Sunday, December 23, 2012

Terpengaruh ?

 Baru-baru ini aku membaca dan membelek hasil tulisan Ust A.Ubaidillah Alias yang bertajuk Warkah Cinta Berbaur Syurga namum telah di dramakan di TV AL Hijrah senjak akhir-akhir ini dah telah habis ditayangkan walaupun slot kisahnya bertajuk warkah cinta tapi jangan salah sangka diri kita ada dalam watak novel tersebut .

Sinopsis Belakang Buku:


Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

"Jika novel Ayat-ayat Cinta menyorot latar Mesir dari pandangan seorang mahasiswa Indonesia, maka Warkah Cinta Berbau Syurga ini disorot dari kaca mata seorang mahasiswa Malaysia yang menuntut di sana. Justeru tidak hairan andai latar Kaherahnya dan suasana kehidupan para pelajar Malaysia dapat diperincikan sebegitu rupa. Dalam lambakan karya bertemakan cinta asyik-masyuk bernafsu rendah yang boleh mengelirukan pembaca remaja, novel cinta berjiwa Islamik begini sewajarnya menjadi alternatif terbaik selain mampu memperkaya khazanah sastera Islam tanah air."

LUPAKAN beberapa watak yang tiba-tiba muncul dan tiba-tiba menghilang atau yang tiba-tiba hidup dan tiba-tiba `dimatikan’.Saya bukan `pembaca novel’ yang baik tetapi novel ini `memaksa’ saya untuk membaca pembuka katanya:`Cairo kurasakan sepi tanpa surat-suratmu. Bunyi sahrawi yang mengepuk debu kering itu bagai membawa gemersik suaramu…’ Dan, pembuka kata bersurat novel ini `memaksa’ saya untuk terus bersantai hingga kepada penutupnya yang mengusik, `Wardah… Balqis… Maafkan aku’.

Itu Sinopsis Novel BEB ..!! Apabila ana menonton ini drama ana dapat rasakan bahwasanya kita ada di dalam sesetengah watak dalam drama tersebut .

Amir Mukhlis (ah memang nama novel) : ada lelaki ramai berangan-angan hendak menjadi seperti Amir Mukhlis karena bila ana lihat amir melepaskan cintanya pada seseorang manusia amir penuhkan hatinya dengan ayat-ayat cinta ALLAH agar hatinya tidak kaciwa pabila itu bukan pilihannya dan andai ia bukan jodohnya . Sebaiknya Amir memenuhi isi hatinya dengan ayat - ayat cinta ALLAH yakni Al Quran , Zikir dan mendekatkan diri kepada ALLAH. 

Namum Apa Bayangan Yang Kita Dapat Ia Tidak Seperti Amir Dalam Novel : Mungkin ada lelaki seperti Amir di dunia nyata , rata-rata pengkajian ana di laman social terutamanya bagi mereka yang alaa , alaa yang muslimin dan muslimat ni lah , baik yang elok atau sebaliknya ternyata ada yang idam lelaki seperti Amir , ana bukanlah nak mengata kepada anta dan antum semua ini cuma andaian sahaja .... hehehehe

Bagi ana , Wardah terlalu mengharap sehingga membinasakan badannya karena terlalu mengharap harapan dari Amir  dan mungkin Amir juga kaciwa dengan sikap Wardah sedemikian rupa .  Ini membuktikan bahwa ketika ana berada di zaman sekolah agama ternyata A.Ubaidillah Alias memang bijak dalam penulisan cinta budak sekolah agama , ya muslimat pantas kaciwa dan penuh pengharapan dari seorang jejaka ( tidak semua ya ana gurau sahaja ...hehehehe). Apapun Wardah cuba untuk tidak berharap pada manusia dan terus berdoa pada ALLAH agar jodohnya dengan Amir panjang sehingga Amir selesai belajar di Al Azhar . Namum siapa sangka jodoh Wardah bukan dengan Amir tapi Shamsul .... bergitulah kisah dan konsep nya .

Namun bila ana tonton drama ini berulang kali, ana dapat rasakan bahwasanya kita manusia patut meraih Cinta ALLAH sebaik-baiknya benarlah kata-kata Amir Mukhlis 

"Cinta tidak akan datang secara paksa
Cinta hanya akan datang dengan kelembutan
Jika soal hati ..
Selama-lamanya
Kelembutan tidak akan tewas dengan kekerasan"
Ok , kalau nak tengok drama "Warkah Cinta" secara online tekan link bawah ini :
Warkah Cinta Ep 1
Warkah Cinta Ep 2
Warkah Cinta Ep 3
Warkah Cinta Ep 4
Warkah Cinta Ep 5
Warkah Cinta Ep 6
Warkah Cinta Ep 7
Warkah Cinta Ep 8
Warkah Cinta Ep 9
Warkah Cinta Ep 10
Warkah Cinta Ep 11
Warkah Cinta Ep 12 (Akhir)

Apapun ana berterima kasih pada Ust Fauwaz Mohamed yang sudi upload drama ini di youtube . ha bagi siapa yang nak fahami erti cinta yang mendekatkan diri pada ALLAH tontonilah Ketika Cinta Bertasbih eh silap Warkah Cinta . Dalam isi drama itu bukan setakat cinta manusia tapi Bercinta Kerana ALLAH hingga Ke Syurga.


ops jap

ana bosan sebenarnya pagi tadi dan tetiba terkeluarlah mv ini
hurmm terpengaruh dari "warkah cinta" lah ni
Harap KRU tak marah ana "cilok" lagu Seperti Dulu dari Forteen,hehehehe.

Hanya sekadar video sahaja korang jangan ambil feeling sangat !



*ramai yang mahu menjadi seperti Amir namun sayangnya rata-rata berkelakuan seperti Zaki dan Izzudin.

Fakta Ke Auta?

*ma'asalamah!

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu