Saturday, November 17, 2012

Yang Pastinya Ini Adalah PERAK !

Hoi Hoi Hoi .... !

Aidiladha yang lepas aku raya kat Perak Darul Ridzuan ~~

  Aku tak pasti samada aku yang condong atau merana tu yang condong. Tapi kata Hajar menara tu memang condong , dan sepanjang jalan tu Hajar guide aku dah macam pemandu pelancong pun ada .... ~~













 

    First time sampai Teluk Intan , raya pertama aku rasa sangat letih nak bangun tidur pun malas tapi sebab rumah orang jadinya aku sebagai anak dara kena bangun awal lah kalau rumah tu ruamh mak aku takpa jugaklah aku nak bangun pukul 12tgh hari , muahahahahaha yelah sebab malam tu aku sampai dlam pukul 1 lebih punyalah risau si Hajar tu ,kotlah kan aku tak muncul-muncul kt depan umah dia , kesian kat member aku tu haa sampai aku makan nasik pun nak ditemannyer haa , memang member baik laa !! walaupun zaman sekolah dulu aku selalu susahkan diorang ni kan ~~

    Bangun ja pagi mak Hajar yang tersangat peramah orangnya suruh aku mandi and lepas mandi dapat jugak aku merasa pulut rendang mak dia , perghh memang terbaiklah , rindu pulak kat pulut masakan umi di kedah sana tu .... Pagi tu saja dah ajak pegi shopping kat pasaraya (err apa nama dia ek,lupalah) macam Gmart kat Sg Petani tulah lebih kurang , shopping sakan dua beradik tu , Hajar Khuzai and kakak dia  Mayang Khuzai , ...dan selepas itu tetiba gigi aku sakit terus hilang mood aku nak melancong kt Perak ni , ashhh!!

Yang Pastinya Ini Adalah Teluk Intan , Perak Darul Ridzuan Bukan Melaka Bandaraya Bersejarah ! Belum Lagi Nak Update Negeri Melaka Hua Hua Hua !!

  Jalan Utama Ke Rumah Beliau , Kereta Itu Sebagai Model Tambahan Yer 

   Gara-gara aku mengidam buah rambutan ,sanggup Pak Cik Khuzai amik buah rambutan untuk aku . Oh Terharunyerrr !  

Kata Hajar , bila Kerajaan Negeri Perak tahu aku nak datang kampung dia terus diorang upgrade jalan bagi lawa .. hahahahaha !

  Terima Kasih Hajar Khuzai Semoga Jumpa Di Hari Raya AidilAdha Tahun Depan Pula Ya !!










p/s : Dia Masih Single tapi aku tak yakin kalau dah berpunya sekarang~~ 
artikelainaazian

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu