Sunday, May 19, 2013

Tersirat 11 - Si Buta Is Back

"Si Buta , kau dah balik .. kenapa kau balik tidak beritahu ?" 


 

"Salah ka jika aku balik , ini memang jalan untuk aku pulang.."
"tapi kawan kau tu dah lupakan kau , buat apa kau balik sini semula , tasik ini tiada memori bagi kau lah"
"dia lupakan aku terus ke? tidak mengapalah wajah dia tetap celik bagi aku"
"merantaulah  kawanku jika itu yang membuatkan kau bahagia ,carilah ilmu sehingga apa yang kau inginkan"
"kemana lagi aku harus pergi 10 tahun dulu aku lain dan 10 tahun sekarang aku dah dewasa tapi akalnya tetap keanak-anakkan .... susah untuk lupakan"
"jika hari ini tidak mampu untuk kau lupakan kawan lama itu , saat inilah kau harus dekati tuhan untuk sampai kesana .. "
"jika esok aku pergi ,beritahulah dia yang dialah kawan aku satu-satunya dan tidak pernah aku lupakan dia walaupun sesaat , doa aku hanya untuk kawan yang pernah berjasa dengan aku sepanjang mereka bersama aku menjaga kecacatan mental dan fizikal aku"

Si Buta membuka tongkat lipatnya dan terus berjalan . Penyelia itu hanya memandang seraya berkata

"jika esok dia pulang untuk mengambil kau , aku yakin kau sudah tiada disini lagi dan tidak mungkin akan kembali , jiwa kau penuh dengan kekecewaan , penuh dengan hiba , penuh duka , penuh sengsara , kau duduk di masjid hanya untuk ,solat,doa dan zikir ,kau cuba lupakanya , tapi sayangya ALLAH masih menguji ingatanmu supaya terus mengigatinya .... wahai si buta usah kau cederakan,binasakan tubuh kau lagi , biarkan ia berlalu ,andai sahabat mu itu kembali akan aku khabarkan padanya bahwa kau sedang mencarinya dan tidak akan pulang lagi ke sini ,tasik ini sudah tidak simpan memori kau lagi"

Si buta menitiskan air mata dan terus berlalu dari situ sambil mengucapkan salam dan selamat tinggal .

"aku tidak akan menyesal dan tidak menyesal
hidup mesti diteruskan , aku harus kembara"

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu