Monday, August 20, 2012

Tersirat 3

 "arr aku dah jumpa diari lama aku ..."

 "hey kau buta mana kau tahu itu diari kau..?"
 "sebab aku boleh rasa apa yang aku tampal kt hadapan diari ini...."
 "depan sekali ni mesti aku tulis "road to syria" kan"
 "iya betul ......"


 "kenapa kau nak pergi syria ..?"
 "sebab aku ada saudara di sana ... mereka perlukan bantuan aku .."
 "ya tapi ia perlu dengan ilmu ..."
 "ilmu ..???"
 "masa kau nak ke syria tu mata kau pasti celik lagi kan ..?"
 "iya ... aku masih celik lagi dan aku dapat lihat ..."
 "kalau kita hendak pergi jihad sekalipun kita perlu ada ilmu lagipun bahaya untuk kau!"
 "bahaya ? aku tak pernah rasa bahaya .. jika aku mati sekalipun hanya dua perkara sahaja yang diambil kesah 1.ibubapa aku 2.ibubapa aku juga ..."
 "kau tidak rasa orang lain yang akan sayang pada kau ..?"
 "siapa aku yang perlu orang lain sayangi .. cukuplah ALLAH bagiku "
 "eh kau mahu kemana ?"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 "si buta , jom makan dah seharian kau tak makan ..."
 ".......... " (termenung)
 "kau taknak makan ..? kawan-kawan yang lain semua tengah makan "
 "aku takde selera ,aku mahu tidur ...."
 "kau masih terasa dengan aku ?"
 "tentang apa?"
 "boleh aku duduk sebelah kau sebentar"
 "boleh .. silakan"
 "kenapa kau mahu sangat ke syria "
 "kerana aku punya saudara yang perlukan bantuan aku "
 "bantuan apa jika kau sedang buta sekarang .."
 "perubatan dan keselamatan ... tapi mereka lebih perlukan perubatan"
 "kau harus ingat ada orang sedang menyangi kau .."
 "tidak ... kedua orang tua ku tiada lagi , masa ku hendak balas budi mereka telah pergi masa itu tagisan tiada henti , aku menangis kerana kekhilafan yang lalu , siapa yang mahu sayang padaku ?"
 "duhai si buta ada yang sedang menyangi kau sekarang ini ..."
 "tadi kau mahu pergi makan kan .. pergilah aku mahu tidur .. maaf andai hati kau terguris... selamat malam "


PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 :
“adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu