Friday, August 24, 2012

Pendamping Kita ...

 Bila sebut tentang pendampin perkara yang tidak boleh elak dari fikiran masyarakat kita adalah .....


SETANNNN ...... JIN ...... Dan BLA BLA BLA BLA ....


 Sungguh kita sering terpengarauh dengan perkara yang tidak normal ini . Syaitan,Jin,Hantu dan seangkatan dengannya memang wujud tambah-tambah setan ,masha ALLAH jika kita tidak jaga atau pelihara Imam kita dengan Sempurna sudah tentu kita akan lalai kelak menempah neraka belaka ya tak?

 Sungguh syaitan itu berada dimana-mana sahaja yang di mahu bukan sekor tapi banyak tidak terkira,maka tidaklah ada setan yang gemuk sebab manusia yang dah lalai dengan dosa terus lalai dengan dosanya tanpa manusia itu sedari , ditambah pula dengan nafsu yang telah merajai manusia tanpa di kontrol dengan sempurna maka mudahlah kerja syaitan-syaitan yang ada ini .

Pendamping .
 Masih kita ingat masa sekolah dulu , ustazah dan ustaz selalu cerita tentang malaikat dan tugas-tugasnya bukan ?? jadi pendamping yang ada pada kiri dan kanan kita adalah :-

  Malaikat Raqib, tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia

 Malaikat Atid, tugasnya Mencatat amal keburukan manusia
 Dua malaikat ini sentiasa ada dengan kita dan sentiasa berdampingan dengan kita ,malah siap mencatit amalan kita lagi, dan mereka ada di kiri dan kanan bahu kita . Sedarkah kita ?? 

  Masih tidak percaya bahwa ALLAH sudah berikan dua pendamping yang selalu ada di sisi kita dan pernahkah kita membaca kisah ini ?


Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini
telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

 Lihat kuasa ALLAH dengan Ayat Kursi yang melindungi wanita ini dari bahaya maka semasa wanita tersebut berjalan rupanya ALLAH menghantar pengawal padanya untuk mengawal dan melindungi wanita itu ... 

Tapi ..... 
apa masyarakat kita yang selalu gunakan untuk lindungi diri dari mara bahaya ini ?

 Sungguh meraka yang tidak yakin dengan kuasa ALLAH maka mereka melakukan amalan syirik yang membawa kemurkaan dari ALLAH SWT sehinggakan melibatkan anak cucu mereka tanpa mereka sedari yang boleh membawa kemurkaan ALLAH swt. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Syirik yang dilakukan umat ku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar." (Riwayat Al Hakim)
Maka masyarakat kita tidak endah dengan perbuatan syirik kadang-kala ada pula yang sanggup mempergunakan dan menyalahgunakan ayat al-quran untuk tujuan yang tertentu sehingga boleh merosakkan akidah .


Firman Allah, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni segala dosa selain syirik, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa yang sangat besar. " (An-Nisa: 48) 
 Jika sudah pelajari sifat 20 jadi kenapa harus kita ragu-ragu tentang hal ini ,kenapa kita harus cari pendamping lain sehingga sanggup mempersekutukan ALLAH dan boleh membawa bahaya pada anak cucu cicit kita pula yang menjadi mangsanya ???? 

 Dimanakah tahap kesedaran Imam kita? Tidak cukupkah dengan Pemdamping yang ALLAH berikan pada kita atau kita masih tidak YAKIN ?

Hafl time to think??
 Sungguh aku jua lalai dalam hal ini moga peringatan ini pada aku jua ..
Wallahualam .....

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu