Sunday, November 10, 2013

Parkland -Tragis Pembunuhan President F.Kennedy

              John F Kennedy adalah Presiden USA yang ke 35, mati di tembak di Dallas , Texas ketika melawat negeri itu . Kematian Kennedy membawa pelbagai spekualasi mengenai terjadinya perang dunia pada ketika itu.. Kennedy dimasukkan ke Parkland Memorial Hospital dan antara Doktor yang bertangungjawab untuk merawat Kennedy adalah Dr Charles "Jim" Carrico . Namum setibanya di Parkland Memorial Hospital keadaan menjadi kelam-kabut dan semua Doktor betindak pantas untuk menyelamatkan nyawa Kennedy.

Filem Parkland .

Hari ini saya menonton filem Parkland dimana Presiden US mati ditembak oleh Lee Harvey Oswald yang berada di bangunan Dealy Plaza dan pada ketika itu Abraham Zapruder berada di tempat yang sama untuk merakamkan dimana tempat Presiden US Kennedy ditembak.

File:Dealey Plaza (1969).jpg
Dealy Plaza 1969

Namum sejurus 70 minit berlalu ,berlakulah penangkapkan Lee Harvey Oswald . Berita tentang pengkapan Lee diketahui oleh Abangnya dan ibunya . 

Berkas:LHO14.jpg             Sejarah tentang Lee Harvey Oswald adalah dimana dia adalah bekas askar marin yang berpaling tadah ke kesatuan soviet namum selepas itu dia kembali .Lee berhadapan tuduhan membunuh anggota Polis Dallas dan pertuduhan kedua membunuh presiden USA. Namum Lee menyakal dan di heret ke makhamah selepas dua hari di dalam tahanan dan pada  ketika itu , Lee ditembak mati oleh Jack Ruby seorang pemilik kelab malam di Dallas.Texas,ketika tv sedang bersiaran langsung untuk pembicaraan Lee.




Lyndon B.Johnson Mengangkat Sumpah Sebagai President Di Dalam Kapal Terbang
  Keadaan kapal terbang sangat sempit memaksa Secret Agent US membuka bangku untuk meletakkan mayat Kennedy di dalam Kapal Terbang A Force One . Johnson adalah timbalan kepada Kennedy yang mengangkat sumpah di hadapan Persekutuan Hakim Sarah T. Hughes,bersaksikan bersama Balu Kennedy , Mrs Jonhson (isteri Lyndon B Johnson) dan para perwakilan kerajaan . 
File:Lyndon B. Johnson taking the oath of office, November 1963.jpg  

Pengakhiran Filem ini .

Ringkasan pengakhiran filem ini menyaksikan selesainya kes pembunuhan John F Kennedy, dimana Lee Harvey Oswald telah mati ditembak . Selesainya kes ini ,Pada tahun 1964, Suruhanjaya Warren menyimpulkan Oswald membunuh Presiden Kennedy bersendirian, satu kesimpulan yang turut dicapai oleh FBI dan Jabatan Polis Dallas.

Pengakhiran ini bermakna di dalam filem ini Lee membunuh Kennedy adalah atas pihaknya sendiri tiada kaitan dengan adik beradik mahupun sesiapa .

Filem Parkland kali ini mengambarkan Kennedy mati dibunuh ketika melawat Dallas,Texas pada november 1963 . Siapa sangka lawatannya ke Dallas adalah destinasi akhirnya dimana ia ditembak oleh Lee . Di dalam filem ini, Forrest Sorrels adalah Agent Secret Service USA yang bertindak untuk menyelesaikan masalah ini , apabila di tontonnya berulang kali video yang di rekod oleh Abraham Zapruder ,beliau menyifatkan ini satu kelalaian dalam dirinya selama 47tahun berkhidmat . Bergitu juga Secret Service James Hosty yang akhirnya bersara dalam perkhidmatan selepas menyelesaikan Kes Pembunuhan John F.Kennedy.

Pengakhiran Filem ini kena pada jalan ceritanya , kes kematian haruslah di selarikan dengan jalan cerita yang betul . Pembunuhan John F.Kennedy adalah satu sejarah hitam buat rakyat amerika pada ketika itu .

*ringkasan pendek filem Parkland .

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu