Monday, July 29, 2013

Kisah Malam Lailatul Qadar Dan Kelebihannya

         Saya masih ingat 15 tahun lalu semasa saya berusia lima tahun , di taska selalu sahaja ada yang bercerita tentang malam lailatul qadar , ada yang cakap sepuluh malam terakhir tu kita akan nampak yang pokok-pokok ,daun-daud akan sujud ke tanah . Animasi zaman kanak-kanak.




             Saya akan bangun seawal tiga pagi sebab nak sangat tengok betul kah pokok itu akan sujud ? benarkah dakwaan rakan-rakan setaska dengan saya tu ? Sanggup saya lihat di luar tingkap bilik abang saya untuk lihat pokok dan daun-daun itu benar-benar sujud di tanah . Sesedar jam 4 pagi , ibu saya bangun masak nasi dan saya keluar dari bilik abang saya, saya hanya lihat ibu saya masak nasi dan panaskan lauk sahaja. Saya masih tidak berpuas hati dan terus menanti di malam-malam berikutnya untuk tunggu malam lailatul qadar bilakah pokok ini akan sujud .....

Hari berikutnya , ayah saya terperasaan perbuatan saya yang suka tengok dan menanti pokok serta daun-daun rumput akan sujud di tanah lantas ayah saya pun menjawab segala persoalan saya semasa saya masih berusia lima tahun itu dengan nada

"hang nk sangat tengok pokok sujud meh ikut abi gi masjid kita tadarus dan tahajud sambil kita sekali sujud"
Hahaha ini sangat lawak , almaklumlah ayah saya tu Tok Bilal ,time subuh pukul 4 atau 5 pagi ,dia sudah bergerak ke masjid depan rumah saya untuk membuka pintu masjid ,kadang-kadang ada sahaja jemaah datang pada waktu seawal berikut di bulan puasa. 

Itu kisah lima belas tahun yang lalu , kini saya sudah pun berusia 22 tahun , mana mungkin ayah saya akan terangkan kembali apa pengertian sepuluh malam terakhir ramadhan yakni malam lailatul qadar. Makanya saya sendirilah akan ke masjid tanpa disuruh untuk mencari pengertian sebenar 10 malam lailatul qadar ini.



Abu Hurairah r.a. maksudnya,
Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu...
Pendapat Ulama – Malam LailatulQadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan

Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu

Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21


Sebagai kesimpulannnya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Wallahualam

    Yuk kawan-kawan marilah kita mengejar malam lailatul qadar ...... jangan pula asyik dok dengaq lagu raya 24jam .. mueheheheheheh.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu