Saturday, August 18, 2012

Tersirat 2

 "haipp tunggu orang lagi ke? tunggu siapakah sebenarnya ni?"

 "aku tak tunggu sapa-sapa lah .... kenapa ?"
 "kau termenung dari semalam lagi .. walaupun kau buta tapi kau tetap termenung sahaja,asal lepas solat sahaja kau termenung,kenapa?"



 "kenapa ? aku tidak boleh termenung ke?"
 "boleh tapi kerap sangat, kenapa kau banyak makan ikan termenung yer?"
 "eh takdelah pepandai je kau ni..... mana ada"
 "mata kau bengkak laaa , kau nagis lagi ya"
 "andai itu dapat melegakan hati aku untuk tunduk pada yang maha ESA agar dapat DIA mendengar kata-kata isi hati aku,mungkin itu yang terbaik"
 ".................erm"
 "kau tidak mahu bercerita dengan aku ..?"
 "bukankah kau tidak suka mendengar ...?"
 "aku tak pernah cakap pun ...."
 "kejap ... kau siapa,senjak kita kenal aku tidak pernah tahu nama kau cuma aku panggil kau dengan panggilan si celik sahaja ....."
 "biarlah kau panggil aku dengan panggilan si celik sahaja .."
 "boleh aku sentuh wajah kau..?"
 "kenapa ?"
 "sebab aku nak tahu kau perempuan atau lelaki"
 "aku perempuanlah ....!"
 "erkkkk........"
 "kenapa ..?"
 "tiada apa-apa ..."
 "kau dah kahwin ..?"
 "jika aku dah berkahwin sudah tentu aku duduk dengan suami aku buat apa aku datang ke sini temani kau..."
 "oh yeke , lupa pula...maaf"
 "berapa umur kau ..?"
 "kenapa harus tahu ?"
 "sebab aku ingin tahu ..."
 "biarlah ia satu rahsia umur itu hanya sekadar angka sahaja .... tidak ada makna .."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 "aku ada bawa Al-Quran , kau mahu baca sebab aku dah lama tidak membacanya sebab mata aku buta dahulu tika celik aku lalai hendak membacanya apantah lagi ingin memahami isi tersurat dan tersiratnya,kini bilamana aku buta barulah aku mahu membacanya ...boleh tolong aku untuk membacanya aku mahu mendengarnya"
 "boleh ... cantik Al-Quran kau ,kau punya ?"
 "ahaha , apalah kau ni sudah aku yang pegang aku yang simpan pastilah aku yang punya !"
 "oh maaf ...."
 "tapi Al - Quran tu pemberian kakak angkat aku, dia pesan suruh aku membaca Al Quran...tak kira dimana aku berada ..."
 "oh yeke ... erm,banyaknya tanda ...."
 "itu dia yang selalu tanda... boleh kau bacakan untuk aku dengar?"
 "boleh .... kau mahu aku baca surah apa ..?"
 "apa-apa surah sahaja janji aku dpat mendengarnya ......"
 "baiklah aku membaca surah Al Fatihah dan kemudian Surah Al Baqarah.."

 Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu