Wednesday, November 14, 2012

Half Life Black Mesa Source

    Apa yang budak-budak sekolah rendah n menengah jenis belum baligh lagi bila main game half life ... ?? Pastinya pada zaman kanak-kanak aku bila aku pergi cc atau nama panjangnya cyber cafe bila main game half life adalah bunuh alien semata-mata . Tembak kasi mati lepas tu main game online kemudian rasa kepuasannya bila dapat tembak alien atau manusia yang disangka alien . 

Image Zaman Kanak-Kanak Aku 

Sesekali bila aku bermain game Half Life ini aku lebih suka akan misi yang direka oleh pembuat game Half Life ini , misinya adalah bila satu mesin dilancarkan dan bilamana alat ciptaan ahli sainstis itu tersalah teknik atau masalah teknikal makanya tidak mustahil pelbagai alien akan muncul dan pelbagai bintang pelik pula akan ada dalam misi itu .

Inilah alien pelik yang aku maksudkan , ia bintang pelik yang kecil sahaja dan terletak di atas kepala manusia itu dan berubah menjadi alien atau erti kata lain "zomba eh silap zombi".

"Extream Dalam Membunuh Zombi Atau Alien Jadian"

        Bila aku bermain secara mission dalam game ini aku perlu kuatkan minda aku untuk cari jalan keluar dari pusat kilang sainstis yang terlalu besar itu, jalannya terlalu jauh adakalanya memakan minggu juga untuk habiskan segala misi ini , bak kata pepatah jika nak kawad kena kuatkan fizikal dan mental makanya tidak mustahil bila bermain game Half Life juga kena kuat mental dan fizikal bagaimana untuk selesaikan masalah ini.

Salah satu mission yang aku kena selesaikan bilamana terpaksa berdepan dengan makhluk gergasi ini , mau mati banyak kali jugak ar time nak letupkan binatang alah ni ...

Alien paling aku benci sekali bila nak serang aku ,alien ni akan keluarkan tenaga elektriknya untuk membunuh dan hilangkan separuh tenaga aku ! 

Kerana ujikaji gagal  inilah yang menyebabkan aku terpaksa harungi pelbagai rintangan untuk selamatkan diri selepas gagal berkuasa sepenuhnya ! 

Inilah Hero Dalam Game Half Life Black Mesa . Aku kena jadi dia lah dalam game ni .

     Game ini dikeluarkan pada tahun 2009 jadi aku ni lambat beli , yang aku pernah main dulu Half Life 2 tapi aku tak pernah faham jalan ceritanya dan bagaimana ia berakhir . Jadinya aku cubalah berjinak dengan Half Life Black Mesa pula , memang puas pelbagai makluk entah apa jenis yang direka entah apa-apa pun aku jumpa dalam game ni , kalau kita main game half life ni kena banyak fikir untuk selesaikan masalahnya dan paling aku tak suka bila jumpa askar negara mana pulak lah dalam game ini yang akan bunuh seisi manusia yang hidup dalam makmal yang besar ini , mau mati 44 kali gak ar bila jumpa geng-geng askar jadian tu ....

Ini dinamakan air bahan kimia yang boleh membunuh memalui kulit manusia ...

Sut yang direka khas untuk selamatkan nyawa dan boleh tambah nyawa dan tenaga . 

Namum akhir-akhir ini Half Life sekali lagi lancarkan yang baru untuk Half Life Black Mesa bagi nampak dalam game ini bentuk 3D yang cantik dan lawa hanya di kemaskini sahaja , jalan permainannya tetap sama

Watak Gordon lah yang aku pakai dalam Half Life ni, memang mencabar lah !!

p/s : perghhhh selamat game terpengaruh jugak aku ni yer .. adoiyai!!!




No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu