Saturday, November 17, 2012

Tersirat 8

 "kau masih bermimpi wahai si buta .."

 "mimpi aku tidak pernah menganggu kau wahai si celik , kau cukup sempurna untuk melihat keindahan ciptaan Ilahi"
 "dahulu kau jua celik wahai si buta , kenapa kau harus butakan diri kau untuk terus bergini , ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dirinya mengubah nasib itu , diberi akal untuk berfikir ,kau sendiri akan merubah nasib kau wahai si buta"


  "semua telah berakhir si celik , aku tidak perlukan mata untuk melihat kadang-kala ia menyakitkan mata untuk terus mengigat biarlah ia terus padam dengan pandangan hitam ini , sungguh aku tidak terdaya untuk membuka cahaya mata sendiri , hanya ALLAH tahu apa ada di dalam hati aku ..."

 "mari aku pimpim tangan kau untuk ke sana "
 "aku sudah tidak boleh bergerak lagi .... "
 "aku kenal kau seorang yang tabah, seorang yang kuat , kau mampu membuatnya "
 "izinkan aku terus bermimpi ..." (pejam mata)

 "apa lagi yang masih tersirat dalam hati si buta ini ...." (bisik dihati)
 "duhai si buta , masa tidak boleh diundurkan lagi, kau harus mara ke hadapan sampai bilakah kau harus jadi bergini, sampai bilakah ..?"
 "Yang Indah Hanya Cuma Mimpi ... "(menitis air mata) " bawa aku balik si celik .... tasik ini mungkin tidak setenang dahulu ..."
 "aku bawa kau balik ...."

Pada jam tiga pagi
Pada ketika alam sepi
Pada perenggan itu
Aku terpaku

Fikiran datang melayang terbayang
Ke hulu hilir ke masadepan masabelakang
Si dia, kamu dan kita silih berganti
Tanpa jemu puas lelah menginspirasi

Berguling ke kiri kanan
Membina harapan menyusun impian
Dengkur tidur bersahutan

Tidur, tidurlah orang kecil
Mimpi, mimpilah berlapik cadar
Bangun, bangkitlah dari katil
Kerjakan mimpi orang besar.

3.38 am  200512
Kampung Sungai Pusu

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu