Wednesday, October 31, 2012

Saya Harus Berani 2.0

YA SAYA HARUS BERANI.



     Aku suka kembara sendiri .... tidak pula mahu mengajak rakan yang lain ,cakap depan kamera sendiri,rakam sendiri , tulis skrip sendiri , berangan sendiri ... duduk depan moto pun sendiri,sms pun sendiri , hatta di dalam pejabat kalau takda Kak Zura dan Kak Fatimah .. ia pun akan berlaku membuat kerja pejabat sendiri dan aku bukannya forever alone sebab Allah itu selalu ada dengan aku cumanya aku sahaja sedang berusaha untuk dekat bersama denganNYA . 

------------------------------------------------------------------------------------------

Penjelajahan ke Melaka 
  
     Ini berani mati , aku memandu motosikal ku dari Kuala Lumpur ke Melaka bermula 6 pagi waktu Malaysia . Ia Sungguh berani ... BERANI MATI ...(memang mati kalau mak aku yang baca post ni). Dengan membekalkan wang hanya RM 50 sahaja aku mampu berjalan sejauh entah berapa kilometer pun aku tak tahu untuk sampai ke MELAKA ... waaaa tak hebat kan ..?

Ini bermakna Melaka punyai banyak sejarah nya , dari zaman permulaan Parameswara bertapak bertemu pelanduk yang menendang anjingnya sehinggalah zaman Portugis datang untuk berlabuh di Melaka kemudia tawanya Melaka muncul lah Syarikah Hindian Timur Inggeris bertapak kemudian diserang pula oleh Belanda kemudian muncullah zaman ketamadunan Melayu Melaka munculah Hang Tuah dan segala Hang-Hang yang ada lah kat Melaka .. Semuanya di Melaka laaah . Makanya di Melaka memang ada pelbagai latar sejarahnya . Sehingga Melaka pada zaman British memerintah Melaka, Pulau Pinang dan Singapura adalah negeri-negeri Selat sehingga Nippong datang dengan Propaganda "Asia Untuk Asia" makanya Omputih berlari tinggalkan Melaka dan Penang menunju ke Singapura. ( Bijak Omputih ni ) . Melaka juga pernah menjadi titik sejarah Sultan Mahmud , kemudian titik sejarah pada zaman komunis bahwasanya Melaka adalah Kawasan Putih,yakni kawasan yang selamat dari cengkaman PKM pada tika dan masa itu.Oleh yang dimikian di Melaka juga ada Bangsa Poturgis , Belanda , Baba dan Nyoya , bak katanya lengkap lah Melaka ini . Melaka juga ada sejarahwah islam yang terulung (bukan tiada ya) kerana perdagang arab datang melabuh di Melaka sejuruh meyebarkan dakwah islam di Melaka. Pada tahun masihi 1409 ,Parameswara memeluk islam secara rasminya dan mengelarkan dirinya Raja  Iskandar Shah . Maka bermula hukum kanun Melaka yang mempunyai hukum-hukum dan nilai teras islam di dalamnya . Melaka juga terkenal dengan pelabuhan maka tidak hairanlah jika setiap hari pedangang-pedagang datang berdagang di Melaka . Ini terbukti dan di gambarkan oleh Duarte Bardosa yang berkata dengan semangatnya di Melaka yang popular pada abad 15-16 pada ketika itu ialah
Sesiapa Yang Dapat Mengusai Melaka , Maka Ia Dapat Mengusai Perdagangan Dunia"




Penulis : Di Lebuhraya Utara Selatan
Melaka,2012M 1433H

Rujukkan Tambahan Untuk Katogori Melaka :

Half - Time 
Sahih Korang Lupo Sejaroh Melako !!!

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu