Thursday, November 22, 2012

Saya Sudah Ber-Couple 2.0

 "Hau'looo Assalamualaikum .... boleh saya duduk disini ?" Ujar Ridzuan sambil menghulurkan tangan kepada Farid dan senyuman manis pada Faridah .


(takde kena mengena dengan tajuk okeyyy , hiasan semata-mata)


Farid : Waalaikumsalam Silakanlah

Ridzuan duduk disebalah Farid tanpa segan dan silunya . Hati Farid rasa berdebar dan wajah Faridah mula kemerah-merahan mungkin malu agaknya .

Ridzuan : Ana minta maaflah jika ana bertanyakan sesuatu , kamu berdua ni dah berkahwin ke ?
Farid : (sekat-sekat) err belum lagi tapi kami berkapel , tapi kapel ni lain sket saudara .
Ridzuan : kapel islamik ..??? apa kebendanya tu????
Farid : kapel lah saudara , tapi kapel kami tak macam kapel-kapel yang lain 

Ridzuan berasa sangat-sangat dan tersangat hairan ! Lantas Ridzuan tertawa sendiri .

Ridzuan : macam ni lah , boleh ana ceritakan sesuatu pada kamu berdua ?
Farid : boleh silakan saudara .

 Ridzuan 
    " Nama saya sebelum masuk islam dulu adalah Thian Chua , pada masa tu saya ni suka sangat makan babi kalau nak bahasa sopanya adalah khinzir.Hari-hari saya nak makan babi ,pagi petang siang malam saya nak makan kat atas meja mesti ada lauk babi !. Babi itu adalah makanan harian saya sehinggalah satu hari , saya di timpa musibah dan dimasukkan ke hospital .Namum doktor meminta saya untuk tidak memakan babi pada masa saya sakit ,tapi kerana keinginan saya hendak makan babi tu saya suruh mak saya masak dari rumah dan bawa ke hospital . Oleh kerana saya ni terlalu suka makan babi saya ditahan di hsopital terlalu lama sehingga satu hari di pendekkan cerita ALLAH memberikan saya HIDAYAHNYA dan saya pun memeluk islam .

Dan tika saat itulah saya tidak lagi memakan babi tapi rasa keinginan nak makan babi tu terlalu kuat sehingga  saya fikir macam mana nak makan babi ni sedangkan saya sudah memeluk agama islam . Akhirnya saya mendapat idea , saya mencari anak babi yang baru lahir dan saya bela sehingga anak babi itu besar dan sempurna . Pada usia babi itu meningkat dewasa saya pun meng'azankan pada teliga babi itu , saya fikir ia sudah islam dan saya terus sembelih babi itu , pada masa saya hendak sembelih babi itu saya mencari urat lehernya namum tiada jumpa dan saya hanya memotong kepalanya tanda saya sembelih melalui lehernya . 

Setelah siap masak , akhirnya saya hidangkan di atas meja , semasa hidang tu pintu rumah saya terbuka dan saya ternampak pak imam lalu , lantas saya pun menjemput pak imam tu untuk makan bersama dengan ayat 
Ustaz , mai laa datang umah saya masak babi islam ni!!
Pak Imam tu terkejut dan memandang saya dengan penuh serius . 
BABI ISLAM ????

Ridzuan : hahahaha kesimpulan yang saya dapat buat disini adalah jika sesuatu yang haram itu tetaplah haram dan ia tidak boleh di HALALkan dengan apa cara sekalipun . HARAM TETAP HARAM bergitu juga dengan judi ia haram dan tidak boleh di halalkan dan bergitu juga dengan kapel , jika ia haram dan ia tidak boleh di halalkan lagi melainkan awak berdua nikah secara sah dan ia betul halal. awak berdua keluar tanpa ada ikatan yang sah , dan kita tidak tahu yang syaitan itu berusaha untuk membawa kita ke jalan maksiat . Baiklah saudara , saya beredar dulu , moga saya dan saudara mengambil pengajaran ini ya .. assalamualaikum .

Farid terkaku longlai manakala Faridah mula berasa malu yang teramat sangat lantas bangun dari kerusi meja makan itu dan beredar dari situ tanpa menoleh kearah Farid .Farid termenung panjang sepanjang lima bulan berkenalan dengan Faridah rupanya ada terselit maksiat yang pernah di buatnya , mata Farid tidak diajaga dengan sempuran dek kerana telalu sangat melihat Faridah yang cantik lagi comel itu .

Bersambung lagi ....!! 
#PrayForGAZA

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu