Tuesday, January 1, 2013

2013

"Jika sambutan Awal Muharam ada diantara kita sambut dengan kadar sederhana walaupun ceramah merata tempat tapi meriahnya memang tidak sama dengan tahun masihi .. kenapa ya? apa istimewa tahun masihi ni,sehinggakan ada pihak menghabiskan berjuta ringgit demi generasi "y"... ermm dimana silap kita?


Cerita dan Kisah 2012 banyak mengambarkan tentang politik tanah air di malaysia dan kisah-kisah sedih suka duka di dunia namum apa ertinya jika tahun baru hijrah peragai tetap sama dengan tahun baru masihi ... 









Seringkali tahun baru ke dataran merdeka , aku berasa takut untuk ke sana namum kerana tugas kerja aku selalu teringat bahwa ketika Malaikat diutus untuk menarik nyawa seseorang itu tapi malaikat itu berasa hairan sebab manusia itu sedang rancak menari dan bergembira ... hurm takut untuk berseronok kelak tuhan utuskan malaikat menarik nyawaku ketika sedang girang bergembira. Memang seronok menjadi jurumedia mengambil gambar menteri dan sebagainya namum takut tika diambang tahun baru itu , tuhan timpakan kita perkara yang tidak diingini , nauzubillahminzalik memang tidak diminta namum kita semua setiap hari dilanda perbuatan dosa .

 "semua orang wajib memohon ampun dari ALLAH kerna semua orang setiap hari melakukan dosa"
 Meriah melihat generasi "y" menari untuk dipersembahkan kepada menteri yang hadir .












Tidak hairanlah berapa jumlah yang hadir untuk melihat program ini , tidak hairanlah program ini hiburan atau ilmu , namum apa pengisiannya ? apa tindakkannya ? apa hasilnya ? adakah kita akan lalui hari yang lebih teruk pada tahun mendatang ? Oh dunia di hujung nyawa dan diakhirnya , taktala melihat mereka walaupun kita terasa terhibur sedikit tapi adakalanya kita akan rasa perit dihujungnya percayalah .....

Dan generasi "y" ini pula menyambut tahun baru dengan doa dan ikrar azam baru ...  apa yang pasti ada kritikan dari sekeliling yoooolaaah! Bab Agama semua letak hujung lutut ! 










Walaubagaimanapun seperti yang dimaklumkan bahwasanya mereka juga mahasiswa sama seperti generasi "y" yang gambar atasnya tadi , cuma situasinya berbeza . Teringin nak interview tapi sah sangat meke akan pandang pelik pula sebab i kan gomen ,kang tak pasal-pasal dicop SB lah pulak nak interview meke ni ...

Tapi jawapan itu masih belum aku temui , aku taknak jawapan korang tapi aku nak jawapan aku dan ia datang dari diri aku dari mulut dan hati aku ! wahahaha

#yooooolaaaaaah aina azizan ...
selamat tahun baru 

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu