakit yang teramat sangat ( Hanya ALLAH yang tahu ) Para jururawat lelaki mahu mengangkat sedara penulis di atas stretcher untuk dibawa ke dalam ambulans ... 

 Diceritakan oleh sahabat handai sedara penulis , tidak disangka Kak Raudhah menagis kerna serba salah tidak mahu pulang awal ke kamar dan kenapa harus singgah ke dewan makan untuk minum dahulu .. Oh bukan salah mu wahai Kak Raudhah sudah benda mahu jadi apakan daya tidak disangka. 

 Dikabarkan oleh sedara penulis 'aina azizan' sendiri pada tika hatinya berputik untuk berkata sesuatu tika rawatan sedang di jalankan. Pabila sudah selesai dengan segera sedara penulis terpaku melihat 5 sahabatnya menantinya di luar wad. Dengan segera Kak Raudhah dan rakan yang lain memangku sedara penulis ke kereta. bertanpakan selipar di kaki dengan keadaan sejuk sekali berwajahkan pucat dengan tidak boleh bersandarkan badan ke kerusi kerna tidak selesa namum tidak agak-agak untuk pengsan kali kedua, di ulang kali Kak Atiqah bertanya adakah sedara penulis hendak minum atau makan dek kerana Kak Ika ingin membelikan sesuatu pada sedara penulis,mata layu tika menunggu rakan yang lain membelikan sesuatu pada sedara penulis, acap kali Kak Atiqah bertanya pada sedara penulis namum nada lemah itu menjawab dengan seikhlas hati pada rakanya itu agar menghilangkan kerisauannya pada hati. acap kali sahabat yang lain tanya sedara penulis ini cuba menjawab dengan nada lemah dan tidak merisaukan hati yang lain. Di papahnya Kak Sumaiyah ke dewan untuk memberikan sedara penulis rehat sepenuhnya. Sebelum tidur itulah bait hati penulis mula berbiacara "

"Saya memang kuat,dimana sahaja orang akan lihat saya dengan bergitu kuat sekali ,tidak kira pada masa itu saya sedang sakit atau sedang bernafas laju,bukan kerna hendak minta simpati atau sebagainya tapi penyakit itulah yang menyebabkan pembelajaran saya tertangguh selama beberapa semester.Saya mengikuti usrah dan tamrin adalah untuk mengembalikan cahaya hati yang satu tika dahulu cukup bersinar ia berubah tika saya merubahkan diri saya sendiri tanpa disedari. Sekuat-kuat saya setabah-tabah saya,hati saya tetap lemah dan akan terus lemah.Senyuman saya adalah ikhlas dan tidak minta balas,senyuman saya untuk semua hatta pada masa saya sakit pun itulah senyuman saya untuk semua pada ibu ayah,adik beradik dan sahabat handai, ALLAH turunkan saya satu ujian untuk saya lalui tidak sempurna hidup seseorang itu tanpa ujian dari ALLAH,dahulu saya tidak pernah mengerti apa itu ujian yang ALLAH timpakan untuk saya,dan serikali sahabat nun jauh di sana jordan menasihati saya dengan penuh hemah dan sabar. Barulah saya faham apa itu erti sabar dalam ujian hidup. Saya tidak menyangka kejadian jatuh itu akan berlaku,maaf pada semua yang berada pada tika itu,terima kasih yang sudi mendoakan saya ........... saya cuba untuk kuat seadaanya "                             Ainaa Azizan, HKL 2 April 2012

Terima Kasih =D
(walaupun cerita tak habis) 

Penulis,
@ainaazizan2012