Thursday, September 6, 2012

Tersirat 5



"Err kau buat apa ...?"
"ermmm kau nak aku buat apa..?"
"err kau tengah membaca ya .. tapi aku rasa ada laptop kat sebelah aku ni.."
"yup .. tapi aku tengah chat di facebook"
"Facebook...."..... "sungguh teknologi itu membunuh aku satu tika dahulu(membisik di hati)"






"err kau chat ngan buah hati yer .."
"eh mana kau tahu ni ..."
"yelah kau kan dah kahwin ...."
"hehehehehe kelakar lah kau ..."
"aku pernah ada kawan bagi aku password facebook masa aku celik dulu..."
"ermm lepas tu.. kau on facebook dia?"
"yup ... kami sahabat baik,aku jua turut bagi email dan password aku pada dia tapi .."
"tapi apa ..?"
"setiap kali kali berkelahi pasti dia akan tukar password facebook dia , aku taknak bersangka buruk padanya tapi aku yakin dia tidak mahu aku masuk campur dalam urusan hidupnya , dengan siapa dia chat dan apakah harian kehidupannya .. setiap kali aku tanya dia kata ramai yang tahu password facebook dia mungkin kerna hatinya terlalu baik kadang-kala ada yang suka memecah masuk facebooknya tapi aku juga yakin yang dia taknak aku ambil tahu hal peribadinya meskipun aku selalu menceritakan hal peribadi ku padanya ...."
"ermm ..... bila dia tukar password kau tahu kenapa lagi?"
"entah ... mungkin sebab aku tak layak untuk jadi sahabat yang mengetahui apa urusan yang dibuat seharian olehnya sedangkan aku selalu tulis apa kerja seharianku padanya ..."
"errmm mungkin dia taknak kau risau kot ..?"
"tak mungkinlah ..... andai dia dah tukar password facebooknya aku tahu kenapa , mungkin pada hari itu aku bergaduh dengannya... biarlah aku tidak mahu bersikap perasangka buruk padanya lagipun hatinya sentiasa tenang tanpa ada kawan seperti aku !!!"

(berlalu pergi)

Prasangka buruk jejaskan silaturahim antara ummah
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
SEBAGAI Muslim, umat Islam diingatkan tidak sesekali melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menjejaskan nilai keIslaman...

Kita mengetahui bahawa Islam mewajibkan seluruh umatnya di mana juga berada supaya hidup dengan rukun damai dan berpegang teguh dengan ikatan silaturahim yakni dalam erti kata persaudaraan benar-benar erat serta bersatu padu.

Persaudaraan itu bukan hanya dalam bentuk lahiriah saja, bahkan dari aspek batiniah Iaitu persaudaraan sejati yang membawa kebaikan duniawi dan ukhrawi.

Jika kita tidak dapat menikmati suasana kehidupan yang damai, tidak ada persefahaman, tidak bermuafakat dan sering bermusuhan, maka kita sudah tersasar daripada ketetapan landasan ajaran Islam sebenar sekali gus menunjukkan bahawa kita sudah jauh menyimpang daripada rahmat Allah.

Bagi memelihara makna persaudaraan agar ia dapat hidup subur dalam masyarakat Islam, maka Islam mengajarkan beberapa panduan tertentu sebagai tinta berharga dalam pergaulan yang wajib dihormati serta dijunjung oleh umat Islam.

Panduan pergaulan yang menjadi ketentuan Islam dan wajib diamalkan umat Islam dalam hidup bermasyarakat sememangnya bertujuan mewujudkan kehidupan aman damai yang bebas daripada prasangka jahat.

Mengapakah Islam menegah daripada menyemai prasangka tidak baik antara satu sama lain?

Rasulullah sendiri menegah umat baginda daripada sifat ini.

Sabda baginda yang bermaksud: “Jauhilah kamu prasangka tidak baik kerana sesungguhnya prasangka tidak baik itu seburuk-buruk percakapan.” (Hadis riwayat Muslim)

Imam al-Khattabi dalam kitab 'subul as-salam' menjelaskan bahawa prasangka yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah tuduhan atau prasangka tidak beralasan, tidak jelas sebabnya seperti menyangka atau menuduh seseorang membuat keburukan pada hal belum nyata atau tidak ada bukti menunjukkan dia melakukan perbuatan itu.

Mengikut riwayat al-Dailami pula prasangka yang dilarang itu ialah yang dinamakan 'su u dhzan' iaitu prasangka yang tidak baik lagi buruk.

Sebenarnya larangan daripada melakukan prasangka tidak baik atau 'su u dhzan' itu bukan saja terhadap sesama manusia bahkan terhadap Allah.

Sesungguhnya, menaruh syak tidak baik kepada Allah adalah haram hukumnya.

Imam al-Zamakhsyari berpendapat, hukum menaruh sangkaan itu terbahagi kepada empat :

Pertama - wajib, iaitu menaruh segala sangkaan baik kepada Allah Kerana sifat-Nya sentiasa baik dan elok serta tidak sesekali akan menerima sesuatu melainkan yang baik dan elok.

Malah amat mustahil bagi Allah bersifat dengan keburukan dan kekurangan.

Kedua - haram iaitu menaruh sangkaan tidak baik kepada Allah kerana tidak wajar bagi kita meragui apa dilakukan Allah terhadap hamba-Nya.

Apatah lagi memikirkan perkara tidak elok atau tidak baik terhadap Allah sama ada secara sengaja atau tidak.

Umpamanya, seorang menaruh prasangka terhadap Allah sebagai tidak adil atau tidak patut disebabkan keadaan hidupnya tidak senang atau semudah orang lain atau dirinya sering ditimpa malapetaka.

Prasangka itu adalah haram. Hakikatnya, mungkin ikhtiar dan usahanya belum mencukupi.

Begitu juga haram menaruh prasangka tidak baik terhadap seseorang yang benar-benar nyata baik, jujur dan mulia serta bukan pula tergolong daripada golongan fasik.

Ketiga - sunat apabila menaruh prasangka baik terhadap seseorang yang bertingkah laku baik.

Kita hendaklah menaruh kepercayaan kepadanya dan tidak boleh menaruh sangkaan yang bukan-bukan.

Ini kerana, dari segi zahir memang dirinya seorang yang baik dan patuh segala perintah Allah.

Kecuali apabila ada unsur yang menunjukkan dirinya bukanlah seorang yang baik.

Keempat - harus menaruh sangkaan tidak baik terhadap seseorang yang suka melakukan maksiat dan mungkar secara terang-terangan tanpa ada rasa malu kepada Allah serta sesama saudara Islamnya sendiri.

Hakikatnya, dirinya lazim disebut sebagai orang fasik. Justeru, harus bagi kita berwaspada terhadap mereka dan kita tidak harus terlalu mudah percaya.

Demikianlah hukum sangkaan baik dan prasangka buruk dalam Islam.
Soalnya, di manakah kedudukan diri kita ketika ini? Kita hendaklah berhati-hati dalam membuat sesuatu sangkaan kepada orang lain kerana jika ia tersilap, maka keburukannya amat besar di mana ia boleh menjejaskan silaturahim sesama umat Islam.


No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu