Sunday, November 18, 2012

Tersirat 9

 "Aku dah rasa muak lah dengan kau si buta, kau taknak berubah dan kau malas berubah, kenapa dengan kau ni , bangun laa jangan malas"

 "Jangan cari aku lagi jika aku boleh membuatkan kau berasa susah untuk menjaga aku , aku boleh hidup sendiri "
  "Itulah ayat yang selalu kau cakap , ayat tu lah yang selalu kau keluarkan ,aku dah rasa mual , menyampah dan bosan kau tahu tak !"


 "cuba kau duduk wahai si celik dan tenangkan diri kau , lihat sawah di hadapan lagi pun kau juga yang membawa aku kesini pada pagi ini , aku merasa padi di tangan ku dan sawah pandanganku"
 "ya memamg ia sawah ... aku yang bawa kau kesini selepas subuh tadi .."
 "kata-kata kau mengigatkan sahabat lama aku ketika aku di Melaka dahulu ..." (menarik nafas) " tidak semua boleh bersama dengan kita wahai si celik dan tidak semua mahu bersama dengan kita walaupun kita rasa dialah tempat mengadu kita walhal dirinya sendiri ada masalah dan dirinya sendiri ada pendirian yang tetap dan dirinya juga ada kehidupan sendiri ..."
 "apa maksud kau?!"
 "maksud aku , tidak semestinya kau akan tetap bersama dengan aku selamanya satu hari kau pasti akan pergi kemudian aku pula siapa tahu ..."
 "......... " (terdiam seketika)
 "aku menyangka ada dikalangan sabahat aku boleh bersama dengan aku selamanya , ada yang boleh berada disisi aku tapi semua itu seketika sahaja tidaklah kekal , bukan meraka pergi berjumpa Ilahi tapi mereka ada kehidupan mereka sendiri yang mahu melihat diri mereka berjaya , tidak selamanya mereka akan terkongkong bergitu pasti ada jalan yang akan membuatkan mereka berasa tenang dan sempurna ."
 "ada apa di hati kau wahai si buta .."
 "ia masih tersirat yang tidak dapat aku ungkapkan lagi .... ia perlukan masa untuk aku mudah dalam berbicara.."


No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu