Thursday, December 19, 2013

Belacan Oh Belacan

Ingat-Ingat Lupa ...

Ketika ada satu sesi bersama adik-adik mangsa banjir di kantin sekolah bersama student UMP datang seorang adik yang menyuruh aku mencium sarung lengan tangannya dan aku terus mnghidu di pergelangan tangan itu sambil berkata :

"kak aina.. kak aina cuba bau ini .."

dalam hati 

"perghh busuk giler , belacan bau ini ..."

"erkkk busuknya ini bau belacan !! kamu ni !"

"ye kak aina busuk ni ... td amal masak kt kantin dr pagi lagi"

Jika di igt pada tengah hari itu ada seorang adik berkaca mata rendah orangnya dtg bertanya ketika sesi gotong-royong di Sekolah Kg Belukar .

"kak aina nmpak amal tak?"

"amal mana pula ?? mana dia hilang"

Muka budak tu risau dan terus berlalu utk mencari kawan dia yang hilang itu .Sungguh, bila di pandang dua tiga kali , dia melihat beberapa kelas di sekitar itu gigih mencari kawan yang hilang itu .Raut wajah yang resah dan risau terpancar di wajahnya, dan aku tampak normal dan berasa hairan pada ketika itu. 

"Amal mana dia cari ? takkan Kak Amal (Exco PKPIM) dtg Kuantan pula bukan dia kta Gombak ke? " fikir di hati aku .

Selesai tugasan membuat liputan beberapa video di SK Kg Belukar , petang itu Abg Wan panggil utk menangkap gambar di kantin bagi sesi adik-adik mangsa banjir bersama Sukarelawan ABIM dan Pelajar UMP (Universiti Malaysia Pahang)

Masih ingat-ingat lupa yang ada seorang adik sukarelawan ini datang menyapa aku utk menyuruh dia mencium sarung lengan itu di bahagian pergelangan tangan itu. Sentap sekejap kerana terlalu busuk dan terus menggelarkannya "Belacan" . Sungguh bau belacan sangat tengik baunya . Sabor jelah. 

Jika diingatkan balik , baru aku perasaan yang sahabatnya ada merisaukan si belacan ini kerana hilang tanpa dikesan . bila ditanya sahaja dia menjawab ,

"Amal memasak laa kat kantin sekolah"

Mencari nama Amal , oh ini Amal nya , Amalina namanya , sungguh tidak ingat nama penuh masa itu kerana mengelarkannya Belacan dek kerana sikapnya suruh aku bau benda alah itu.Sehinggalah rakan karibnya memperkenalkan dirinya Yaya . Beza mereka berdua adalah nama yang lain tapi cermin mata sama bingkai hitam . 

Bila aku memanggil Yaya Belacan , dia marah kerana dia bukan Belacan ,

"Kak ainaa , ni Yaya laa , Yaya . Belacan tu Amal"

Hahahaha manalah aku ingat nama korang , mai terjah je memanglah nak ingat pun susah .Sehingga di dalam kereta serina ,kami berhimpit pun aku still panggil Yaya itu Belacan dan Amal menyahut dengan segera 

"Belacan tu Amal Kak Aina ..." sahut dia dengan nada lembut .

Ha hingga ke Kemaman , aku masih ingat ketika di dalam bas, aku membaling jaket aku hendap terus ke muka Yaya . Hahahaha sungguh aku sangat kasar orangnya . Maaf lah yo dik , tak segajalah .  

Bila berada di dalam dewan ABIM , aku cuma ingat yang Yaya itu Belacan dan aku tak ingat yang Belacan itu adalah Amal . Sehinggakan Kak Husni tegur aku dengan gelaran yang aku berikan pada Amal . Senjak itulah tidak perlu gelarkan Amal Belacan lagi , kan elok nama sebenarnya utk di panggil .

Kisahnya barulah aku mengenali dua kawan yang suka bergaduh dan Yaya suka merajuk dan sensitif orangnya . Hahaha kelakar ....

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu