Thursday, November 14, 2013

Misi OPS Klang Gombak.

               Hari ini saya bertugas sebagai penganti Pegawai saya yang pergi menembak di Terengganu . Saya tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tepat jam  6petang di perkarangan masjid Bukit Aman . OPS Bukit Aman hari ini bermula jam 10malam dan bertolak ke Klang jam 9malam bersama ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) . Saya bersama 5 anggota RELA yang di ketuai 1 KPR (Ketua Platun RELA) menaiki van ROS .

                 Misi OPS ini adalah untuk memyerbu permis Pertubuhan Syiah Malaysia , dua kawasan utama syiah di gempur satu di Gombak dan satu lagi di Klang . Saya mendapat kawasan di Klang manakala tiga anggota saya bertugas di Gombak . Saya bertolak bersama anggota yang bertugas dan terus ke Balai Polis Klang Selatan seterusnya terus ke Permis Pertubuhan Syiah Malaysia di kawasan Klang .

Sampainya di Klang , kami menyerbu satu rumah agam yang agak besar , dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang di sediakan . Saya memasuki perkarangan rumah agam tersebut dan dimulai dengan ROS untuk melihat pendaftaran pertubuhan itu .

Persatuan Dawoodi Bohra Muslim Selangor


Di mata pemikiran saya , saya cuma tahu ada Syiah Imamiah sahaja , yang berjubah hitam dan suka tepuk kepala dan dada sambil sebut "ya hussien ya ali" akan  tetapi serbuan di Klang ini adalah Kumpulan Dawoodi Borha adalah satu aliran Ismāʿīlī Shīʿī Islam. Kesimpulan kumpulan ini adalah awoodi Bohra (Urdu : داؤدی بوہرہ ) adalah subsect daripada Isma ʿ Ili shi ʿ i Islam. Dawoodi Bohra mengesan sistem kepercayaan mereka kembali ke Yaman , di mana ia berkembang daripada Khalifah Fatimid dan di mana mereka telah dianiaya kerana perbezaan mereka dari aliran Sunni Islam dan Zaydi Syiah Islam. Sekitar 1530 CE, Dawat yang dipindahkan ke India.  Bohra Perkataan itu sendiri berasal dari perkataan Gujarati vehru 
(" perdagangan ") merujuk kepada profesion tradisional mereka ,manakala Dawoodi merujuk kepada sokongan mereka terhadap Dawood Bin Qutubshah dalam pertikaian kepimpinan 1592 yang dibahagikan mazhab Tayyibi , dengan mencipta Dawoodi Bohra .

Pemimpin rohani Dawoodi Bohra masyarakat adalah da ʿ i l- Mutlaq (Bahasa Arab: داعي المطلق " tanpa had Dakwah " ), yang kini Mohammed Burhanuddin . Da ʿ i berfungsi sebagai wakil Imam, yang kini dalam pengasingan.

Bohras Dawoodi mempunyai campuran budaya, termasuk Yaman , Mesir, Afrika, dan India. Di samping itu kepada bahasa-bahasa tempatan, Bohras Dawoodi mempunyai bahasa mereka sendiri yang dipanggil Lisānu d- Dā'wat (" bahasa Dā'wat itu") yang ditulis dalam skrip Perso -Arab dan berasal dari bahasa Urdu , Gujarati dan Parsi. The Dawoodi Bohra masyarakat dikenali di seluruh dunia untuk pelbagai projek, termasuk usaha dermawan, hospital, sekolah, dan pengubahsuaian dan pemulihan mercu tanda Islam Islam dan Syiah. Mereka mempunyai , masyarakat yang sangat kecil yang ketat vaults terdiri daripada kira-kira satu juta pengikut di seluruh dunia, dengan majoriti penganut yang tinggal di India. Terdapat juga komuniti yang besar di Karachi, serta penduduk diaspora ketara di Eropah, Amerika Utara, Timur Jauh dan Afrika Timur.

Diwaktu ops dijalankan hanya terdapat tiga hingga lima jemaah yang berada di situ , setelah PDRM dan ROS masuk ke rumah agam yang besar itu , ROS sahkan pertubuhan ini adalah SAH , saya mendapat tahu apabila mencuri-curi dengar dari perbualan seorang pegawai ROS kepada seorang Pegawai JAIS .  Rumah agam yang kami serbu itu kosong seolah-olah pemilik dan ketuanya tahu akan ada tangkapan dan serbuan pada malam ini . Saya meronda di seluruh kawasan rumah agam ini , dan punyai satu blok seolah-olah seperti asrama mahupun kelas di luar bahagian kawasan rumah ini .


Dua permandangan di luar Rumah 

Persatuan Dawoodi Bohra Muslim Selangor



       Saya memasuki rumah ini dari arah belakang ,melalui dapur yang siap dikemas rapi dan terus ke dewan utama meraka yang sangat besar .

Bahagian Dapur .


Saya memaparkan dua ruangan khas di dalam rumah agam ini.

 Saya meneliti setiap sudut rumah ini , saya masih ingat ketika di dalam van dan bertanya kepada anggota yang bertugas 

"kamu tahu apa itu syiah ?"
"alaa yang ketuk kepala dan tepuk dada sambil sebut "allah allah allah "
        
     Allahu rabbi , rupanya meraka tidak faham apa itu shiah maka saya terangkan syiah dari sudut pemahaman saya mengenai syiah dan akidahnya . Akhirnya mereka mengangguk dan tertanya-tanya kenapa syiah mengagungkan Saidina Ali dan Hussien ini serta Iman-imam mereka itu . Mereka tidak sebut ALLAH di hari asyura perayaan mengikut cara mereka adalah mencederakan diri namum di malaysia menepuk dada dan kepala sambil menyanyikan lagu yang mengagungkan Ali, Hussien serta imam lainnya . Tidak mengapalah hal itu boleh kita luaskan pemahaman terhadap tanggap masyarakat mengenai hal ini .

Apa yang saya dapat laporan dalam hal ini adalah hanya dua tangkapan sahaja yang ada kerana dua warga asing ini tidak mempunyai dokumen yang sah , dari anggota yang bertugas di Gombak pula , permis yang mereka serbu itu kosong seolah-olah sudah terhidu aktiviti penguatkuasa untuk menyerbu . Ini bukanlah bermakna gagal namum gerakkan kami tersasar waktu , dikhabarkan pada waktu selepas in'syak  ada ramai orang berada di rumah agam ini dan setibanya kami ia kosong secara tiba-tiba .Dimanakah silapnya kami , maka kami akan perbetulkan situasi ini . 

Saya mendengar khabar berita dari rakan anggota ini yang menyatakan siapakah yang biyai pertubuhan ini jawapanya adalah Maidin . Sejauh mana kebenarannya saya tidak pasti hanya saya cuma mendapat tahu sahaja . Memasuki ruangan rumah agam ini memang besar ada di satu bahgian mereka melekatkan hadis-hadis yang terdirinya dari Riwayat Hussien dan Imam mereka ,
 perkataan "Ya Hussien" tergantung di dinding rumah agam tersebut .

Hadis mereka tidak lah dimulai dengan Riwayat Abu Hurairah yang sering hadis saya baca ianya bahasa urdu dan sangat tidak fahami , yelah saya pun boleh baca bahasa arab juga dan maknya sikit-sikit tapi yang ni memang saya tidak faham apa pengetian hadis yang di berikan .

Sekitar informasi yang di tampal untuk tatapan para pengikut mereka

Kesimpulannya .

  Selesai tugasan ini apa yang saya dapat adalah pihak JAIS dan PDRM dalam menagani isu syiah di Malaysia . Syiah di Malaysia bukan perkara baru ia muncul selepas era Iran mengusai Revolusi Iran pada satu ketika dahulu . Dan ianya kian mengembang ,konflik mereka adalah akidah yang terpesong dan juga mereka terlalu mengagungkan imam mereka lebih dari tuhan.Namum bergitu saya tidak pasti apakah perbezaan Dawoodi Bohra dengan syiah imamiah di Gombak .Maka banyak lagilah saya akan mencari pemahaman ini agar esok jika bertanya mampulah saya jawab denga ilmu yang saya perolehi .



Pemahaman Dawoodi Bohra Melalui Wikipedia

Rujukkan 
Wikipedia : Dawoodi Borha

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu