Sunday, May 13, 2012

Sambutan UMNO ke 66

 Muqadimmah

  
   "adik awak ni wartawan ke ..?"
   "Eh bukan lah abg saya cuma jurugambar KDN sahaja ....."
   " Oh yeke ...."
  Mungkin itu salah satu soalan yang di kemukakan oleh salah seorang Pemuda UMNO pada AinaAzizan ... 

Jika semasa saya bekerja ianya tiada kaitan dengan POLITIK walaupun sesaat atau sedetik pun , memang ada sesetengah pihak akan mencemuh dengan Kementerian Dalam Negeri kerana ISU BERSIH dan anti pada Hishammuddin Hussien On, tp persoalannya jika saya tidak bekerja sapa nak bagi duit pada saya untuk bayar tanggung sesi semester saya untuk musin depan ..??? Kerja saya tiada kena mengena dengan HAL politik pun , kerja tetap kerja, tidak semua penjawat awam tu pangkah kerajaan ada juga pangkah logo botol kicap ok .... postive your mine ....


  Tidak semua orang akan nilaikan benda itu dengan mudah malah ada yang mengalihkan pandangannya dan ia akan bertaburan menjadi satu FITNAH .... Saya mula kerja di pejabat KDN daerah Dang Wangi pada tengah bulan lalu, saya terlalu tertekan dengan cabaran hidup saya yang tidak menentu dek kerana terlalu banyak masa saya habiskan untuk reffer exam saya dengan kadar kewangan saya yang tdak tetap. Apabila seorang pegawai atasan saya call untuk memberikan kerja sebagai unit media RELA ,saya menerimanya dan menggap ianya satu rezeki kerna ia dpat memberikan sya sedikit wang yang akan saya pada pada kolej kelak. Yelah saya bukan pelajar pandai mana pun, ada juga yang tersangkut .... 

 Ada yang pernah kritik saya bahwa pandangan saya seperti budak tadika atau hingusan, tidak hairanlah jika pandangan sya mcam budak-budak tadika pun, janji itu pandangan saya. Saya tidak terjerumus dengan hal politik walaupun kt facebook saya dipenuhi ruang-ruang politik, adalah lebih baik saya menjadi LALANG , itu pun kena hentam juga ! adehhh......

 Alah biarlah, kat padang masyar nnti bukan tuhan pilih parti mana pun nak masuk syurga ..!! bukan pilih tranformasi sapa yang ke syurga dulu, bukan pilih serban sapa paling kemas atau songkok sapa paling tinggi tidak pun jubah sapa paling lawa untuk masuk syurga dan lepasi titian sirat itu ........ 

 Hati tidak berbelah bahagi pun jika tuan saya mengajak saya pergi ke sambutan UMNO ke 66 ini hatta semasa perhimpunan BERSIH pun saya sendiri yang kata saya akan turun dengan sendiri untuk ke Perhimpunan BERSIH itu. Bagi saya ia tidak bahaya pun , mungkin sebab SB (Special Branch) ramai sangat membuat kan keadaan itu huru hara dan tidak terkawal kerana salahnya UNIT AMAL tidak kawal diseluruh gerigi besi kawal masuk ke Dataran Merdeka, walhal mereka sendiri tahu yang SB akan ramai turun ke sana termasuk saya ...


SAYA SPECIAL BRANCH BEBAS !!!
 Jika ada yang tidak berpuas hati pada saya ,saya cukup insaf pada mereka yang suka membenci pada SB ini, yelah SB tu teruk, suka buat provokasi untuk mencetuskan huru-hara dan suka memutar belitkan media. Tahukah anda bahwa jika ada SB berpihak pada kerajaan tidak mustahil ada juga SB berpihak pada Pembangkang ..? So sekarang ini Pihak Kerajaan pun ada SB dan Pembangkang pun ada SB ... ok. Jangan nak bergaduh sebab nama SB just ada SB yang baik tak suka buat kacau dan tak suka huru hara ni , tapi metaliti pandangan sesetengah pihak terhadap SB ini terlalu buruk sangat-sangat sampai ada tahap membenci pun ada ...

MEDIA BEBAS HAK SAYA !
 Saya ada hak untuk bersuara ,saya seorang mahasiswa IPTS, walaupun sudah banyak pelajaran saya terabai disebabkan sektor kewangan (memanglah ditanggung PTPTN) tapi PTPTN hanya tanggung belajar je , kertas dan design kita print tu PTPTN tak support , makan sendiri , transport sendiri , rumah sewa pun habis belajar akan menjadi beban untuk bayar tapi saya ada hak saya sendiri. Pengakuan saya sepanjang jadi jurugambar tak bertauliah ini saya tidak terima sesen apa pun termasuk dengan BERSIH tu, hatta Perhimpunan UMNO pun saya tak terima apa-apa duit saya pergi kerana saya kerja , gaji saya hujung bulan baru dapat. Media saya adalah BEBAS saya tidak menyokong sesiapa , kenapa harus orang seperti saya di 'HINA kan ..? oklah kan ... bla bla bla ..

p/s : merapu banyak ni .. artikel diatas xde kaitan dengan Sambutan UMNO ke 66

Sambutan UMNO ke 66
 Terbaca dalam internet ada yang kata UMNO tu pertubuhan haram n bla bla bla , apa-apa jelah sekarang ni apa yang saya hendak sampaikan bukan kehendak UMNO tu yer ... baca dulu..

 Saya bergerak dari office ke Bukit Jalil pada jam 4 petang, katanya untuk tunggu anggota RELA bagi mengawal dan kawalan di seluruh Stadium Bukit Jalil, namum bas yang gerak pada hari tersebut hanya ada 1 sahaja dan dlaam bas tu ada empat orang sahaja, di tempahnya bas sampai 5 bijik bas tapi 1 bas je jalan. Tidak hairanlah kalau ada anggota lain datang  sendiri dan bla bla bla ...

 Sampai di stadium seolah-olah ada satu perlawanan bola sepak pula, mungkin perlawanan Kelantan lawan Man.U agakanya tapi saya tersilap rupanya semuanya adalah Ahli-ahli UMNO itu sendiri, merah seh , smpai saya pun berbaju merah juga . Saya bersama rakan sekolej lama Afiq Tajul Nizam untuk mengambil gambar disekitar stadium semasa perarakkan masuk nya PM dan semuanya sekali.

 Meriah sangat stadium Bukit Jalil semalam dan rata-ratanya adalah makcik-makcik, gologan BELIA, dan remaja sekolah dan tidak hairanlah kalau terserempak dengan sekumpulan pelajar kolej kan .... Perkara biasa, kat BERSIH dulu pun ada gak geng-geng mahasiswa ni, termasuk lah dengan jurukamera tu pun budak kolej gak .. KLMU lagi~~~~

 Keadaan stadium terlalu panas sangat-sangat sebab semua merah, letih jalan sebab nak kena cari port untuk tangkap gambar tungguh menteri datang untuk tangkap gambar mereka dan seangkatan dengannya, boleh dikatakan semalam puas sudah tawaf satu Stadium Bukit Jalil,punyalah penah, hanya ALLAH sahaja yang tahu.

 Walaupun masa datang tu pengacaranya ialah Fara Fauzana,masa sampai tu ada Jamal Abdilla tengah menyanyi lagi Gadis Melayu, pastu ada Isma (bukan ISMA MALAYSIA ok) kakak Tomok juara 1 in a million tu ,pastu ada Dayang NurFaizah dan lain-lain lah, banyak sangat

Dayang NurFaizah in the Stage Of UMNO 

 Tepat jam tujuh malam, saya dan sahabat saya kembali ke van RELA untuk mendapatkan makanan namum tidak sampai lagi mungkin kerana terlalu lapar saya keluar membeli pizza hut untuk makan sedikit sebelum makanan sampai, pabila makanan sampai bukan takat pizza hut saya melahapnya dengan nasik ayam tu sekali saya lahapkan (hodohkan peragai? lalalalala)

(hahaha sambil Jadi jurugambar sambil tulah berfacebook kt handphone)

 Menjelah waktu maghrib, pengerusi majlis meminta tiupan seruling tmabahan oleh penonton stadium dihentikan segera kerana bunyi azan maghrib menjelang tiba tapi teguran itu seolah-olah tak dapat kesan apa-apa pun sbb makin bising adalah , sama je mcam kat BERSIH , bertmbah kuat laungan BERSIHNYA .....~~~ Surau time tu memang padat dan penuh ia tidak dapat dinafikan lagi , so hendak mencari juga ada tak orang solat di luar stadium atau sebagainay setakat ni tak jumpa lagi .....

 So terduduk distu sehingga Insya tika warga UMNO semangat sedang menyanyikan lagu UMNO itu, hehehe tapi surau time tu still gak penuh ok, ia tidak dapat dinafikan lagi, dan tika itu semangat mak cik- mak cik ni .. hurm ibu saya pun kat umah tido asenya ...



(perghh semangat makcik-makcik ni an)

 Masa tibanya Perdana Menteri, Najib Tun Razak, bergegas saya dan Afiq untuk dapatkan gambarnya sehingga terpaksa tolak menolak diantara Wartawan,Jurukamera dan juga Pengawal Datuk Seri Najib Tun Razak masa tu sehingga bak kata orang sampai kena tolak dengan Pengawal Ketat Najib Tun Razak, punyalah kena jaga Pak Menteri ni weii , dulu masa jumpa Anwar Ibrahim tak jumpa pulak pengawal ketat Anwar Ibrahim , mybe Anwar Ibrahim dah terlalu Ketat Agaknya...



Perdana Menteri dan Isteri tika sampai kat Stadium Bukit Jalil

 Walaupun dalam masa yang agak panjang malam tu rasa macam lama sangat-sangat sehinggalah saya di -excot untuk ke dpan oleh anggota RELA bagi senang untuk snap pic Najib Tun Razak walaupun masa tu Afiq memang dah ada kat depan Stage masa Najib naik ke pentas.Memang agak sukar sebab Pengawal Najib Tun Razak terlalu ramai sehingga Marshall pun kena marah sebab wartawan nak tangkap gambar pun tak boleh . Apapun masa beliau nk naik kete kecik tu untuk keliling stadium memang ada selawat masa tu, dan saya berpeluang salam dengan Najib Tun Razak dgn harapan beliau dapat PTPTN saya , erkkk lalalalalalallala

Penyanyi dari Lim Kok Wing University

 Lepas je Najib naik ke pentas, ada doa dan lepas tu ada nyanyian lagu negraku oleh pelajar kolej Universiti lim kok wing .....  kendian ada apa ntah lupa lak ,tp lepas tu Muhyidden Yassin berucap dan memang agak lama atau mungkin teks yang diberikan itu panjang agaknya. Selepas itu barulah Najib Tun Razak berucap dengan panjang lebarnya, namum disaat-saat akhir Najib ingin menghabiskan teks ucapannya ada yang dah nak balik ke rumah dan ada yang dah duduk luar . Sehinggalah dari saya sebagai jurugambar terpaksa mengaja kawalan pintu keluar kerana disetiap laluan gate pintu keluar stadium ada mercun berbentuk bunga api, tp masa Najib potong pulut kuning tu bahagian belakang bunga api tak pun menyala, kata urusetia tu tak menjadi pun, bunga api tu rosak agaknya ...







 Aktiviti Selepas Najib Memotong Pullut Kuning, ada pesta beb :)


 Meskipun sepanjang program kadang-kala pengerusi tu tanyakan mana UMNO negeri an bila sebut negeri masing ada gak lah jerit terkinja-kinja sikit , kahkahkah negeri saya wei takkan tak jerit dan semua jerit ,pe salahnya sekali skala an,hehehee .... 

Sampah dan Masyarakat memang tak dapat di pisahkan BAIK BERSIH mahupun Ulangtahun UMNO ini yer




 Hoho jangan nak spekualasi sangat dengan apa yang saya war-warkan ... ianya tetap berlaku dimana-mana sahaja tidak kira samada perlawanan bola sepak , mahupun apa-apa yang dianjurkana oleh mana-mana pihak, harap maklum. Memang sampah dan masyarakat tak dapat dipisahkan walaupun di dalam islam ada menyebut

Kebersihan Itu Separuh Daripada IMAN

 Oleh yang demikian ambilah iktibar ya supaya ia tidak berulang kembali, jenuh lah kontraktor pembersihan nk kemas satu stadium memang kerja diorang tapi kita patut meringankan bukan membebalkan .. ada faham ..?

Bebelan terhenti
Wasalam .....

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu