Thursday, October 3, 2013

Satu Hari Disatu Pagi .

Haii dah dalam tidak bermadah pujangga .... 


Madah helah pinta simpati
haruskah ia dibiarkan atau mati
helah berkata untuk perhatian
perhatian itu tidak semua akan dengar

resah di hati tabah menerima
entah jadi entah tidak
sayu memikirkan kejadian kelak
takut hilang patang tidak tumbuh kembali ....

masih bertasbih berzikir
terdengar bunyian cengkerik yang kuat
masih keluh dan terus keluh 
tidak mahu mengungkit kisah lama ..

kertas menulis dikoyak buang
tidak menjadi dikoyak lagi
fikir dan terus fikir
apa kan berlaku selepas ini ....

sakit menahan tanpa sedar
doktor menghulur jarum yang tajam
cahaya yang silau menjadi gelap
tidak sedar hingga sudah ...

fikir dan terus fikir 
usah kau susahkan orang 
usah kau fikir tentang orang
fikirkan ttg diri yang sakit
orang lain punyai hal sendiri
jika mahu beri perhatian pada kau seorang ...

dahulu kau pernah putus asa
desakkan manusia yang memerli kau
desakkan kata bahwa kau tidak akan sehat
desakkan doa ibu mohon kau sejahtera
tapi kau masih juga putus asa ...

tapi .... tuhan berkata
dia tidak suka umatnya yang berputus asa
lantas atas desakkan orang kecuali ibumu itu
kau sering menagis sendiri ...
tanpa ada orang dengar 
andai di dengarnya pun 
kelak kau di gelar mengada-ngada !

1 Pagi ... 
tidurlah wahai mata
sungguhpun esok kau masih sedar
itu bermakna tuhan meminta kau bersujud dan terus bersujud padanya

tidurlah
andai mata terpejam sementara
rehatlah untuk mendengar desakkan manusia yang menomah engkau

tidurlah
andai itu penghujungnya
mohon ampun lah dari manusia 
halalkan semua usah lagi kau berbicara

tiada siapa lagi mahu PEDULI
tidurlah ...

*penafian
aku memang suka berkarya walaupun karya atas ni nampak merepek !
heh !

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu