Wednesday, July 17, 2013

Kenangan Main Mercun Bola Di Asrama

             Siapa yang tak pernah main mercun bola ..? Usah bohongkan diri anda yang pernah mungkin selalu main di waktu sekolah tapi bila dah besaq belaka ni anak-anak hangpa ar yang dok main mercun ni ,hangpa tukang tengok ja ...


      Saya masih ingat ketika saya belajar di Maktab Mahmud  7 tahun yang lalu masa tu saya tingkatan tiga , saya tengok pelajar asrama lelaki sedang asyik main mercun tanpa dimarahi warden atau masa tu mungkin lah kot warden gi solat terawih kat masjid luar tak pun masa tu warden takde kot ,entahlaa dah lupa warden ada mana masa tu ,yang penting masa tu zaman muda mudi lah ,saya outing hujung minggu ke pekan beli mercun bola dan masa tu warden tak buat spotcheck bila balik dari outing luar , kebetulan saya ni jenis duduk sorang-sorang dekat asrama tu ,buat hal sendiri kata orang, oleh kerana itu saya mencari idea mcam mana pelajar aspura letakkan mercun bola dalam tin biskut dan letupkannya tapi bunyi dia nak habaq korang mcm gempak la tapi takde lah sangat mana pun , tahap ketinggian tin biskut tu pun tahap lutut budak-budak laki tu sahaja.

    Oleh kerana itulah saya mencari tin biskut jugak dan mendapat idea dengan memotong tin yang besar itu menjadi dua . Makanya selepas terawih dan kebetulan satu Batu Hampar tu pulak blackout malam tu ,mulanya saya hanya melihat keporak-perandaan peserta lelaki yang bersorak girang memerli dek kerana junior kami mampu main alaa bunga api jaa, huahuahuahua nak wat macam mana itu yang depa mampu masa tu . 

     Dan masa itulah saya keluar dan cakap dekat member saya yang tinggi lampai iaitu Huzaimah untuk bermain mercun bola yang besaq sekali tu.Saya keluar dengan bertudung labuh dan bert-shirt panjang labuh berkain pelekat lalu membawa tin biskut yang dibelah dua itu lalu saya menyuruh Huzaimah menghidupkan api pada mercun bola itu lalu diletakkan dalam tin biskut yang terbelah dua itu .

Apa jadi lepas tu ?

     Bunyi tak berapa kuat tapi tin biskut tu melambung naik atas melepasi bumbung bangunan asrama kami yang setingkat itu ... Saya tercengang sekejap dan melihat mana peginya tin tu , bebudak aspura yang tengah meriah tadi dok kutuk junior kami main bunga api tu diam sekejap dan tergamam, semua pakat tengok langit yang gelap tu ,beberapa minit kemudian tin biskut tu jatuh habaq hang ,berkecai separuh tin tu,apa lagi bersorak lah pulak bebudak aspuri dan mengutuk balik aspura yang bajet hebat tu .... Saya memberikan "give me five" pada Huzaimah ,ala bajet hebat padahal tin biskut tu saya gi potong dua that why la boleh meletup dengan kadar ketinggian yang tinggi .

Itulah kenangan paling tak berapa indah yang pernah saya ada di Maktab Mahmud dulu .

        Itu masa di Mahaad dulu , ini pula di Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau , yeah masa tu saya bajet alim bangun awal nak kejutkan budak-budak blok 6 makan sahur , ntah kenapa saya kejam pada hari itu saya balik sebijik mercun bola dalam blok asrama bukan takat student yang bangun tapi sekali dengan warden tersedar kot ... hahhahahahahahahahhahaha Sebab itulah warden blok tu tak berapa suka dengan aku ,see bertapa kejamnya aku di zaman sekolah .

Itulah mercun bola yang pernah saya beli pada zaman saya tinggal di asrama, hahahaha well tudung labuh kot masa mahaad dulu lepas tu main mercun ek ! Ia sangat menjengkelkan!

p/s : saya masih ingt dua hari lepas , pegawai saya ada tanya 

"Laa ramai nooo tomboy ,kasaq belaka"

dengan seraya saya menjawab 

"tuan , antara tomboy dengan pengkid jauh beza tuan , tomboy itu kasaq dia masih ada lagi naluri keperempuan dia,masih ada kelembutan dan masih mahu menjadi perempuan tapi kalau pengkid memang 100% nak jadi lelaki sungguh langgar hukum karma !"

Tuan saya ketawa sekali dengan pegawai imergresen yang masuk lif bersama tadi .

"Tuan pernah dengaq tak tomboy tudung labuh ??"

"Lah ada kaa ..??"

"Eh mestilah ada ......"

"Hahahaha Hangpa carilah ...."

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu