Monday, August 13, 2012

Baju Raya

    Empat tahun telah berlalu takkan nak pakai baju raya yang sama ...?? Perlukah baju raya yang baru untuk aku ..? 

Sekadar Hiasan

11 Tahun Lalu .....

   " Nadia nak baju yang ni, lawa umi belikan ye,raya nak dekat dah ni.." tanya Umi pada Nadia yang mahukan baju raya yang baru pada tahun 1999. 

 Umi membelek kain baju di kamdar sungai petani sambil memilih kain yang baru,Nadia cuma menunggu sahaja melihat umi membeli baju.Selesai membayar umi mengajak ke kedai lain pula untuk beli kasut raya yang baru pada abang kakak dan abi pula. 
  "kain ni lawa warna biru,nadia suka kan,umi beli kat nadia,raya pertama ni nadia pakailah ya,umi jahit kat nadia ya,nanti lengan tangan baju ni umi buat cekak,nadiakan suka baju kurung macam tu" ujar Umi lagi dan terus memimpin tangan Nadia ke kedai kasut pula.Seharian itu Nadia ikut Umi membeli barang untuk berhari raya, hari ni 27 Ramadhan , Umi dah bersiap semua persediaan untuk aidilfitri yang bakal menjelma .
 Sampai di kedai kasut Umi mengukur kasut di kaki Nadia.
   "nadia nak yang ni ... Umi nak belikan ni?" tanya Umi pada Nadia
   "tak nak , nadia nak sandel biasa je"
   "yang ni ke?"
Nadia mengangguk sahaja .

   Bila semuanya selesai barulah umi pulang dan membuat baju raya yang baru, masa tu bergitu gembira sekali sebab ada baju raya baru, Wah bestnya raya tahun ni, semuanya baru , Umi jahit baru sampai terlentok atas mesin jahit baju, bangun dua tiga kali, gigih untuk siapkan baju yang baru. Sehingga malam raya umi siapkan juadah aidilfitri bersama kakak yang lain, Nadia juga turut membantu bersama mengemas rumah dan menyiapkan persediaan aidilfitri.

  Pagi Aidilfitri ,semuanya berbaju baru dan meriah sekali ,saban tahun Nadia dan keluarga akan merasa baju baru setiap tahun ....

   Itu cerita 11 tahun yang lalu , kini Nadia dah besar, empat tahun pakai baju yang sama , dan tiada tukar walaupun Umi pernah hendak beri baju raya baru setiap kali Nadia balik kampung , namum ditolaknya secara baik . Kenapa Nadia tak nak baju raya yang baru ..??? Kenapa asyik pakai baju yang sama sahaja ..???

24 Ramadhan 1433 H

   Hari ni , aku berjalan ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, ntah kenapa aku tetap taknak beli baju baru, setiap kali ramadhan datang ada sahaja cerita sedih dalam hati ini .. bekali ke Iftar , Tamrin untuk lupakan segala mungkin ada betulnya yang kita perlu dekatkan diri dengan ALLAH. Aku hanya melihat baju kurung yang rata-rata harganya tersangat murah dan mampu beli tapi kenapa aku tetap tidak mahu beli baju raya yang baru kerana ntah , tidak tahu..... aku tak tahu, kenapa aku tak nak beli baju baru.Aku hanya melihat sahaja masyarakat muslim kini rata-rata sedang bersiap untuk menyambut Aidilfitri walhal aku sendiri pernah lupa yang aku lambat beli tiket raya tahun kerna selalunya kakak ketiga aku yang akan belikan tiket raya . Apa yang ada dalam fikiran aku.

  Aku berjalan di sekitar kL , ada ibu yang menemani anaknya membeli baju raya, ada keluarga sedang sibuk memgukur badan anak masing untuk baju raya . Waah,rindunya zaman 11 tahun yang lalu teman umi sama-sama beli baju raya,kasut raya ,kuih raya dan sebagainya tapi kenapa sekarang empat tahun berlalu,sepasang baju baru tidak pernah aku beli malah tidak pula aku pakai baju baru yang umi buat,ibarat aku tidak meraikan aidilfitiri selama empat tahun berturut-turut , apa sebenarnya yang berlaku dalam fikiran aku ? apa yang sedang aku tunggu .

  Itu .. itu baju raya aku , baju raya tahun lepas,dah lusuh tapi still pakai juga.Eh kenapa aku pinjam baju kakak sulong aku untuk buat baju raya , mana baju raya yang baru itu ..???

 ADA APA DENGAN BAJU RAYA ITU ..???





No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu