Tuesday, October 9, 2012

Tersirat 6

"Sampai bila harus kau tunggu wahai si buta..?"

"Sampai aku menutup kedua mata aku ..."
"Kau penunggu yang setia ... siapa yang kau tunggu ?"
"Biarlah ALLAH yang tahu ..."



   "Cuba kau lihat langit malam ini,aku buta tapi aku dapat merasa bintang itu ada kerana malam ini tak mungkin hujan .."
"Cantik bintang itu ..."
"Setiap hari aku kira , aku tunggu sehingga aku dapat berjumpa...tapi ALLAH ujikan aku dengan kesabaran,aku harus bersabar dan terus bersabar.."
"Bersabarlah Duhai Si Buta .. ada rezeki untuk mu nanti..."
"Aku tak boleh paksa hati untuk kembali ke jalan lama kerana aku telah buta.....dua tiga tahun dahulu aku sering menagis di waktu malam .. aku menunggu dan terus menunggu tapi aku perlu bersabar dan terus bersabar.."
"Perlu lagikah kau bersabar ..?"
"Ya Masih perlu untuk aku terus bersabar dan terus bersabar kerana itu sahaja kekuatan yang aku ada .."
"Kau menangis sehingga kau buta ..?
"Aku sendiri ,aku tak pergi ke kolej, aku tak pergi ke tempat kerja ... aku buangkan masa aku dengan menangis, menelefon sahabat andai untuk melupakannya tapi aku tak mampu ..sangat tidak mampu .."
"Berdoalah moga ALLAH lembutkan hati kau .."
"Selalu aku berdoa untuk lembutkan hati ini,tapi..? Setiap kali mata terpejam bayangnya selalu ada, aku tak pernah bercinta dan tidak perlukan cinta manusia,aku hanya terlalu menyangi terlalu sayang tapi aku dah terpisah,jauh terpisah ..."
"Kenapalah kau bersusah payah untuk terus mengigati pada orang yang tiada ..?"
"Sebab di dalah hati aku... tertutup untuk semua,dia bukan orang yang aku cinta kerana aku tidak perlukan cinta dan tidak akan bercinta tapi orang yang aku sayang tiada pengganti buat aku,biarlah apa pun orang akan fikir tapi itulah hakikatnya....."

---------------------------------------------------------------------------------

"Malam ini malam ke 31 , hampir sebulan lebih kau bergini dari kau berdiam sehingga kau bercakap dengan seorang diri ... kenapakah kau wahai si buta"
"Malam yang panjang ..... aku cuma mahu sendiri"
"Hurmm jom lah masuk tidur dah nak pukul 2 pagi dah ni .."
"Kau pergilah dahulu ... Aku mahu sendiri .."

Malam Yang Panjang ~~~~~

3 comments:

  1. I can not thank you adequately for the posts on your web site. I know you'd put a lot of time and effort into them and hope you know how much I appreciate it. I hope I'll do exactly the same for someone else at some point.

    ReplyDelete
  2. Lots of helpful information. I have bookmarked your site.

    ReplyDelete
  3. Appreciation pro this article. Present are categorically tips participating in at this juncture to I choice benefit.

    ReplyDelete

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu