Tuesday, March 26, 2013

Makanan Untuk Semua


    Hidup di KL memang mencabar jika kita tidak menghadapinya dengan tabah kita akan kalah, sebenarnya kita mampu untuk ubah segalanya , jika tukar kerajaan sekalipun kalau diri itu tidak mahu UBAH tidak guna juga , pemimpin lahir datang dan dia akan pergi , kalau kita asyik cakap 

 "ah dia kaya takpalah senang, boleh hidup mewah dan bla bla bla bla ..."

Namum sampai bilakah harus cakap perkataan yang sama ??? UBAH sikap anda untuk UBAH kehidupan yang lebih sempurna , saya pernah di tanya kenapa kerja banyak tempat ? Sijil Diploma tidak laku ka ? Bila saya membalas nya adalah saya perlukan pengalaman yang lebih banyak dan berharga , hidup saya sangat susah , ayah dan ibu saya masih perlukan saya bukan kerana sijil diploma tu tidak laku , sijil SPM pun laku lah jika kita betul-betul manfaatkan apa yang kita ada , seafdalnya usahlah kita meng'anaiya tubuh badan kita sehingga sakit contohnya tidak cukup tidur dan kerja lebih masa kerana itu boleh membinasakan tubuh badan kita hatta kita asyik cakap 

  " aku perlukan duit aku perlu bayar itu bayar ini dan lain-lain jika aku tidur dari mana aku mahu cari duit , duit itu bukan jatuh dari langit atau petik daun terus jadi duit "

Berpada-padalah dalam mencari rezeki bumi ALLAH ini luas . Carilah rezeki yang halal hatta susah mana pun cara kerjanya . Kita dilahirkan adalah untuk diuji oleh ALLAH tahap IMAN kita , dan sekarang kita sedang di uji .

Senjak saya bekerja di Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dibawah Kementerian Pembangunan Wanita Dan Masyarakat, ia banyak menginsafkan saya , rakyat Malaysia semuanya "MAMPU UBAH" diri tapi samada MAHU atau TIDAK sahaja , Di YKN terdapat golongan yang sederhana dan tidak mampu malah disediakan hostel untuk sementera, makanya mereka harus usaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik dan tinggal di rumah yang lebih selesa . Meskipun YKN telah lama ditubuhkan ia adalah rumah pelindunga sementara dimana ada dikalangan kita tiada rumah dan tinggal di YKN untuk sementara , akan tetapi haruslah mereka mencari kerja dan bukan duduk saja makan free yang dibagi setiap hari , YKN menjaga kebajikan mereka untuk mereka berusaha mencari kerja dan MENGUBAH gaya hidup yang lebih baik dan sempurna .

Makanan Untuk Semua 
Di YKN juga , ada segelintir Manusia yang kasihan pada Manusia sanggup membawa makanan percuma untuk mereka yang kurang bernasib baik . kalau kita kata di Turki ada tertulis disebuah kedai roti yang memberikannya roti percuma dan di malaysia ada nasi percuma ! ya ini benar dan selalu ada di merata Kuala Lumpur . Makanan ini percuma dan nasi itu untuk semua




Meskipun tidak sesedap chiken chop tapi ia sangat berharga pada mereka yang memerlukan , inilah nasi untuk semua .... namum kenapa rakyat di negara kita masih lagi miskin yang tegar ?

Mungkin jawapan saya dan anda sebagai pembaca amat berbeza namum bagi saya jawapannya adalah :

"Kita sudah disuap dengan pelbagai citarasa namum kita semua adalah SEORANG YANG PEMALAS!"

Ubah lah gaya hidup anda dengan lebih selesa bukan ubah dengan gaya hidup yang merana kaya pula dengan rezeki yang tidak halal dan tidak bahagia dalam hidupnya.....




No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu