Friday, May 4, 2012

Pengalaman BERSIH 3.0

Assalamualaikum wbt ....


  Rasanya agak lama jugak nak update tentang Pengalaman Seseorang ni yang pergi BERSIH 3.0 tempoh hari.Walaupun dah lepas tapi agak kasihan dengan keadaan beliau yang kini makin lama makin lupa kerana jatuh terseret tika water canon menghempur kearah beliau,sudahlah pernah jatuh gunung satu tika dulu,luka di kepala pun tidak hilang lagi ....




Sebagai anggota pegawai rendah dalam jawatan awam penjawat kerajaan ini, baginya tidak semua penjawat awam yang kerja kerajaan itu akan undi Dacing atau pangkah BULAN mahupun Roket tidapun Bulan Sabit! Malah ada juga yang sengaja merosakkan UNDI SPR kerana tahu SPR itu memang tidak BERSIH dan sempurna,Malah berasa BOSAN bila buka TV di Pejabat asyik tayang stesen TV yang suka BERPROPAGANDA , Luar cerita BENAR dalam ceritanya PALSU Semata-mata .... bertuah tika berada di BERSIH 3.0 berjumpa dan bersama dengannya . 

Melalui detik sukar apabila DIA mendapat tahu pada malam 27 April 2012,berusaha DIA mengelakkan Provokasi apabila Lori dan Pihak Polis lalu di hadapan kawasan laluan ke Dataran Merdeka. Berada di Dataran Merdeka sehingga jam 1 pagi dengan keadaan seorang diri dan tidak memerlukan bantuan sesiapa untuk menyelesaikan masalah sendiri. Biarpun pada malam itu DIA sakit di bahagian pinggang dan tidak mampu berdiri lama, DIA selalu berjalan sendiri bertemankan kameranya yang selalu dibawa kemana sahaja ...

 DIA akan duduk rehat di hadapan gerigi duri yang dipasang oleh Unit Uniform BIRU, baginya semua orang inginkan KEAMANAN dan KEADILAN , Jika di Mesir, Rakyat Mesir mahukan KEADILAN di dlaam PARLIMEN nanti ...

 DIA juga rakyat, seorang rakyat yang tidak dikenali, hidup yang di laluinya amat perit selama 3 tahun di Bandar Metropolitan, pernah menyertai BERSIH 2.0 tahun lalu namum masih takut dengan cabaran ,takut dilemparkan pemedih mata dan takut hendak berSUARA . Takut di buang Kolej atau diBuang kerja.

 Baginya ada yang hadir itu sebahagian penuh adalah SB yang akan cetuskan kontroversi sehinggakan salur maklumat di dalam hand free beliau disalah beri dan DIA sempat berbisik pada orang lain supaya berhati-hati kerana kereta dan track uniform berbaju biru masih banyak lagi dan akan jalan di laluan Dataran Merdeka itu.

(ehsan dari blog orang lain)

Malam itu setelah selesai semuanya lihat DIA nak balik, tapi tak tahu nak kemana,apa arah tujuannya, adakah DIA akan tidur di hadapan CIMB Bank untuk esok (28 April 2012) tidak bahaya kah bagi dirinya seorang wanita itu . Akhirnyan DIA cuba berjalan sendirian dari Masjid Jamek ke persimpangan hala ke Jalan TAR seorang diri namun berpatah balik ke Masjid Jamek dan mengambil teksi di perkarangan stesen LRT Masjid Jamek dan terus balik ke Pejabat dan tidur di sana.

28 April 2012
Mendapat tahu DIA bernaung tiket dibawah SB ,atas tiket yang tiada harga sesen pun dan hanya mempergunakan nama SB bagi memberitahu SB akan membuat PROVOKASI pada hari tersebut. Namum sapa nak dengar cakap DIA, hanya duduk tunggu dan tangkap gambar sahaja. Mau sahaja di BILANG SB tak pasal kena belasah pula. Berjalan di masjid jamek dan duduk sebentar di situ melihat riuhan orang ramai laung BERSIH BERSIH BERSIH . duduk membetulkan kameranya dan bangun berjalan di perkarangan masuk ke Dataran Merdeka



Matanya melirik melihat di gerigi berduri itu melihat sekeping nota menulis "WELCOME TO TELAVIV" iaitu satu wilayah Palestin yang telah di rampas oleh Israel kini ada pula di Malaysia. DIA hanya mengelengkan kepalanya sahaja .

Hanya duduk selama 30 minit dihadapan seorang uncle berbangsa INDIA dan tersenyum melihat gelagatnya yang tidak diendahkan orang lain , bangun semula dan berjalan sendiri ke arah Bangkok Bank menunju ke Pasar SENI dan di situlah tersirat satu kisah ada yang mengenalinya dan menegurnya dari belakang , tersenyum tersengih , dibenak hatinya sahabatna itu tidak berfurdah sebelum ini dan ia hanya bertudung labuh dan berjubah sahaja, mungkin DIA tidak mahu salah sangka dan bersalam lalu meninggalkannya, mungkin sebelum ini sahabatnya itu pernah berfurdah agaknya ... siapa tahu , ALLAH saja yang tahu. Dia melupakan pertemuannya dengan sahabatnya itu.Dan rata-ratanya disitu dipenuhi kawalan Polis dan SB yang sedang menyamar dan juga ratusan orang berbaju KUNING .
Berjalan lagi sehingga sampai ke PUDURAYA melihat kebanyakkannya disitu semuanya berbangsa cina yang semangat laungkan BERSIH .... STOP Lynas dan REFOMASI dan tertarik pada seorang kanak-kanak kecil yang di dukung oleh ayahnya seraya serentak menjerit BERSIH ... BERSIH, anak kecil itu semangat sekali sehingga membuatkan rata-rata yang dilihat dari matanya adalah SB yang sedang mengambil gambar budak itu untuk di tayangkan umum dan memberitahu bahwa BERSIH membawa seorang budak kecil.Semangat si ayah ini membawa anaknya agar anaknya tidak teranaiya sepertinya akan datang ....

Kembali ke masjid jamek,sebelum itu lalu kedua ke Dataran Merdeka juga di tutup dan Mahasiswa yang berkhemah di situ di pindahkkan pula, makanya melihat ramai yang bergambar disitu, wah adakah ini pesta tahunan rakyat malaysia , seolah-olah semuanya yang datang BERSIH pada hari itu adalah hari untuk bergambar belaka , tak kurang juga gambar bersama family pun ada , wah harmoninya . Namum bagi DIA itu hanya sementara ,rata-rata matanya telah nampak SB bersiap sedia tepat jam 2pm untuk PROVOKASI murahan menjelah tiba tepat jam 2 ptg nanti.

DIA kembali ke perkarangan dataran merdeka, ada yang berjumpa dengannya salam dengan ramah mesra , ada yang senyum melihatnya dan ada juga yang meminta untuk mengambil gambar sebgai kenang-kenangan, tanda-tanda matahari terik kian terpancar dibawah sinaran matahari, duhai ribuan manusia ini baru lautan demotrasi bukan lagi sinaran terikkan panas di padang masyar untuk mengimbangi saat dosa pahala amalan kita semua. DIA duduk di lagi sambil termenung jauh melihat apa akan berlaku selepas ini.
Dahaganya , DIA mula dahaga, melalui jalan sesak terserempak dengan SB berbaju merah tanpa logo unit AMAL Malaysia. Meredah lautan manusia sehingga tersepit diantara laluan Azmin Ali ingin masuk ke depan untuk bersama Peguam yang di lantik oleh PR .Menunggu untuk lari keluar dari ratusan manusia yang berdiri dihadapan itu bukan DUDUK di hadapan gerigi besi tersebut.

Penat Penat Penat !! makanya terjumpa kawan lama dri sekolah daerah kepulauan Penang yang turut hadir serta sama. Anwar Ibrahim pun tiba dengan mengangkat tangannya namum lirikkan mata kearah seorang SB yang teragak-agak hendak ke depan untuk cetus huru hara , cis bedebah kau SB , buat malu nama SB sahaja nyah kau dari situ !!! Akhirnya gerigi berduri itu dilepasi dan membuatkan keadaan huru -hara tak bertempat dan DIALAH mungkin wanita pertama yang melangkah masuk dengan berani kedalam dataran (maksudnya melangkah jurugambar dari luarlah) saat itu akan pitam buat dirinya selamanya , vidoe camera tidak sempat dionkan tika pecutan water cannon pertama di hemburkan ada yang sempat dirakamkan detik abang berhelmet merah, berkayu dan berbaju biru menghalau beberapa PESERTA BERSIH lalu ada yang menghentak kepala seorang peserta dengan kasar, Oh abg baju biru , rasionalkah sikap anda ..???

Hampir di kejarnya oleh abg baju biru itu namum water cannon telah pun menghembur ke badannya lalu pengsan sekujur tubuh di tengah jalan itu lalu diangkatnya ke tepi oleh beberapa peserta BERSIH yang berada disitu . Kali ketiga water cannon menerjah kearahnya wajahnya ditekup di dada seseorang peserta BERSIH air itu merasa terkena pecikkan di kelopak matanya tersedar dari pitaman itu dan sedar sahaja tudungnya hilang bergitu sahaja .......
Seluar hampir terbuka,menutup dengan pin tudung pemberian sahabatnya di DBKL, sadis melihat dirinya, itulah kali pertama jurugambar itu terkena sedar sahaja camera DSLR hilang entah kemana, gigih mahu cari camera itu semula sekali lagi terkena tembakkan water cannon dan gas pemedih mata. Muntah kali ini terkelur darah yang kurang merahnya ditekup pada wajahnya dengan kain basah iaitu baju salinannya yang semalam itu.
ALLAHUAKHBAR !!! apa salah kami ..?? Provokasi itu bermula dari SB .... SB dan SB!!!! SB yang bertindak untuk gagalkan kenapa susah sgt untuk memberi tiket duduk di Dataran MERDEKA ....?? kenapa ???
DIA gigih berjalan dan mencari DSLRnya yang hilang, akhirnya berjumpa semua DSLR yang hilang itu pada Seorang PEMUDA yang menjaganya ,Wah sungguh baik hatinya dan dia bertindak jujur juga untuk mencari kembali jurugambar yang kehilangan kamera itu. Rasa geram mula menyilap di hati wanita ini yang mulanya bertindak atas tiket SB dan hilang serta merta tiket SB tu , beralih pada rakyat yang teranaiya pasti ramai yang tidak tahu ,
Kami ke situ tak bawa BATU KAMI ke sini juga tak BAWA PELURU KAMI Cuma Tuntut BERSIH dalam PRU Tapi Kenapa Harus Layan Kami Macam REJIM SEKUTU ...????
Dia sudah beralih angin, tudungnya hilang kakinya separa darah kepalanya benjol juga lebam dan dia berambut pendek seolah-olah seperti LELAKI SEPARUH SIAP , harus apakah diberi layanan seperti tu, kata dia di dalam hatinya ...? Layanan Uniform Biru pada T-shirt Kuning seolah-olah pada rakyat di Syira ,Palestin dan sebagainya ...? Perlukah ..?
Berhadap pengharpan demi dendam sehelai tudung yang hilang entah kemana, DIA (jurugambar) duduk dihadapan sekali tika ramai orang bertempiaran lari ditangkap polis, disangka lelaki kerana berambut pendek duduk dengan tangan silang , andai berani si uniform biru tangkap dirinya itu tandanya DIA beralih angin dan uniform biru ada diantaranya menagkap gambarnya dan apabila dia bangun dari disitu terdengar makian unifom biru dan carutan pasukan itu , oh abg uniform biru , tahu itu tugasmu ,tahu itu adlah arahan orang atasan namum kau lebih takut orang atasan dari ALLAH yang menciptamu itu. DIA bangun dan seraya menjerit
AKU ANAK MERDEKA !!!!!
Salah seorang unit uniform itu menjerit dan mencarut kearahnya seraya peserta BERSIH tidak takut dan terus terjah lari kearah pasukan biru tu entah apa berlaku tidak diketahui kernaa DIA terus berjalan tanpa menoleh kebelakang lagi , benak di hatinya
MOGA ALLAH AKAN MENGAMPUNKAN MEREKA YANG BERUNIFORM BIRU INI
Dia terus jalan dan jalan mengisi catatan hatinya yang terbuku itu,dihatinya tidak semua UNIFORM BIRU ITU JAHAT dan tidak juga DIA mengelarkan apa-apa pada UNIFORM BIRU Ini rata-rata UNIFORM BIRU ini adalah muda dan tidak berumur sangat dan mungkin juga UNIFORM BIRU tambahan, siapa tahu hanya mereka yang mengendalikannya sahaja yang tahu ...

Benarlah ia satu gurauan negetive dan ada yang pasti terasa, mesti pula ada yang akan menulis dalam rencanannya nanti
- Sapa suruh kau pergi BERSIH , BODOH ...?
- PADAN MUKA , memang layak untuk kau pun !
- Aku dah agak berSHIT memang ganas , bodoh *&^!@(#(#*
- Nampak je pakai serban tudung labuh, jubah bagai tapi bodoh nya tahap *&^%$#@!
- Sapa suruh kau pergi , BODOH BODOH BODOH LAH KO !!
- GANAS giler berSHIT 3.0 ni! pergh *&^%$#@!


Kita diera jatuhkan bangsa kita sendiri, kita diera kita menjatuhkan maruah kita sendiri dan kita sekarang diERA sedang DIJAJAH PEMIKIRANNYA ! kadang-kala ayat kesat itulah yang membawa kita kepada kepecahan umat , membuatkan orang lain akan ketawa berdekah di ruang bilik berhawa dingin dan keluar di media dgn nada kesal walhal suka dengan apa yang berlaku tidakkah kita perasaan yang kita diambang perpecahan .... bukan lagi era zaman dahulu kala ini tahun 2012 , bukan tahun sembilan belas lagi, bukan tahun yang teknologinya guna burung merpati untuk sebarkan maklumat bukan juga zaman anak muda duduk di rumah diam dan berdiam diri .....


Jika BERSIH itu ganas mungkin pada hari ini uniform biru tidak akan tidur lena, tidak akan tenang di luar sana, pasti sudah seperti di Syria , pasti sudah ada yang tidak dapat menjalankan aktiviti harian pasti sudah ada KEDUTAAN negara luar akan mengambil balik rakyat dan pelajar mereka pulang ke negara , pasti sudah tika itu ada yang merancang dengan lebih ganas lagi , tpi fikir sejenak, malam ini juga ada yang tidur lena , tidak ada yang dibimbangkan apa-apa, jenayah itu dimana-mana tidak kira di KL sana malah di luar KL pun ada. Jika ada yang kata BERSIH itu bercampur lelaki dan perempuan tidakkan Konsert JOM HEBOH dan seantero dengannya bercampur juga ...??? tidakkah sama ??
Fikirkan sejenak wahai rakan sekalian , kalian tidak bodoh dan jangan terlalu LALANG dalam pemikiran masa depan, apa akan terjadi pada anak cucu kita dimasa hadapan nanti ..? Jika Kerajaan ditukar dan yang di tukar itu juga melakukan perkara yang sama tidak mustahil ada
BERSIH yang lain pula ....... tidak mustahil yang maki hamum dalam FB, Youtube , BLOGGER dan Sosial Network yang tidak turun BERSIH pada kali ini juga akan turun secara tiba-tiba di masa hadapan .. Itu Perkara TIDAK MUSTAHIL AKAN BELAKU ...


Kesalahan kita memang jelas orang tetap akan cari dan terus mencari, dicernakannya kubur itu masing-masing namum diakhirat kelak itulah satu jawapan pada kita untuk tuhan mengapakah kita sendiri memecahkan ukhwah umat pada masa kita tidak sedari pun perbuatan itu.


DIA seorang jurugambar pulang dengan keletihan, ada juga dia mengaku pada teman yang lain bahwa dia adalah SB Kerajaan. Namum alih anginnya memihak pada rakyat biasa yang mahukan KEADILAN. Akhirnya di tumbang di hadapan pertama kompleks dan di bawa ke hospital untuk diberi rawatan selanjutnya. Tidak kurang juga sehari selepas BERSIH 3.0 kesihatannya terjejas akibat terminum sedikit water cannon itu.... Walaupun pulang dengan kepala yang lebam di bahagian kanannya . Ia masih mampu tersenyum pada rakan sekerjanya dengan rakan sekolejnya .......
Hingga kini penulis bersamanya yang sakit namum tetap TERSENYUM manis dengan semangat hati yang kuat membara di hatinya !

@artikelainaazizan

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu