Tuesday, August 20, 2013

PTPTN : Satu Bebanan Atau Kesenangan

           Boleh dikatakan 1/2 juta penduduk kat malaysia yang diantarannya adalah peminjam PTPTN ,makanya tidak semua jumlah yang demikian habis membayar hutang yang bernilai ribuan ringgit itu .PTPTN diwujudkan adalah untuk memudahkan para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke universiti dengan mudah.Namum bergitu jika anda belajar di universiti tempatan sudah pasti anda ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan ,pernah saya terdengar ianya cuma RM 15k sahaja dan yang lain-lain saya tidak tahu kerana saya bukan dari Pelajar Universiti Kerajaan.

Baru-baru ini ,Menteri Pendidikan II ,Datuk Idris Jusoh telah memberitahu seperti di dada akhbar terbabit .











PTPTN Senarai Peminjam GAGAGL Buat Bayaran BALIK KE CCRIS .



Akibat dengan itu ramai diantara penminjam pasti tidak puas hati tambah-tambah yang berhaluan kiri ini pasti mereka akan bahan kaw-kaw punya! .

Sebenarnya ada diantara peminjam PTPTN ini pointer mereka tinggi dan hanya membayar separuh dari itu malah tidak semua pelajar kat malaysia ini pandai-pandai belaka ibarat dalam iklan raya PTPTN baru-baru ini ,anak-anak berjaya dengan Skim Tabungan PTPTN malah dah jadi pensyarah,engginer belaka !Tidak semua peminjam PTPTN itu dapat kerja sekelip mata ,sekurang-kurannya kalau nak dapat kerja kena ada pengalaman .

Boleh tunjuk contoh dlam family iaitu kakak ketiga aku , dia just pinjam mara sebab terlajak pandai MARA pun tak mintak dia bayar balik ,malah dah jadi biasiswa,jadi di tempat dia kerja ,setiap dua bulan pasti dia akan naik pangkat ,sebab tu yang ada digree fresh graduate boleh cemburu tahap gaban dengan beliau yelah beliau cuma diploma ja tapi cepat pula naik pangkat sebab apa ,sebelum beliau menyambung pengajian di Kolej Kemahiran Tinggi Mara ,beliau kerja kilang selama setahun ,boleh dikatakan banyak kilang lah pergi,ada jugak lah tawan satu Penang tu kan sebab bahagian elektronik kan ,kerja operator biasa so dah tahu selok-beloknya ,Selepas itu barulah sambung ke KKTM setelah tamat pengajian di IKM . Disebabkan ada pengalaman kerja bertahun ,dek kerana itulah beliau mampu naik pangkat dengan cepat walaupun kerja tidak sampai setahun .So bebudak digree yang ada pinjam PTPTN ini hanya operator biasa.

Kisah kedua bergantung kepada kepakaran sesetengah pelajar itu , jika ia pandai mencari lorong-lorong kerja dengan mudah ,maka mudahlah dia untuk kerja di tengah-tengah kota ini. Bukan semua boleh cari kerja dengan mudah ,malah ada sahaja yang tergendala tengah jalan ,masing-masing ada kreativitinya tersendiri, ada juga yang menrungut kerja takde ,hutang pula banyak ....

Malah ada yang cakap , hutang PTPTN pandai tapi nak bayar liat . Heloo sila cermin diri anda jika hendak bercakap , gaji minima di Malaysia untuk permulaan hanyalah RM 900+++ , duduk di KL barang semua macam kat UK ,mungkin yang bercakap bergitu anak tokey balak agaknya senang habiskan duit ayah lepas tu merapu dalam facebook ! heh 

Malah ada pula yang buat statement PTPTN itu memudahkan kita untuk sambung belajar di universiti . Oklah semasa saya di KLMU dahulu ada yang kata Management kat situ salahguna duit PTPTN ,diorglah kata saya tak tahu dimanakah kebenarannya , dan Pinjaman penuh kolej swasta dan kerajaan adalah sangat berbeza , duduk di kolej swasta peminjam akan dipinjamkan dari PTPTN adalah RM 24K atau RM60k bagi bidang perubatan , lain lah kalau depa masuk Kolej KPJ ,praktikal kat situ ,habis belajar pun kerja disitu ,bergitu juga dengan PUSRAWI ,pelajar menikmati belajar disitu dan terus kerja disitu.

Ini bergantung kepada latihan yang diberikan ,tidak semua dapat kerja di Hospital Kerajaan, Praktikal dapatlah kalau nak kerja selamat tinggal romeo lah tungguhlah surat tawaran atau kalau ada orang dalam ,senanglah nak dapat kerjanya .

Disebabkan hal ini tersangat hot di kalangan para pelajar , mahasiswa khususnya dari IPTA haruslah berjimat kerana setiap semester yang saya tahu anda diberikan duit poket yang banyak tidak seperti mahasiswa IPTS ,ada yang dapat RM100 ja ,tiap-tiap bulan memang meggi dan rasa mesti sekarang ada yang sakit buah pinggang tahap 20 sebab kerap sangat makan meggi kan ! (heh sangat mengjengkelkan)

Hakikatnya ,mahasiswa kita suka belagak lebih , mula datang pakai baju kampung sahaja dapat duit PTPTN habis kurang kainnya malah tak cukup pula baju adik yang lawa juga dikebasnya . Bila nak keluar makan ada sahaja nak tempat yang mahal-mahal habis kuat pun Mcd pun cukuplah. Handset juga tidak mahu kalah hendaknya , habis duit PTPTN dibelikannya iphone 5 ! perghhh lepas tu merungut kan..... sangat selekeh kalau aku jumpa orang yang peragai macam tu.

Namum apa yang dikata oleh Menteri terbabit haruslah berfikran waja terhadap rakyat . Tidak semua yang ada Digree itu berkerja gajinya besar belaka . Ada juga yang terpaksa jadi pak guard atau habis kuat pun RELA bukan Staff tetap RELA itu , RELA biasa sahaja RELA yang jaga kenduri orang kahwin sehari dapat RM 50 tak pun RELA yang bersama Pihak Polis dan JPAM gaji bersihnya RM 1100 jenis takde cuti sabtu ahad kerja sahaja memanjang !. Tapi ikut keadaan juga kot lah dapat jadi Pegawai RELA tetap kelak ! Jangan hina sangat siapa yang kerja RELA itu ,mungkin kos bebanan hidup terpaksa meRELAkan diri untuk bayar hutang PTPTN.

Untuk yang anak dara jika PTPTN itu satu bebanan ,mas kahwin esok letak sahaja harga PTPTN kompom bebanan itu kurang dan jatuh pada bakal suami anda . Mohon nak kahwin esok cari laki anak sultan ok !

Akhir kalam
kepada peminjam PTPTN macam aku ,if hujah ini tidak sesuai dengan anda sila duduk hutan,semua ada pandangan dia sendiri ok !

hahahhaahhaha
Saya Bekerja Untuk Kerajaan 
Dan Membayar Balik Pada Kerajaan

Adil Bukan !
Artikel Merepek ... Erm Sila Datan Rumah Saya Beraya Untuk Menjamu Kerepek Yang Enak !

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu