Friday, October 19, 2012

Air Masak

Segelas Air Masak Itu Mampu Untuk Mengeluarkan toksik dalam tubuh seseorang itu



Pernah dengar Produk Herbalife dan Alpa Lipid SD II ?

Alpha Lipid vs Herbalife


Sebenarnya banyak beza antara dua produk ini namum matlamatnya hanya mahu sehatkan badan orang dan mengurangkan kadar obisiti rakyat malaysia yang kian lama makin meningkat ini... makanya pada tahun sebelum era 2000 (era it ) telah muncul produk herbalife yang sekian lama bertapak di Callifonia ,US ini.

Jom Kita Selidik Herbalife Dulu

   Sebenarnya herbalife dah lama wujud senjak zaman 80 an lagi tapi masa tu tak femes lagi dan tak sampai malaysia pun lagi, dan pada ketika itu produk ini diwujudkan atas dasar kesihatan dan juga mahu menurunkan kadar obisiti yang tahap melampau di dunia ini , yelah kalori tak membakar dengan sempurnakan makanya lemak lah jadinya , tambah-tambah kalau yang tak senaman tu , perghh memang badan macam tong minyak lah hendaknya .

   Bahan kandungan yang digunakan oleh produk Herbalife tidak mengandungi apa-apa asid yang membahayakan seperti ubat yang biasa kita telah malah makanannya berbentuk nutrisi yang membantu masalah dalaman penyakit yang kronik ini terbukti kerana ramai yang berpuas hati dengan produk herbalife ini makanya tidak hairanlah kalau ada pak cik yang usianya 70an tapi sehat boleh main bola sepak maca messi dan beckham ..

 
       Messi Duta Produk Herbalife Antarabangsa 

 
                 Duta Produk Herbalife Malaysia

  See ... Messi adalah duta produk herbalife sebab tu beliau sangat aktif dan ligat ketika main bole sepak dan beliau juga tampak kurus dengan berat badan yang seimbang . Malah bila produk herbalife ini memasuki asia iaitu Malaysia , maka tidak hairanlah kalau anda jumpa kelab nutrisi lah , kelab kesihatan laa apa lah dan bila datang pada kelab tersebut semuanya adalah produk nutris herbalife.

Info Senjara Herbalife


Herbalife diasaskan oleh Mark Hughes seawal tahun 1980. Seawal usia remaja, beliau mengambil semangat untuk mencari jalan penyelesaian dalam membantu manusia untuk ke arah kesihatan yang lebih baik dan menurunkan berat badan sejak kematian ibunya kerana mengambil pil langsing yang dibenarkan secara berlebihan. Atas semangat juang dan kental inilah, beliau telah membuat kajian mengenai keistimewaan herba sehingga ke negara China dan disulam dengan kecanggihan teknologi masa itu dengan menghasilkan produk Herbalife.


Setelah menjangkau lebih 30 tahun di pasaran dunia dan telah berada di Malaysia semenjak 2006, kesan positif mengenai produk ini semakin tersebar berikutan keberhasilan produk kesihatan ini. Ini semestinya adalah kerana mereka yang berada di belakang tabir syarikat ini bukanlah calang-calang orang. Mereka terdiri dari kalangan para saintis, doktor dan pakar pemakanan.

Herbalife merupakan syarikat terulung yang menawarkan produk berasaskan nutrisi selular. Konsep ini merupakan makanan nutrisi yang akan memperbaiki villi (sel), membantu menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan serta memulihara dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel yang sihat dalam tubuh badan kita.

Produk yang ditawarkan ialah produk nutrisi dalaman dan nutrisi luaran. Produk nutrisi dalaman dapat membantu kesihatan kita dari dalam dan menyerlahkan lagi kesihatan dan kecantikan semulajadi pada luaran.

(A) Inner Nutrition (Nutrisi Dalaman)


i) Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink 550g
- Hidangan menyihatkan yang mengandungi 19 vitamin perlu, mineral dan nutrien perlu yang lazat untuk membantu pengurusan berat badan.
- Rendah kalori
- Sangat mengenyangkan dan pemberi tenaga, sesuai sebagai pengganti makanan
- Kaya dengan sumber fiber
- Terdapat 5 jenis perisa yang sangat menyelerakan!

(ii) Blended Soy and Whey Protein Powder (Formula 3)
- Membantu pembinaan muscle
- Meningkatkan pertumbuhan lean muscle
- Memperbaiki tisu badan
- Tidak mengandungi gula, lemak mahupun laktose
- Membantu penstabilan pengambilan jumlah protein harian


(iii) Tea Mix - Lemon and Hibiscus (Original Taste atau Peach)
- Membantu mempercepatkan kadar pembakaran lemak dan kalori
- Membantu pemberi tenaga
- Melindungi badan daripada radikal bebas
- Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan juga ulser

Gabungan tiga produk utama di atas dapat membantu kita dalam pengurusan berat badan; samada untuk mengurangkan berat, menaikkan berat badan kepada berat yang lebih ideal mahupun untuk mengawal /maintain berat badan.

Lebih utamanya, produk ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur samada untuk bayi yang baru lahir sehinggalah ke golongan warga emas. Juga tiada pantang larang untuk wanita hamil mahupun yang menyusukan anak! Sukar untuk menjumpai produk pengurusan berat badan buat wanita yang hamil dan menyusu seperti Herbalife!


Info Nutrisi Yang Dibekalkan

Terdiri daripada:
Satu set Formula 1 – campuran shake soya berkhasiat tinggi
Satu set Formula 3 – serbuk protein soya dan whey untuk pembentukan tubuh
Satu set Campuran teh herba Tea mix – untuk mempercepatkan pengeluaran bahan buangan badan.
Kombinasi produk-produk ini merupakan kunci kepada kepantasan penurunan berat badan dan pembentukan tubuh seperti yang anda inginkan
Cara Penggunaan set Start Now Pack ini adalah amat MUDAH  Untuk menurunkan berat badan dan mengembalikan tenaga anda:

Gantikan Sarapan dan Makan Malam dengan HERBALIFE Shake (Satu sudu Formula 1 + satu sudu Formula 3). Nutrisi dan kalori yang dibekalkan daripada shake ini adalah lebih daripada mencukupi bagi tubuh anda. Anda tidak merasa lapar.

Nikmati makan tengahari anda seperti biasa.
Minum Tea Mix yang menyegarkan 3-4kali sehari pada bila-bila masa yang diperlukan. Anda akan merasa lebih dahaga daripada biasa. Ini kerana sistem tubuh anda memerlukan air untuk membantu membuang bahan-bahan yang kumuhan badan yang lebih banyak daripada biasa. Minum air kosong dengan kuantiti yang lebih banyak. Setiap 25kg berat badan anda memerlukan 1 liter air untuk membolehkannya berfungsi dengan baik.

Set Start Now Pack ini boleh digunakan dengan cara guna berlainan untuk mencapai matlamat:

1. Menurunkan berat badan
Produk yang dicadangkan (Formula 1, formula 3 & tea mix)
2 shake + sekali hidangan
(Sebagai gantian sarapan pagi dan makan malam, Tengahari makan biasa)
Sarapan pagi—milk shake (400ml air kosong+3 sudu besar formula 1)
Tengahari —makan biasa (kurangkan lemak)
Makan malam—milk shake
Membancuh Tea Mix (500ml air kosong+1 sudu kecil tea mix) Minum 4 kali sehari(2000ml)
Tambahan lagi air kosong 2000ml sehari
Keseluruhannya sebanyak 4000ml(4 Liter) utk tempoh sehari.

2. Menambah Berat Badan
Produk Yang Dicadangkan (Formula 1, formula 3 & tea mix) 

3 kali shake dan 3 kali makan biasa sehari
Sarapan pagi—milk shake (300ml air kosong+1 sudu besar formula 3 digoncangkan terlebih dahulu, tambahkan 2 sudu besar Formula 1 dan goncangkan sekali lagi)
Hendaklah diambil bersekali sarapan.
Makan Tengahari seperti biasa
selepas makan tengahari Minum shake dalam 30 minit
Makan malam seperti biasa
selepas makan malam Minum shake dalam 30 minit
Membancuh Tea Mix
(500ml air kosong+1 sudu kecil tea mix) Minum 2 kali sehari(1000ml)
Tambahan air kosong sebanyak 2000-300 ml sehari (2-3 Liter)
Keseluruhannya sebanyak 4000ml(4 Liter) utk tempoh sehari.

3. Mengekalkan Berat Badan, Kesihatan Serta Ibu Mengandung
Produk Yang Dicadangkan (Formula 1, formula 3 & tea mix)

2 kali shake dan 2 kali makan biasa sehari
Sarapan pagi—milk shake (400ml air kosong+1 sudu besar formula 3 digoncangkan terlebih dahulu, tambahkan 2 sudu besar Formula 1 dan goncangkan sekali lagi)
Makan tengahari - makan biasa
Makan malam—makan biasa
Sebelum tidur—milk shake
Membancuh Tea Mix (500ml air kosong+1 sudu kecil tea mix)
Minum 2 kali sehari(1000ml)
Tambahan air kosong sebanyak 2000-300 ml sehari (2-3 Liter)
Keseluruhannya sebanyak 4000ml(4 Liter) utk tempoh sehari.
Bagi perempuan mengandung sekiranya tidak mahu mengambil Tea Mix, hendaklah amalkan minum air kosong 3000ml sehari.

(Formula 1 datang dengan pilihan perisa: vanilla, chocolate strawberry, tropical fruit dan cappuccino – anda boleh memesan mengikut perasa kesukaan anda)

Info Lanjut Mengenai Produk

Formula 1

Nutritious Mixed Soy Powder Drink (550g)
Asas Nutrisi Selular dan Pengurusan Berat Badan.
Mengandungi 55 jenis nutrisi dan 15 jenis herba terbaik.
Ditawarkan dengan 5 perasa enak:
Dutch Chocolate
French Vanilla
Cappuccino
Tropical Fruit
Strawberry
Fakta Nutrisi
Saiz Hidangan: 2 Sudu Besar (25g)
Hidangan untuk Sebekas: 22

Asas Nutrisi Selular dan Pengurusan Berat Badan

Pengedar dan pelanggan di seluruh dunia sudah mengetahui tentang Formula 1 Nutritious Mixed Soy Drink sebagai cara efektif untuk menguruskan berat badan, dan sekarang perubatan dan sains juga menyokong penggunaan produk-produk pengantian makanan seperti ini. Satu artikel dari Arkib Perubatan Dalaman melaporkan penyelidik-penyelidik dari Sekolah Perubatan Universiti of Nevada mengkaji pengantian makanan dan membuat kesimpulan bahawa cara pengantian makanan ini adalah cara terbaik dan efektif untuk mencapai berat badan yang terbaik atau ideal untuk semua orang.

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink dirumus bertujuan sama ada untuk:

Mengawal berat badan anda dengan Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM , atau
Memperolehi tubuh badan yang sihat dengan Nutrisi Selular
Rumusan unik protein soya ini mengabungkan karbohidrat, lemak sihat, vitamin, mineral dan herba khusus bagi tubuh badan anda mencapai tahap kesihatan yang terbaik dan menstabilkan berat badan pada tahap ideal.

Formula ini dicipta untuk mengantikan 2 kali hidangan anda sehari jika anda ingin menurunkan berat badan dengan memberikan tubuh anda dengan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Ini menjadikan program pengurusan berat badan Shapeworks menjadi sangat berkesan. Untuk mereka yang perlukan makanan tambahan di samping makanan yang mereka ambil, shake penuh nutrisi ini boleh diambil setiap hari atau sebagai pengantian agar tubuh anda mendapat semua nutrisi penting untuk mencapai kesihatan keseluruhan. 

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink boleh dicampur dengan susu tanpa lemak, air soya atau jus buah-buahan untuk menjadikan bancuhan shake yang lazat. Anda juga boleh mencipta resipi shake anda sendiri dengan mencampurkan buah-buahan segar dan rempah. Untuk penerangan lanjut, baca label.
Formula 1 ditawarkan dalam 5 perasa: French Vanilla, Tropical Fruit, Dutch Chocolate, Cappucino dan Strawberry.
Butiran Perbincangan 

· Pengurusan berat badan yang selamat dan berkesan: Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink telahpun dicipta dengan formula sains berteknologi tinggi sebagai penganti makanan untuk membekalkan tubuh badan kita dengan nutrisi utama untuk pengurusan berat badan, membekalkan tenaga yang kita perlukan seharian, meningkatkan stamina atau daya tahan dan ketumpatan otot.
· Pengabungan dengan produk lain: Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink boleh digunakan dengan produk Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM yang lain dan juga semua produk-produk nutrisi tambahan Herbalife yang lain.

Tahukah anda?
Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink telah menjadi produk utama Herbalife di titik permulaan sejarah Herbalife. Penubuhan Herbalife oleh Mark Hughes, yang pada permulaannya menjual produk ini daripada bonet keretanya. Hari ini, Formula 1 menjadi produk pilihan terbaik di dunia.

Fakta Pintas 

· Mengenyangkan, memberikan kepuasan mutlak dan membekal tenaga
· Setiap hidangan mengandungi 8.65 grams protin soya
· Kaya dengan serat-serat makanan
· Mengandungi vitamin-vitamin dan mineral-mineral termasuklah anti-kotoran penting Vitamin A, C dan E.
Bahan-bahan: Protein soya pencilan, fruktosa, lecitin soya, minyak soya, gamguar, serabut oat, perisa biskut, bran jagung, kalsium sitrat, fruktooligosakarida, selulosa, protein susu, silicon dioksida, dekstrosa, kalium fosfat karagenan, gam xantan, vanilla, magnesium oksida, minyak kanola, asid askorbik, ferus fumarat, sitrus pectin, serbuk madu, dl-alfa tokorefil asetat, niasinamida, serbuk pasli, serbuk campuran papaya, zink oksida, kuprum glukonat, vitamin A palmitat, asid pantotenik, vitamin D, campuran antioksidan (dl-alfa tokoferil asetat, askorbil palmitat, lesitin), piridoksida hidroklorida, sianokobalamina, mangan karbonat, riboflavin, tiamina, asid folik, kalium iodide, natrium selenit, biotin.
Mengandungi kondisioner makanan dan bahan perisa yang dibenarkan.
Arahan: Hanya kisar atau kacaukan 2 sudu besar (25gram) ShapeworksTM Formula 1 dengan 240ml susu tanpa lemak, jus atau minuman kegemaran.
Untuk kesihatan keseluruhan: Disyorkan untuk menganti satu hidangan setiap hari dengan shake lazat 

ShapeworkTM Formula 1.
Untuk pengurusan berat badan: Disyorkan untuk menganti dua hidangan dengan shake lazat ShapeworkTM 

Formula 1.
Untuk hasil Maksimum: Gunakan produk ini bersama-sama dengan ShapeWorksTM Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder.
*Produk ini tidak bertujuan untuk mengesan, merawat, mengubat atau mengelakkan sebarang penyakit, ia cuma masuk akal bahawa apabila kita memberikan nutrisi dan zat-zat makanan yang lengkap kepada tubuh badan kita, ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa ini akan berfungsi baik untuk melawan atau menghindar penyakit dengan amat berkesan.

 Formula 3

Blended Soy and Whey Protein Powder (240g)

Kunci kepada pengekalan berat badan jangka panjang.
Membina otot secara efektif untuk pembakaran lemak berkesan.
Kunci kepada pengekalan berat badan jangka panjang

Protein, khususnya blok-blok Pembina protein yang dipanggil “asid amino”, ialah komponen penting didalam setiap sel dalam badan. Sel sistem imun, kulit, rambut dan otot semuanya bergantung kepada protein untuk berfungsi dan tumbuh dengan betul.

Ramai orang yang berdiet kerap mengurangkan pengambilan protein untuk mengurangkan kalori dan mengekalkan berat badan. Ini boleh membawa kepada kelemahan yang bukan sahaja menganggu kesihatan, tetapi juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan nutrisi dalam badan anda yang boleh memperlahankan pengurusan berat badan dan akhirnya membawa kepada penambahan berat badan, satu keadaan yang dirujuk sebagai “yo-yo diet”.

Untuk mengelakkan diri daripada mengalami “yo-yo diet”, anda perlu memberikan badan anda dengan nutrisi yang lengkap dan salah satu nutrisi terpenting ialah protein.

Butiran Perbincangan

· Berita baik untuk orang yang berdiet: Menambah tambahan serbuk Protein ke dalam Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink mempertingkatkan pengambilan protein tanpa menambah lemak ekstra atau kalori dari karbohidrat.

· Pengurusan berat badan dengan kuasa protein: Satu atau tiga sudu besar rata serbuk ini sehari boleh menambah sehingga 15 gram protein berkualiti tinggi. Ini akan menambahkan rasa kenyang dan membantu pengambilan protein yang mencukupi.

· Impian ahli bina badan: Untuk pengangkat berat, Blended Soy and Whey Protein Powderialan pilihan yang sangat baik untuk membantu meningkatkan pengambilan protein. Pengangkat berat boleh mengunakan 

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Powder, tambahkan susu, buah dan dua sudu besar Blended Soy and Whey Protein Powder dan dengan mudah mencapai 25 gram protein seperti yang disyorkan untuk shake pengantian selepas senaman.

· Pelbagai kegunaan: Blended Soy and Whey Protein Powder adalah amat sesuai untuk dicampurkan dengan shake, minuman, sup dan kuah pasta. Ia mudah larutdalam minuman panas atau sejuk, menjadikan makanan itu hidangan yang lengkap.

· Gabungkan dengan produk-produk lain: Blended Soy and Whey Protein Powder boleh digunakan bersama Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM dan keseluruhan keluaran produk-produk Herbalife yang lain.

Tahukah Anda?

Menurut United States Food and Drug Administration, soya memberikan profil protein yang SEMPURNA. Kacang soya mengandungi semua asid amino yang penting untuk nutrisi manusia, yang mesti dibekalkan dalam diet kerana badan manusia tidak boleh menghasilkannya. Produk-produk protein soya boleh digantikan dengan makanan berasakan haiwan – yang juga mempunyai protein sempurna tetapi lebih cenderung untuk mengandungi banyak lemak, terutamanya lemak tepu – ini mengakibatkan kita terpaksa melakukan banyak penyesuaian untuk diet-diet yang lain. Blended Soy and Whey Protein Powder juga mengandungi protein soya yang berkualiti tinggi.

Fakta Pintas

· Membantu mengekalkan pengambilan protein yang cukup dan mengikut kuantiti yang disyorkan
· Mengandungi lebih kurang 5 gram protein bagi setiap sudu besar.
· Turut mengandungi protein soya, mengandungi isoflavona yang penting untuk nutrisi yang sihat.
· Mengandungi whey protein, satu sumber cystine dan methionine, yang mana penting untuk penjagaan otot.
· Tidak mengandungi lemak, gula, karbohidrat, yis, kolesterol, garam, laktosa, pemanis atau pewarna tiruan.
· Sesuai dicampurkan sama ada dalam minuman, panas mahupun sejuk.

Bahan-bahan: Protein soya isolate, pati protein whey, perasa asli dan silikon dioksida.
Mengandungi kondisioner makanan dan bahan perisa yang dibenarkan.
Cadangan Hidangan: Satu sudu besar (satu hidangan) membekalkan 5 grams protein. Ambil 2 hingga 4 hidangan setiap hari. Formula tidak berperasa dan tidak dimaniskan ini amat sesuai dicampurkan bersama dengan shake Formula 1 atau dikacau di dalam makanan dan minuman lain, termasuklah makanan bijirin, yogurt, sos dan sup.

Untuk hasil terbaik: Wanita sepaturnya mencampurkan 1 hingga 2 sudu besar (10 gram protein) Blended Soy and Whey Protein Powder ke dalam setiap ShapeWorksTM Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink dan untuk lelaki, campurkan 2 hingga 3 sudu besar (15 gram protein).

Tea Mix

Tea Mix-Lemon and Hibiscus (50g)
Minuman herba yang menyegarkan, pembakar lemak terbaik.
Secawan bersamaan dengan 20 minit erobik!!

Berkurun lamanya orang telah menikmati kebaikan teh panas dan sejuk. Salah satu daripada minuman yang paling digemari di dunia, teh boleh menenangkan, menyegarkan, merangsangkan, mententeramkan dan mengembirakan bergantung kepada apa jenis teh yang anda pilih.

Teh adalah minuman yang menyegarkan dan snek sambil menunggu hidangan seterusnya. Hakikatnya, teh hijau yang menjadi bahan utama dalam Tea Mix, boleh menolong untuk melindungi badan kita daripada radikal bebas, dan ia juga amat berkesan membantu kita melangsingkan badan. Ia membekalkan polyphenols dengan agen pembersihan dan lain-lain manfaat yang menyihatkan di samping khasiat yang merangsangkan.

Kajian telah mendapati Teh Hijau, salah satu daripada minuman tertua yang diketahui manusia, boleh mempercepatkan pembakaran kalori dan lemak disamping memainkan peranan penting dalam pengawalan komposisi badan. Penyelidik di University of Geneva di Switzerland mengkaji 10 lelaki muda yang sihat untuk enam minggu dan mendapat keputusan yang mana mengambil ekstrak teh hijau membakar lebih banyak kalori berbanding yang tidak mengambilnya. Penyelidik mempercayai sebatian teh hijau yang dipanggil flavonoids mungkin akan mengubah cara badan mengunakan hormon yang digelar norepinephrine, yang mana mempercepatkan pembakaran kalori.

Ambil Tea Mix setiap hari dan secara otomatik anda telahpun membekalkan tubuh anda dengan teh hijau!
Teh juga boleh membantu anda mencapai matlamat pengurusan berat badan anda. Terdapat sejenis teh yang boleh berbuat demikian dengan cara yang efektif. Dengan mengabungkan keajaiban herba purba dengan teknologi moden hari ini, HERBALIFE telah menghasilkan ShapeWorksTM Tea Mix. Minuman teh lazat ini sangat sesuai untuk diminum diantara waktu makan dan ia memberikan rasa kenyang dan memberikan tenaga segera. Teh ini akan mengurangkan rasa ketagihan terhadap kudapan atau makanan ringan yang biasanya berkalori tinggi dan akan menyebabkan kegemukkan. ShapeWorksTM Tea Mix bukan hanya untuk orang berdiet. Ia juga untuk orang yang mahukan keseronokan meminum minuman yang menyegarkan, baik untuk tubuh dan kerohanian mantap.

*Juga terdapat dalam bekas 50g atau 100g.
Kombinasikan dengan produk lain: ShapeWorksTM Tea Mix amat sesuai untuk dikombinasikan dalam Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM dan dengan semua produk-produk nutrisi yang lain.

Tahukah anda?

Teh hijau adalah minuman purbakala selain air yang diminum oleh kebanyakan umat manusia di seluruh dunia. Minuman yang biasa ini telahpun di berikan nilai yang amat tinggi berkurun-kurun lamanya disebabkan oleh kebaikannya terhadap kesihatan. Ia kaya dengan agen pembersihan badan, yang mana membantu melindungi badan kita dari kotoran dan kesan yang membahayakan.

Fakta Ringkas
Minuman yang menyeronokkan, diadunkan dengan 5 bahan tumbuhan semulajadi.
Setiap hidangan bebas dari sebarang kalori.
Sangat enak diminum sejuk ataupun panas.
Melengkapkan Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM.
Bahan-bahan: Maltodextrin, fruktosa, ekstrak orange pekoe, ekstrak tea hijau, ekstrak kupasan lemon, ekstrak biji cardamom, ekstrak malva sylvestris dan serbuk bunga raya.

Mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan.

Arahan: Campurkan 1/2 sudu teh (lebih untuk memenuhi keperluan rasa anda) ShapeWorksTM Tea Mix dengan 200ml hingga 240ml air sejuk atau panas dan nikmatilah ia.

*Ia berbentuk serbuk yang sangat halus dan amat mudah untuk larut.


Itu adalah Maklumat Dari Herbalife dan sekarang Alpha Lipid pula 

     Alpha Lipid juga adalah produk kesihatan yang rata-rata aku membacanya semuanya kearah untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak yang berlebihan. Makanya Alpha Lipid lebih terjerumus pada produk yang menurunkan berat badan berbanding Herbalife yang sama rata sambil menurunkan berat badan sambil itulah menjaga kesihatan

 

Memandangkan aku pun tak tahu model sebenar Alpha Lipid so aku hanya terjumpa gambar ini di google , mungkin tidak setanding Herbalife hendaknya sebab ini produk untuk kuruskan badan tanpa berlapar ~~

Info Tentang Alpha Lipid


Alpha Lipid SD2 merupakan produk pengurusan berat badan yang berasal dari New Zealand. Kandungan ALSD2 terdiri daripada protein soya bukan GMO (75%), serat, ekstrak daun teh hijau, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. Ia juga tidak mengandungi pemanis atau perisa tiruan.

 ALSD2 tercipta daripada hasil kajian sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical University iaitu Dr. George Cahill dan Dr. George Blackburn. Produk ini membantu untuk memastikan tubuh anda mempunyai nutrien penting termasuk protein, untuk mengekalkan jisim otot dan ketegangan kulit anda walaupun lemak anda sedang dibakar dengan optimum!

Teknik Diet Yang Efektif

Program ALSD2 adalah program pengurusan badan yang mengamalkan teknik diet protein, di mana anda perlu makan (kurangkan karbohidrat) tanpa perlu meninggalkan rutin pemakanan harian anda. Oleh itu, anda tidak akan merasa letih dan lesu sebaliknya anda lebih bertenaga walaupun proses pembakaran lemak berlaku.

Disinilah Rahsia Kuncinya

Kandungan semulajadi ALSD2 adalah lengkap untuk menggalakkan proses penurunan berat badan dan memberi kesan kepada anda dalam jangkamasa panjang.

1)  Mengandungi Ekstrak Green Tea (Daun Teh Hijau)

·                     Membantu menigkatkan metabolisma
·                     Meningkatkan penggunaan tenaga
·                     Bahan antioksida yang kuat
·                     Pemeliharaan Jantung
·                     Antibacterial & Antiviral 

2)  Mengandungi Formula Tinggi Protein

·                     Memperbaiki jisim otot
·                     Meningkatkan metabolisma

3)  Mempunyai Tambahan Serat

·                     Membantu sistem penghadaman (melawaskan)
·                     Memberi rasa kenyang lebih lama (elak Gastritis)

4)  Mengandungi Formula Alpha Lipid

·                     Untuk penyerapan nutrien dan vitamin yang lebih baik dan berkesan

SEMUA INI BERFUNGSI UNTUK MENJADIKAN:

·                     Tiada kesan kelaparan terlampau
·                     Tiada ketagihan kepada makanan berkarbohidrat dan manis
·                     Kawalan gula darah lebih baik
·                     Merangsang tindakbalas insulin yang lebih berkesan
·                     Lebih bertenaga (Tiada keletihan ketika berdiet)
·                     Memelihara jisim otot dan ton kulit (Tidak mengendur)

Pembakaran lemak anda adalah semulajadi dan bukan paksaan seperti sesetengah produk yang lain. Berikut adalah bagaimana ALSD2 mampu membakar lemak dalam badan dan seterusnya menguruskan badan anda.

1)  Pertama, anda perlu kurangkan karbohidrat dan makanan/ minuman manis

2)  Badan anda ada 2 sumber tenaga iaitu:

·                     Makanan yang anda makan
·                     Lemak yang tersimpan dalam badan

3)  Apabila karbohidrat tiada, badan akan membakar lemak dalam badan anda sebagai sumber tenaga

4)  Alpha Lipid SD2 pula akan berfungsi sebagai 'booster' (pemangkin) untuk meningkatkan tahap metabolisma anda

5)  
Jadi, kadar pembakaran lemak oleh badan anda akan turut meningkat dengan secara langsung!
·                     Secara mudahnya, dengan Alpha Lipid SD2:

Metabolisma Badan Meningkat , Pembakaran Lemak Juga Meningkat

6)  Formula kandungan ALSD2 seperti Ekstrak Daun Teh Hijau, Serat, Alpha Lipid dan Protein inilah yang menjadi rahsia kepada kesan penurunan berat yang memberangsangkan pada badan anda..!

_________________________________________________________________________________

Penat membaca ..? huh

     Sebenarnya dua produk ini telah lama wujud di pasaran tidak hairanlah jika Dr Rozmey pun nak tiru 100% untuk syarikat anak melayu berjaya beliau juga adalah Tokoh Ushawan MARA tu. Sebenarnya apa yang perlu anda tahu hanya satu sahaja .. 

     Minum Air Masak sehari 6000ml (kalau tak silap) dan ia sama seperti anda minum air nutrisi herbalife dan juga alpha lipid sd II itu ... 

Bagaimana aku mengenali dua produk ini ?!

         Ini semua masa aku nak bertugas semasa di BERSIH 3 dulu , malam sebelum 28 April 2012 tu adalah sorang aunty ni tetiba terjah aku nak cakap 
Pernah dengar Kelab Nutrisi tak..? ianya satu bahan kesihatan untuk kesihatan.
     Masa tu aku blur-blur lantas aku pun err yelah ,aku ikut jelah apa yang dia nak cakap sampai habis aku ikut makanya mula tu dia bagi aku air alovera sebab nak cepat aku minum cepat-cepat sambil dengar dua tiga orang sedang berceloteh dengan penyakit lama diorang lepas itu dia bagi aku air teh herbalife yang berfungsi untuk bagi aku selalu kencing tanpa henti sekali keluar perghh macam air paip !! dan akhir sekali barulah dia bagi aku shake yang berperisa coklat ... punyalah nak cepat masa tu malam tu aku bertenaga sambil merakamkan peserta bersih yang bising kat jalan raya sampai terpaksalah unit amal bertugas malam tu untuk kurangkan kadar kesesakan lalu lintas ...

    Selepas beberapa bulan itu , aku lepak kat kolej maka terjumpa sahabat PEMBINA (ISMA) yang sedang rancak mempromosikan HERBALIFE dia ...  Masa tulah aku dengar lagi cerita tentang herbalife sehinggalah aku pergi ke Majlis Jamuan Aidilfitri Pasukan RELAWAN Malaysia (RELA) Di Sentul dan jumpa dengan promoter cina yang sedang promote Herbalife itu.

 Manakala Alpha Lipid pula aku hanya selalu terbaca di ruang-ruang internet sahaja.

Bagus ..?!
  Sebenarnya produk ini bagus untuk turunkan berat badan jaga kesihatan dan sebagainya maka tidak hairanlah jika yang promote kedua-dua produk ini kaya-kaya belaka malah ada yang baru fresh graduate pun hanya niaga produk ini , ia sama macam anda jual insuran sahaja ok ~~ tak percaya tanya afiq n mak aku depa kaya kot dok jual insuran .. (hahaha melawak sahaja ye)

    Tapi bila testimoni mereka berjaya , maka mulalah promote merata tempat sehingga kena pergi kursus untuk jadi ahli di dalam Herbalife siap pegi hotel-hotel besar lagi tau ,ada yang baru tu ingin tahu rahsia kejayaan orang lama dan ada pula yang cerita tentang kesihatannya yang dulu ada kecing manis darah tinggi bagai dan bila minum herbalife berbulan-bulan badan jadi sehat cantik dan bla bla bla lah ...

     Aku bercerita ni bukan nak kondem mana-mana pihak yer tapi sekian lama aku fikirkan kembali , 1 gelas Air Shake Herbalife dan Alpha Lipid itu sama sahaja kalau aku minum air masak banyak-banyak untuk kuruskan badan , sebab air masak bila kita minum banyak-banyak ia akan membuang toksik dalam badan dan makanya bila kita minum lebih dari 6000ml sehari tidak mustahil juga kulit kita cantik lawa dan jerawat pun kurang ~~~

   Jika air masak itu bersih dan kita minum kemudian kita kurangkan kalori ketika makan pagi, tengahari dan petang makanya tidak hairanlah penyakit pun kurang , makanya tidak hairan juga kalau hari-hari kita naik tangga tanpa menggunakan lif setiap hari sebijik macam aku naik tangga hari-hari pegi opis ~~


Half Time ..?

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari) 










6 comments:

  1. Pemakanan saya ketika diet, 3bj kurma + 5 sudu bsr oat. Tmbh air masak dlm 250ml kmudian blender lumat. Minum sprti minum herbalife jgak. Gerenti kurus.....

    ReplyDelete
  2. Betul jugak tu...tapi kadar metabolisma saya rendah...mmg lambat mbakar lemak. So, saya perlukan booster supaya cepat kurus. Tapi ongkosnya kureng...hahaha... Maka terpaksa la berdiet. Untuk gemuk dlm masa 2 minggu leh naik 3-4 kilo. Tapi utk kurus ambil masa 2-3 tahun! ;-(

    ReplyDelete
  3. Nak tanya, air masak ni, air yang dimasak sehingga mendidih kan?
    Jadi, kalau minum air mineral 6000ml, sama ke kesannya dengan air masak?

    *sb x suka minum air masak, x sedap, prefer air mineral.

    ReplyDelete
  4. panjangnya berjela..apapun info yang baguih

    ReplyDelete

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu