Wednesday, October 31, 2012

Saya Harus Berani 3.0

       Faktor Kegemilangan PERAK belum dicerita lagi bukan .. dan Perak terkenal dengan tokoh bangsa yang berilmu jadi munculah Kolej Melayu Kuala Kangsar . Perak.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

         Aidiladha yang lalu , menemui sahabat lama seperjuangan semasa belajar di Sekolah Menengah teknik Butterworth kini bertemu semula di Teluk Intan , Perak . Menyemai rasa rindu ? ( err rindulah jugak ) , Hajar Khuzai  yang masih single tapi mungkin dah berpunya yang mengambil jurusan ijazah seni lukis di Universiti Sains Malaysia yang dahulunya masa di SMT Butterworth adalah seorang pelajar jurusan kejuruteraan awam, bak kata zaman belajar dulu budak KA (kejuruteraan awam) adalah pakar membuat tandas  awam dan aku sendiri pun tak tahu kenapa segelintik yang bercakap bergitu mungkin sebab tandas kat malaysia ni semuanya canggih kot ?! *arrr bukan aku yang cakap ok, aku teringat je [`]

Gambar 1.1 : Rakaman Video yang bertajuk "Vlog Aidiladha Hajar Khuzai" yang bakal di uploadkan di youtube tidak lama lagi yang menampilkan penulis Aina Azizan , Hajar Khuzai dan Kak Mayang Khuzai (Selamatlah Aku bukan Aina Khuzai kalau tidak geng Khuzai lah hendaknya hehehe =).





------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penjelajahan Jalan

         Memulakan pengembaraan di Kuala Lumpur yang hujan lebat pada petang sehari sebelum Aidiladha menjelma , suasana kesesakkan lalu lintas yang teruk di sepanjang jalan dari Kuala Lumpur Ke Sempadan laluan hendak masuk ke Perak. Trafik lebuhraya utara selatan bergerak perlahan ini mungkin faktor semua nak balik kampung raya . Bermulalah aku mengembara dengan baju hujan Polis Hak Milik Kerajaan yang dipulangkan semua kerana baju hujan aku kecik gilerrr ..... ! Hujan punya hujan laa trafik bergerak perlahan sehingga aku sampai di perhetian R&R Rawang dan terus menelefon Hajar. Bahwasanya jalan untuk ke rumahnya adalah Sungkai, Perak.Melalui simpang ke arah Teluk Intan. 

          Destinasi bergitu jauh sehingga aku terasa letih , yelah baru balik kerja kan nak buat macam mana gaji tak masuk lepas tu pulak hujan lebat , pakai berlapis pun tetap basah, Aku melalui jalan sunyi semasa di Tanjung Malim dan hampir berputus asa untuk sampai ke rumah Hajar Khuzai yang mulanya semangat pudar dan patah dek kerana tidak larat untuk meneruskan perjalanan ke Teluk Intan. Aku menunggang motosikal dengan perlahan melalui jalan belakang Stesen KTM Komuter Tanjung Malim yang terus menebus jalan bertemu kearah Balai Polis Tanjung Malim dan UPSI tempat Si Adam Adli belajar tuuuu ....

EHSAN GOOGLE IMAGE
          Bermula lah perjalanan yang jauh terus ke Sungkai dan sehingga hujan berhenti reda dan mula bah semula di semasa menghala di Teluk Intan .

Hajar , kat mana ni ?? mana teluk intannyer ,err aku nak nagis niii

"salah satu perbualan telefon penulis .

           Huh,Pengembara tidak boleh mengalah harus berusaha mencapai kejayaan . maka diteruskan lagi sehingga sampai ke Universiti Teknologi Mara Teluk Intan pada jam 1.45 pagi ... Ingatlah orang yang bersabar itu sentiasa diuji ALLAH untuk mengetahui tahap kesabarannya,hasil kesabaran aku akhirnya jumpa juga rumah Hajar Khuzai ,Pelajar Tahun Ke 2 (rasanya) di USM ini. Perghhh betul-betul mencabar ini tidaklah seperti aku ke Melaka , sehingga lembu pun aku rempuh inikan pula Ular Sawa ditengah jalan hampir aku lenyek selamatlah aku nampak walaupun RABUN MALAM !!!

Salam Aidiladha ~~~

Gambar 1.2 : Rumah Hajar Khuzai yang berada di Teluk Intan ,Perak Darul Ridzuan .





Kereta Haji Khuzai , Ayah Kepada Hajar Khuzai.
Adiladha 2012M | 1433H
Penulis : Aina Azizan

2 comments:

  1. coollll . i love it. thanks aina ! please come again .. jangan pernah serik -_-

    ReplyDelete

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu