Wednesday, October 10, 2012

Tersirat 7

 Baru-baru ni aku tak pergi pun hospital tapi aku rasa dah malas nak pergi, dahulu aku pergi sebab aku rasa ia perlu untuk kesihatan aku dan pada masa yang sama ada yang mengambil berat tentang diri aku, tapi aku harus fikir pada masa yang sama ibubapa juga sedang memikirkan aku ....






 Apa yang aku fikir ini sehinggakan tahap keguguran rambut aku kian teruk, aku selalu juga ketuk kepala aku time aku migrain tahap maksima bukan gaya aku untuk minum air coke berbotol-botol dan menelan panadol berpapan-papan hendaknya ... tapi apa yang aku lakukan adalah mengurut sambil mengetuk-ketuk kepala aku dengan buku lima tanganku ini.

 Sebulan sudah selepas puasa aku ada pergi hospital gara-gara salah ubat yang diberi sehinggakan aku terpaksa di tahan di wad kuning sehari semalaman.Habis badan aku calar hendaknya dan aku masih ingat pada hari itu juga aku mengira detik waktu dan masa entah kenapa aku kira saat itu... aku menjadi tidak lalu hendak makan dan minum dan sering sahaja aku termenung di pinggiran kota melihat manusia dan alam sekitarnya.

HOSPITAL

   Pemeriksaan lepas , Doktor kata darah aku rendah dan wajah aku kian pucat dan lesi, berat badan au tidak stabil, adakala naik adakala turun mendadak.. adakala aku tidak selera untuk menjamah apa-apa makanan dalam satu-satu masa.Penglihatan aku kian kabur sungguh aku tidak menjaga kesihatan aku ,sungguh aku mungkir janji untuk sihat kembali .. ada apa untuk sihat jika hati aku tidak gembira ..?

KAWAN

  Bila ada kawan ramai-ramai aku ingin lupakan semua perkara bila aku call sahabat andai itu tandanya aku mahu lupakan semua perkara bila mereka tiada mulalah aku teringat akan dia sehingga aku menagis tanpa henti .. tiada penghujung sehingga aku tertidur dan adakalanya tempat berkawan bukan dimasa mereka aku perlu tapi cuma sekadar aku melupakan dia yang sudah hilang ... berceritalah mereka tidak akan memahami jika aku tidak mampu untuk fahamkan mereka .

FOBIA
  Saban hidup aku sudah fobia tentang perwatakkan manusia yang kian hari aku harus lari dari semua orang, tidak tahu mengapa seolah aku tiada arah untuk tuju , aku bergitu fobia sekali hendak berbicara jauh sekali aku untuk berkata-kata karena satu ayat itu membuatkan aku akan ingat sampai aku mati meskipun dana tahap pemikiran dan ingatan aku kian lama kian lupa 

JALAN 
   Sebelum merdeka 55 bulan lalu pelbagai aktiviti aku lakukan untuk melupakan sesuatu yang tidak pasti sehinggakan aku sanggup lakukan perkara di luar batasan, mungkin kerana aku terlalu kerap menagis dan terus menangis ibarat hidup tidak berpandukan TUHAN , berusaha aku mencari jalan untuk kembali kepada AL QURAN.

MENAGIS
   Bila dikirakan malam , saban hari aku tidak pejamkan mata,aku menagis sambil memikirkan sesuatu, taktala mulut itu berzikir dan istifar dan pada tika itulah aku menagis teresak-esak memikirkan benda yang tiada ....

 Dahulu aku pernah minta untuk dia kembali tapi atas permintaan orang lain aku benarkan dia pergi jauh dari hidup aku , jauh pergi takkan kembali.. benar ia telah menyeksa sepanjang hidup aku sepanjang aku mahu kembali sepanjang aku hidup sendiri dia lah yang teman aku sehingga kau hadir ubah segalanya ... aku cuma mahukan kembali kawan aku tapi kau tak benarkan ia hadir kembali bila aku berbiacara mengenainya kau berkata jangan lagi aku berkawan dengan kau namum bila kau pergi bertemu bahagia aku pula yang sengsara mengigatkan dia yang telah tiada dan mungkin tidak akan kembali ...

 Bila tagisan aku berlarutan dahulu kau peduli sekarang tidak lagi .. kau berkata hati kau biarlah tuhan yang tahu sedangkan aku selalu ceritakan perihal hati aku pada kau tentang dia tapi.... kau dah buat aku sengsara dan tersangat derita ,, adakah kau tahu semua itu ??

TUNGGU
  Sehingga kini aku menunggu dan terus menunggu biarlah aku buta sekalipun ia tidak mengahalang aku untuk terus melihat kenangan manis itu di dalam kegelapan , aku nampak ia indah, aku sakit apa kau peduli ..? Aku Tunggu dan Terus Menunggu ....

p/s : Untuk apa kau tunggu kalaupun dia tidak akan mengenal kau lagi satu hari nanti kelak kau jua yang merana , janji itu pasti padam dalam hati hanya kau tinggal untuk lunaskan janji akhir itu.


Tersirat 7
Perihal Si Buta dan Ayat Jiwangnya 

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu