Saturday, September 14, 2013

Kertas Untuk HEWI

Kertas semalam ada atas meja , hati masih tidak dapat terima hakikat yang aku akan mengharungi detik hitam putih dalam perjuangan ...



Tanggal 8 September 2013
aku duduk di belakang garisan kedua hadapan pentas
aku bersama mantan setiausaha agung pkpim klmu..
tahun yang agak suram ...
aku tidak bercakap .. aku cuma berharap

tangan aku sejuk kaki pula kaku
hati pula gundah gulana ....
serina masih petah berbicara
sedangkan aku terkaku diam seribu bahasa.

masih aku ingat mesyuarat selari setahun yang lalu
aku meracau tidak tentu hala ...
mereka berkata aku seperti dirasuki sesuatu,
ada apa sebeanrnya ..?
akhirnya Sakinah yang datang membantu 
Serina dan Nisa juga membantu ...
apa sebenarnya yang berlaku 

Esoknya aku terkedu 
mahu pulang 
tidak mahu lagi datang di medan perjungan
kerana aku masih malu
meminta bantuan orang yang tidak aku kenal 
aku diam seribu bahasa ... 

akhirnya aku pergi jua ke forlot 
bertemu semula dengan rakan yang baru dikenali
mendengar pandangan dan mendapat ilmu untuk dikaji
aku pulang berjalan kaki ....

tiba masanya aku ke tamrin qiyadi
peragai lamaku pula datang kembali
semasa di tamrin aku kaku takut untuk didekati
aku letih kerana ada yang meminta untuk aku bertindak sendiri
akhirnya malam itu serina bersiap sedia
Sakinah jualah yang duduk disebelah aku dan terdengar suara aluana ayat kursi di telingaku
entah apa terjadi selepas itu .... 
hanya aku sedar Sumaiyyah disebelah aku terlentuk lena seperti penat membantuku , 
Sakinah dibelakang aku
apa sebenarnya berlaku ?

Tika aku menyinggah pula ke Tamrin Helwa
selesai sudah selawat bergema di KLMU
aku ,sakinah dan syarifah menuju ke Bangi
kami menghadiri Tamrin Helwa

Tiada istilah "ganggu" dalam diri aku
cuma penat kerana aku tidak lena dari semalam
penat memikirkan apa yang akan terjadi pada
program klmu berselawat . Aku sangat keletihan
aku berjalan di tepian curam yang mendalam
melalui belakang sahabat yang sedang bersembang
kaki ku lenguh lalu terjatuh ditepian,
menjunam terus ke bawah
satu helwa hewi salwa terkejut !
ALLAH
"ainaaa jatuhh !"

Semua mengerum mengelilingi aku
ALLAHURABBI ...

separuh dari ingatanku mungkin lupa untuk selamanya .....

Masa sudah berlalu
yang menjaga aku
yang membantu aku
tidak semua akan berbuat bergitu

setiap kali pulang
ada yang bertnya khabar ...
ada yang datang menyapa
ada yang berharap aku sihat sejahtera

tapi ..
senjak akhir itulah 
ia akan berasa perpisahan ..
perjuangan yang panjang
mana ada perhetian untuk berehat
hanya yang mengalah sahaja mahu rehat panjang

ketika sakit itulah
ketua hewi hadir membawa aku ke as syifa
dua kali aku meminta bantuan padanya
tidak pula mengeluh
malah berharap untuk sihat sejahtera

berkali ketua hewi pesan agar aku menjaga kesihatan
setiap kali itulah ketika ada sahaja program
mahu tiada program cuma berjumpa sahaja
aku bajet sangat yang aku dah sihat sejahtera ..

akhirnya ukhuwah yang asyik malap itulah dinyalakan
aku menjaga adik-adik lain demi untuk perjuangan yang dipanjangkan
kerana aku juga orang yang mampu menjaga kebajikan seperti ketua hewi itu.

namum ia tidak lama....

tanggal 8sept 2013
aku berada di audiotorium itu sambil menjerit - jerit 

"sakinah untuk hewi
sakinah untuk hewi
sakinah untuk hewi!!"

ada yang meminta aku berdiam diri
ada yang minta aku senyap untuk hormati majlis
namum apa aku peduli !
sekali lagi aku menjerit 

"sakinah untuk HEWI!
sakinah untuk HEWI!"

akhirnya penguman itu diumumkan
aku ketawa sebak 
air mata terus mengalir !
aku menagis dan terus menagis
ada yang tertawa dengan tingkah laku aku
ada pula yang menyindir
ada pula yang hairan dan pelik !

hanya kerana aku takut untuk sakitkan hati yang lain
aku berhenti menjerit seketika
mungkin aku sedang bermimpi ...
oh tidak ..
ini bukan mimpi
tapi realiti ...

aku melangkah pergi
balik dari shah alam 
hujan renyai-renyai membasahi 

Inila kehidupan
Perjuangan tidak perlu berhenti
Ketua HEWI ada pengganti 
meskipun yang lama sedang semai bakti 
yang baru akan membawa ilmu yang di bentang bersama nanti !

Selamat Datang Kak Atiqah Syahirah
Terima Kasih Kak Sakinah Budiman 

Inilah dia kertas untuk HEWI yang tertinggal lama di dalam laci !

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu