Monday, July 8, 2013

Kembar Saya

       Dua hari ini ,hati saya sangat gelisah entah kenapa saya tidak tahu, mungkin murung saya masih panjang ,saya sangat rindukan kampung halaman saya namum hati saya masih tidak lagi untuk pulang ke sana, entahlaa saya cuba untuk hentikan kemurugan yang panjang disebalik mimpi hitam ini , saya dah cuba untuk bangun dari mimpi yang sangat panjang , apalah sangat 22 tahun hidup di penuhi dengan titis dosa yang banyak . 

(boleh pulak buat sajak kat atas ni, sila abaikan ayat yang tidak perlu)

Semalam ahad bukan , selepas saya pulang untuk berehat dari Pusat Latihan , Sg Udang,Melaka, saya berjumpa sebentar dengan adik kembar saya yang tidak sama rupa parasnya tapi sama namanya cumanya nama saya panjang 14 huruf tapi nama dia cuma 7 huruf saja .
Bercerita  tentang kehidupan .

     Adik ini berubah kerana mahu dihormati bukanlah dari kalangan sekolah agama hanya sekolah kebangsaan biasa sahaja namum ia sangat berubah dengan sempurna . Dia menceritakan tentang silam hidupnya dahulu bukanlah orang yang baik belaka , nakal juga orang biasalah zaman remaja ,namum bila ia menempuhi zaman universiti ia berubah kearah yang lebih baik , maka tandanya ALLAH sangat mengasihinya dan memberikan dia "hadiah" yang sangat sempurna walaupun kehidupan yang dahulu sangat perit baginya .

Aku pula berasa malu apa yang adik ini ceritakan ia sangat berbeza dan aku pula ibarat kejutan budaya namum iman aku pula still lemah dan lalai lagi alpa apatah lagi adik itu berubah kerana ALLAH , Menahan malu adalah 1 , tahan sakit pinggang masa tu pun adalah 2 , ini sangat mengjengkelkan !

Bercerita Tentang Cinta !
"hey adik ada orang nak melamar awak"
ayat itu dah membuatkan dia terkedu semasa saya call dia lagi , saya sangat meneliti tentang sahabat sekeliling saya ,saya cuba memahami , jika ia tidak suka akan sepekara mungkin saya tidak akan lakukan lagi di hadapannya . Adik itu terkedu sebentar dan membalas 
"Siapalah saya untuk dia , saya terlalu muda kak ,masih mentah lagi suruhlah dia mencari yang lain lebih baik dari saya"

*mungkin skrip itu diolah semula agar nampak ayat cun dan lawa (kahkahkahkah) .

    Ya adik masih mentah tapi jodoh itu ditangan tuhan , saya sendiri pun tiada jodoh lagi mengharap penantian pada Dia yang telah lama mati , mengabdikan namanya di email lagi , malah terlalu merinduinya sehingga rasa sedih dan menyeksa ibarat sangat dah tiada pengganti ! (perghh). Tapi adik itu mula termenung ini mungkin hatinya resah apa perlu dia lakukan , sabar kawan saya bukan nak ngorat sangat adik tu ,cuma mahu melamar berkenalan sahaja  . Adik ni pun haiihhhhhhh !

Kelakarnya Diri Adik Ini .

     Gayanya , caranya dan percakapannya tidak ubah cara saya semasa di Mahaad dahulu , sebijik seh ! serupa bertudung labuh,berjubah  tapi kalau sembang suara boleh dengar satu dewan , kasarnya macam zaman saya masa kat mahaad juga , mashaallah memang kembarlah tapi segan pula nak cerita zaman mahaad den kat beliau ! 

      Semasa sya dizaman mahaad bila saya tengok adik ni tidak ubah mcm saya masa remaja ,aduhai ia sangat mengammit memori ,selalu jaga hati orang ,diam bila kena perli atau kena kutuk , selalu sendiri dan lain-lain lagi lah . Heh kembar apakah ini sudahlah nama sama inikan pula peragainya ,cuma yang beza adakah kelakuannya bila berubah ... kasar-kasarnya ia tidak nampak akan kelembutan pada dirinya . adik itu beritahu ia tidak pandai memujuk hakikatnya dia sedang cuba pujuk dirinya yang masih lemah itu cuma dia memang tak pandai pujuk orang melainkan memberikan kata-kata yang semangat untuk kawan yang lain.

Saya bertanya padanya pernah bercinta , ya jawapannya pada zaman sekolah tapi bilamana zaman dhulunya dia bercerita tentang cinta dan perkahwinan pasti ada yang akan ketawa , mungkin kerana sikapnya ala-ala "tomboy" pada masa itu membuatkan kawan lelaki lain rasa ketawa pada dirinya . Mungkin saya terlupa mahu bercerita tentang kisah wanita kasar yang berubah kerana mahu menempuhi alam perkahwinan merasakan kasih sayang dari seorang lelaki yang soleh mampu membimbingnya kearah yang lebih baik .

Mahu saja saya berjumpa dengan sahabat lamanya ,beritahu yang tidak semua wanita itu kasar ,di dalam hatinya masih lagi ada arus kelembutan yang jarang dia tonjolkan luaran memang sgat kasar tapi lembutnya ibarat kain sutera yang habis di redam dengan softlan ! (heh)

Bila saya memujukanya , adik itu terkedu sekejap ,orangnya sangat mengasihi sahabat yang lain ,sangat bertanggungjawab dan dia cuba untuk menyelesaikan ini dengan kadar hatinya memang tidak bersedia untuk kahwin .. 

Ya adik itu memang tidak bersedia untuk berkahwin , bila saya pandang wajahnya saya pula yang keluh panjang , ada ayat tersirat yang dia mahu bercakap tapi tidak kesampaian . Saya memberitahunya saya memang letih tapi bukan letih kerana adik ini ataupun sahabat lelaki saya itu tapi saya memang dah sangat penat ,letih dan sakit . Tidak sampai hati pula saya mahu menyatakan jika saya tiada lagi untuk hari esok tunaikanlah permintaan ini agar dapat memberikan satu jawapan pada sahabat lelaki saya . 

Bagi saya , saya tidak mahu dua - dua kecewa ! nanti saya pula yang rasa bersalah, saya cuba berdoa jika dipanjangnya jodoh itu , sayalah jurufoto untuk kamu adik , free of charge !hehehe

Tapi saya fikir yang saya tidak mungkin akan berkata bergitu melainkan dalam blog ini yang lebih ramai akan baca dan cakap ...
ah merapu jugak budak ni rupanyaaaa 
*mungkin kot !

Kisah hati saya lebih panjang dan kadangkala saya menagis sendiri ,saya cuba untuk lupakan orang yang telah tiada itu tapi susahlaa ..... penantian yang sangat menyeksaakan . Belajarlah untuk mencari cinta yang satu bukan cinta yang hanya sekadar bercakap di mulut namum di hati berbeza luahannya .

Saya hendak pulang , pulang bukan dengan kesakitan yang saya alami , saya cuma ketawa sahaja dihadapan adik itu dan ya orang seperti dia sangat suka merisaukan tentang orang lain , moga adik itu tidak lupa untuk risaukan dirinya sendiri .

Hari ini saya balik dengan penuh kepenatan bukan kerana memikirkan perkara yang saya tulis itu tapi kerana saya fikir adakah saya akan balik kampung ???? 

Half time ??
Firman Allah s.w.t:“… (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…”(Surah Al-Baqarah : 165)

1 comment:

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu