Thursday, June 13, 2013

Tersirat 13 - Penghujung Waktu

               Petang tu angin kat bilik wad Si Buta memang amat aman sekali , Si Buta hanya dapat merasa sahaja angin hendak lihat pemandangan , hanya banyang di hatinya sahaja . Hari ini , penghujung waktu bagi Si Buta , dia seolah-olah tahu waktunya sudah tiba , Dia (Si Buta) memanggil rakan usrahnya untuk tampil membacakan ayat-ayat Quran untuk dia dengar dengan tenang .

 "merdu suara kau , untung siapa dapat kau kelak yer , moga anak-anak kau pun akan mendapat manfaat dari kau nanti "

Rakan usrahnya tersenyum 

 "terima kasih...."


Hati Si Buta Berbicara :

 " Kau tahu kenapa aku menjadi bergini , aku cuba hendak melupakan sesuatu yang tidak akan terjadi dalam hidup aku , aku rela buta dari terus nampak . Sepanjang hayat aku , aku selalu sakit ,hendak sahaja susahkan semua yang aku kenal ,baik dah lama atau baru kenal . Aku takut hendak kenal dengan orang lain ,takut sangat , nanti dia akan jadi bosan dengan tingkah laku aku .

 "aku kembara mencari ilmu , aku kembara untuk lupakan semua , aku pergi merata tempat , aku pergi ke tempat yang tidak pernah aku sampai semasa kecil ku , tapi ia tak lama , aku masih ingat juga . Aku berdoa sambil aku menangis agar aku terus lupakan semua . tapi aku tak mampu lah .... apa hikmahnya disebalik ini semua .

 "aku cuba pergi ke majlis ilmu , aku cuba mendengar dan menghayati semua itu , tapi aku tetap tidak dapat lupakan pekara lama . kenapa ya ?

"aku masih ingat yang aku suka susahkan orang lain , aku sakit tapi aku still nak susahkan orang juga . aku dah cuba elak itu semua sebab itu jika aku sakit , aku rela sendiri .

Termenung sebentar ....

 "hey si buta , apa kau fikir ..?"
 "eh tidak ada apa-apalah .... aku mahu ambil air sembahyang"
 "tapi kau sudah lumpuh ??"

Si Buta tergamam sebentar ..

 "aku tolong kau ya .. nanti kau solat di katil ya"

Dengan perlahan sahabat usrahnya membantu mengambil air solatnya dengan sempurna , Si Buta Solat di katilnya dan selesai sahaja solat , dia baring .

 "kau mahu makan .. ? kejap lagi kau kena makan ubat , Penyelia sudah pesan dengan aku sebelum dia keluar tadi..."

 "aku tidak seleralah ... kau makanlah dahulu , nanti aku makan ya .Maaf"

Berkerut dahi sahabatnya . Keluh dan terus berlalu dari katil Si Buta .

Si Buta berzikir di dalam hatinya , akhirnya dia terpejam dengan sendirinya . Diakhir kata-kata hatinya adalah ...

aku rindu ingin berjumpa dengan kedua orang tuaku ... moga mimpi ini terus berjumpa dengan mereka .... Maafkan aku kawan .. jika aku pernah menyusahkan semua , Moga ALLAH rahmati kalian semua .. amin

2 Jam Selepas itu ..

        Rakan usrahnya masuk semula ke bilik wad Si Buta , rakannya fikir Si Buta tidur , tanpa melengahkan masa rakan usrahnya terus mengambil sedikit roti dan ubat untuk diberikan pada Si Buta .

 "Si Buta .. bangun ,bangun makan sedikit roti ini dan aku akan berikan kau ubat, nanti kau cepat sihat,bangunlah si buta ..."

Berkali rakannya mengejut , Penyelia baru pulang dan terus menerjah perlahan ke bilik wad Si Buta , melihat rakan usrahnya tidak putus asa kejutkan si buta sehingga menitis air matanya . Penyelia menghubungi doktor untuk segera datang .

Doktor sampai bersama tiga jururawatnya . Salah seorang jururawat itu manrik perlahan rakan usrahnya .Penyelia hanya memerhati dari arah pintu sahaja .

 "kawan saya tidak mati lagi lah doktor , dia cuma tidur sahaja."

Doktor hanya memerhatikan rakan usrah Si Buta itu , lantas dengan nada perlahan Doktor berkata pada rakan usrah itu

 "kawan awak sudah tiada , Yang Maha Esa sudah menjemputnya pulang , bersabarlah... satu hari nanti tiba masa kita pula ..."

Rakan usrah Si Buta tergamam dan terduduk di tepian katil Si Buta , menagis dia tanpa henti , Penyelia hanya merenung sedih , tatap wajah penghuni di rumahnya hanya dia seorang yang buta ,namum suka mengembara tika hidupnya ,mengahbiskan sisa-sia hidup dengan berbakti pada alam .

Pergilah , kau akan tenang di sana, kau pasti lupakan semua itu . Sahabat kau tidak akan balik meskipun kini dia masih hidup , mungkin dia tidak akan cari kau lagi , aku pasti penantian kau sudah berakhir .....

-----------------------------TAMAT----------------------------

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu