Friday, January 4, 2013

Cerita Malam 3 Januari 2013

"i have ... arr takpayah nak omputih sangatlah//// aku ada satu slot nak dikongsikan untuk korang semua perkara ini terjadi sehari sebelum hari lahir aku ."

Kiraan Detik Waktu :

07:00pm
*Sepertimana yang di dalam kotak ingatan ainaa azizan .

 Aku masih ingat selepas aku call Jurifah Ramli yang menyatakan bahwa aku akan berpindah dan bertanya pada dia dimanakah kawasan itu makanya dia menjawab tidak tahu namum aku terus bersedia untuk jalan terus ke tempat tersebut .

07:30pm
 Perjalanan ke Cheras mengambil masa sekejap sebenarnya tapi ntah kenapa malam itu terasa lama untuk sampai ke Cheras , Sepanjang perjalanan sehingga minyak motor habis aku masih tidak lagi jumpa kawasan tersebut sehingga aku call dan sms berulang kali .

08.00pm
Aku terus berjalan sehingga aku tersesat di Hulu Langat, Selangor .Jalannya kawasan kampung aku tersasar jauh hingga ke Pekan Batu 18 , Selangor Darul Ehsan. Huh jauhnya kat mana ni .

Putaran Masa Dengan Pantas

9.30pm
hah tiba-tiba sampai dan ..... apakah ?? kenapakah ?? kenapa dengan rumah itu oh tidakkkk!!!!!!

Kotak fikiran aku bercelaru dan aku sendiri tak tahu apa yang berlaku selepas itu dan yang penting aku sedar aku berada di rumah HEWI (hal ehwal siswi islam) PKPIM di Gombak , dan tertanya-tanya kenapa aku ada disitu , sebab bila sedar ja , eh Kak Is nak masak , err apakah ... apa yang berlaku kenapa terhenti sampai jam 9.30 malam sedangkan aku sedar kt rumah HEWI jam 11.30 malam , apa yang berlaku sebenarnya .....

Oh Tuhan ......
Tapi pagi tadi aku tanya Kak Fatimah

"Siapa yang kemas baju dan beg aina ????"
Haaaa???


*korang faham ke apa yang aku tulis ni sedangkan aku pun tak faham juga ~~~



No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu