Friday, September 20, 2013

Trip To Mahallah Asiah

           Suhaila atau nama cinanya Sew Ling telah menerima sms dari bekas peserta "bang bang boom" musim ke dua tahun 2008 yang lalu, hahahha ia sangat mengjengkelkan namum hadiah dia adalah keuy tiaw goreng yang kurang pedas ,hehehehe. Memasuki UIA bukan benda baru dan telah mempelajari teknik pelbagai disitu ,setahun disana bukan hari-hari nak masuk mengadap adakala ada kursus masuk UIA , ada kelas masuk UIA dan yang pentingnya tidak perlu bajet sangat lah kalau dah selalu masuk UIA ni.

Menghantar Zurkish Di Klinik UIA.
Zurkish adalah bekas pelajar UIA, dan sudah lama beliau tidak masuk UIA, namum semalam beliau berkesempatan untuk bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan beliau , aku menghantar beliau dengan menaiki motor sym aku , hahahaha bajet masa pegi amik aku cakap kita akan naik Honda X-Trail ok tapi hakikatnya hanyalah motor sym keluaran tahun 2012.Harap maaf lah yoo Cik Zurkish.

Menyemak Di Laman Asiah.
Setibanya di Mahallah Asiah , melihat suasana yang asrama uia teringat masa di sek.men.teknik balik pulau (eh lari topik) ,namum kehidupan di universiti jauh beza dengan sekolah zaman kita dahulu . Menunggu Sew Ling datang sambil melihat blok-blok yang ada di hadapan aku , dan Sew Ling datang .

Rakan Jemaah Kesatuan Pelajar Islam Perak.
Masih teringat zaman 80an dulu masa Muktamar Tahunan PKPIM Ke 51 di Menara Tabung Haji. Sew Ling orang yang sangat periang selalu sahaja bersama dua rakannya yang sorang tu nama dia Muna Ayiel (heh) dan lagi sorang tu lupa dah namanya .Kak Asma hanyalah peribadi kehormat , hahaha. Namum peragai Sew Ling ini sangat kepoh , jika melawak dengan beliau mesti suaranya satu blok KDN boleh dengar dan selepas itu akan timbul perasaan malu-malu kucheengg ! hahahahha Tika itu Sew Ling ini adalah AJK bagi makan malam aktivis PKPIM bersama rakan yang lain dan saya adalah pereka montaj multimedia untuk malam itu. Kebetulan masa majlis hampir tiba segenap aktivis dari tahun 1991 hingga 2011 tiba untuk makan malam ,aku terkejar-kejar mencari bilik untuk mandi dan persiapan diri ,mujurlah ada Sew Ling yang baekkk gilak hati dia bagi kunci bilik diorg untuk dipinjamkan sementara. Baikkan Sew Ling ini .

Sew Ling Bawa Motor Ber'gear'
Aku terkesima mendengar bilik penginapan di IIUM ini , hahaha sepanjang masuk tidak pernah rasa untuk ke mahallah di IIUM. Mujur Sew Ling yang baik hati membawa aku ke situ. Aku kebetulan sangat sakit pinggang dan menyuruh Sew Ling menunggang motor sym itu, namum dia banyak kali mengelak dan ia sangat menjengkelkan. Lantaran itu aku paksa jua Sew Ling menunggang juga dan belajar cara tukar gear motor dengan mudah . Pada mula ia menunggang Sew sangat takut dan tertanya -tanya 

"kak ainaa bila nak tukar gear ni ..."

hahahahaha ,senget punya budak bila dah masuk gear satu lepaskan press minyak tu masuk gear dua ,kan mudah ,sehingga keluar ke pintu pagar Mahallah Asiah ,kami menuju ke Mahallah Aminah sebab nak ikut jalan mudah. Sehingga nak masuk ke persimpangan pintu masuk Mahallah Aminah ,Sew terpinga-pinga adakah mahu tukar gear lagi ? Makanya terpaksalah aku mengajarnya tukar gear sewaktu hendak masuk ke pintu masuk Mahallah Aminah itu. Hahaha semua bebudak uia tu tengok gelagat kami . Akibatnya Sew Ling selepas ini akan bahagia belajar motor gear dengan mudah !! Heh

Memasuki Blok Asrama Sew Ling
Haa yang ini tidak ada percakapan banyak tapi lihatlah duniaaa

Bantal Yang Mengasyikkan

Anak Dara Yang Pengemas Hendaknya.

Kemas Sebab Banyak Assigment

Assignment Banyak Habaq Hang

Printer Pelbagai Guna

Jendela yang Menyeramkan

Taraaaa .... Ini adalah bilik Siew Ling ,anyway sepah kan
bahhahahahahah

Ramai akan tertanya-tanya siapakah Sew Ling ini . Beliau adalah anak kelahiran Perak yang mungkin masih single tapi ermm lain kali lah bagitahu, serik pulak bagitahu lebih-lebih kang ada pula kaciwa bagai dan mengharap pada mimpi yang palsu ,kahkahkahkahkah!

Taraaa inilah Sew Ling .

Anyway malam tu aku raja di dalam bilik Sew Ling , hahahahahaha



Orang Bahagia dalam bilik Siew Ling


p/s : Sew Ling .. lain kali saya jenguk lagi yer ,
bahahahh dari UIA PJ sampai UIA Gombak !
Sekian Terima Kasih

Nama dan kesalahan adalah termaktub dalam kamus dewan bahasa!

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu