Tuesday, October 8, 2013

13 Jam Sesudah Itu

"Hey , kau serba salah ?"


"Eh Mana ada .."
"Sudahlah lupakan , siapa akan peduli dari semalam orang tu call kau , kau jawab dengan nada happy sedangkan kau sakit .. apa kejadah semua itu ?"
"takdelah aku baik-baik sahaja semalam"
"sudahlah kau , usah tipu diri sendiri , kau sendiri yang sorokkan hal sebenar pada rakan karib kau ,kau masih ingat masa kita di sana tahun lalu , usah cari mangsa baru"
"kepala hotak kau , kau sama macam kawan aku tu kan , kau fikir aku ni apa ? kalau aku cari mangsa kau orang pertama jadi mangsa aku ! kalau aku mati esok pun , siapa peduli .."
"habis surat ini untuk siapa ? kau kirimkan pada rakan yang jauh ..?"
"mana ada .... "
"ini tandanya kau bohong diri kau sendiri , bermain dengan akal kau sendiri .. sedarlah dari mimpi masa kau dah singkat jangan nak main-main lagi ...."
Dua Jam Sebelum itu ...

"kenapa dengan kau ? asal bantal ni .."
"kau diam ar ..."

Ruang Tamu

"Eh buku ni semalam takde kan ..?"
"eh ada ar dik ... buku ni ada dari semalam lagi, err kenapa tak tidur lagi?"
"kakak saya tak balik lagi ?"
"haaa..."

Bilik Ke3

"Pergi cari .. kau tggu apa lagi , kau nak kawan kau mati ?"
"kau dah kenapa , kalau aku pergi pun buat apa ?"
"kau tak simpati ....?"
"aku .. ? aku sakit ni ,kalau aku rebah tengah jalan , kau nak tggu polis kutip mayat aku ?"
"kau sakit ... kau tipu , kau tak pernah sakit, fikiran kau yang sakit ! tubuh kau sehat ! sudah pergi cari"

Pintu Depan 

"kemana ni ...kerja ke ?"
"taklah dik ....saya keluar sekejap "

Perjalanan itu jauh , tapi hati tetap tabah ,sejuk pagi ini ,takpelah cari sahajalah mana tahu jumpa . Berhenti di Shell berhampiran , sehelai kertas jatuh . Melihat dan membacanya . Duduk sebentar dan membacanya .

"ini surat yang dulu , macam mana boleh jatuh disini , takkan dalam beg ini ..."

Tiga Tahun Dahulu 
"Jangan sedih , ALLAH kan ada ,kenapa harus sedih ?
ingatlah ,jika kita rasa kita paling teruk dalam satu pasukan itu
kita kena ingat ada yang lebih teruk dari kita ... kenapa mahu sedih ..
jika kita gagal sekalipun , ia seperti kita sudah berputus asa dengan nikmat yang ALLAH berikan .
Ini ujian ALLAH .. ALLAH rindu nak dengar doa dan cerita kamu .
Senjak akhir-akhir ini kamu selalu skip solatnya dan kadangkala selepas solat kamu baca doa pantas , bangunlah seperti dahulu ,dimasa kamu mahu berjaya mengulung sebuah ijazah sarjana muda bersungguh kamu berdoa bersungguh kamu menitiskan air mata .. bersungguh kamu mohon padaNYA ,bersungguh kamu doa kesejahteraan kedua ibubapamu , bersungguh kamu meminta ibu mendoakna kejayaan mu ..kembalilah pada fitrah asal kamu ...
Pulang Kembali . 

"kau baru pulang dari mahallah , kawan kau mana ?"

"ntah ....aku tak tahu"
"kau nampak pucat ... ok ke tidak ?"
"aku baik-baik sahaja ..."

Berlalu ke kamar ..Sahabat tadi menyapa kembali .


"eh kau tidak ke kelas ke ?"

"err aku mc hari ini , nanti esok aku pergi.."
"first time tgok kau skip kelas ... jangan jadikan amalam ya ! pergi dulu"

Di Meja Study 


Aku susahkan kawan aku ... tidak kot , aku cuma mahu bercerita tidak pula mahu meminta pertolongannya tapi kenapa kawan sekamar aku tidak bersetuju ? Adakah itu satu kesalahan bagi aku ? Apa salah aku lagi ,kenapa masih mahu pergi jauh lagi ya ? Buku ini .Hadiah pemberian Sister dari Terengganu,sebelum balik dahulu dia letak atas meja aku ...



"Hidup akan menjadi lebih BahagiaApabila masalahDan kesusahanDapat dihadapi dengan Cara yang betul"

ermm , Said Nursi ada berkata



kerana sumber daripada keindahan tersebut
sang pencipta .. tetap abadi
tidak perlu ada ratapan
kerana perpisahan dengan orang-orang yang dicintai
kerana DIA yang akan membangkitkan mereka
dan mengembalikan pada -NYA
tetap kekal 
 Teringa 13 jam sebelum itu ... ya memang kawan ada marah kerana aku terlalu ada ratapan ,tidak kasihan pada teman lain , tapi kenapa ya ? aku teriak sendiri semalam , tapi kenapa ya ? Semalam surat ini sudah diberikan pada orang itu , tapi kenapa harus diteriakkan ?

Ahad . Tasik Titiwangsa


"kau ni terlalu mengaharaplah ... if esok kalau kau mati, kau berharap aku akan tanam kau macam tu"

"eh takkan kau pula pasti orang lain .."
"jadi kau dah putus asa ?"
"takdelah .."
"sudahlah kau tiga minggu kau menagis tau , kau ingat aku tak tahu,basah bantal bilik kau tu !"
"mana ada , aku baik-baik sahaja ..."

Diam sebentar .


"eh , kau tak mahu sihat ke ?"

"ermm nak juga tapi ..."
"tapi kau taknak kan ?"
"mana ada aku nak usaha sendiri lah "
"usaha sendiri ?"
"tolong laa yang kau cerita kat semua orang yang sakit tu apa hal?"
"salah ke ?"
"salah laa kau tu kalau bercerita macam mintak simpati ,macam berharap orang itu akan tolong kau,sedangkan kau tidak mahu ... ada apa dengan kau ni ?"

Memandang


"cuba kau cerita kau aku , dah berapa ramai yang menyampah dengan kau ? dari kau pergi program ,masa kau jadi urusetia, kau bagitahu aku berapa ramai yang perli kau ? meminta-minta kau pengsan bagai ? .. dan kau cerita kat aku , masa kau kerja dah berapa ramai segaja perli kau ...itu kau nak bercerita lagi..?"

"diorang risaulah kat aku ...."
"risau kepala hotak kau ! itu bukan risau itu diorang nak jaga hati kau , taknak kau sakit hati dengan diorang.."
"mana kau tahu ?"
"hey dah berapa lama kita kawan ....?"
"sapa lagi yang nak dengar cerita dan masalah kau selain aku ... masa aku tengah exam pun , aku sanggup keluar awal sebab dengar kau nagis ..tunggu kau pujuk kau ,orang lain boleh buat .? kau dengar sini , tak semua orang akan ada dengan kau , masing-masing ada hal dan masalah sendiri , aku pun ada masalah sendiri, kau pun sama .. tapi kau kena ingat , tak semua orang akan dengan masalah kau ! hatta kau tak cerita kat aku sekali pun !"

Merenung ...


"kalau aku pergi , kau maafkanlah aku , aku bukan putus asa , cuma kadang-kadang peragai aku memang macam tu .. aku rasa aku kena pergi sekarang ..."


Berlalu


"Wei kau ingat ... Tuhan tidak suka akan orang yang suka berputus asa !!"


Tamat Kisah Lalu .


Selerakan meja tulis ... pandang luar .


Hilangkan kisah lalu

hilangkan kisah lalu .....!

kenapa ... aku perlu buat bergitu ?

kenapa ?
Aku tak putus asa ... aku tak putus asa ....

Keluar Kamar ke tandas , basahkan kepala ,ambil wudhu


ALLAH ... ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH (zikr)

ALLAH ..ALLAH ...ALLAH ...ALLAH ....ALLAH (zikr)

Mengambil pen ..menulis sesuatu 


Jika hari ini

aku serah segalanya pada MU
aku bukan jenis manusia yang berputus asa ...

Semalam

aku ada susahkan kawan aku
aku meraung seperti tagih simpati
hakikatnya aku pernah lalui seorang diri
tanpa ada kawan pun yang membantu !

ALLAH ALLAH ALLAH

ampunilah aku ....
ampunilah kesalahan aku kepada rakanku ...

Semalam ...

Sahabat kami tidak pulang
aku sakit ... keluar mencari
dia pulang setelah 13 jam berlalu aku kembali

Ya Tuhanku

Jagalah diri mereka ..
Kau yang merahmati mereka ...

Hari ini ,

Pena yang sayu
mengajak pergi ... pergi setelusnya
maaf kalau dah sudi membantu
tidak niat untuk membebankan
medapat rakan yang menyusahkan ...

Mata yang sayu

hening malam ....
berzikirlah diakhir malam
supaya esok bila sedar
hilang segalanya ...

Eh apa aku merepek ni .. erghhhh tidur lah esok ada kelas !

Ermm tapi apa berlaku sesudah 13 Jam itu ,erghh tidak siapa tanya tidak sapa peduli , gayanya seperti aku mahu bila satu mahallah ini yang aku sakit selama 13 Jam itu ! ergh mengada-gada semua ini !

Sri Kembangan . Okt

13 Jam Sesudah Itu .


No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu