Friday, January 3, 2014

Saya Di Usia Yang Meningkat

              Mungkin saya sudah mencapai umur yang di jangka . Saya sudah besar ya , remaja saya adalah masuk ke alam dewasa kelak , saya sudah pandai berfikir yang sepatutnya matang di dalam kehidupan saya . Saya melakukan pelbagai benda se-usia 20an hingga 22thun ,cukup tiga tahun untuk mencapa 23 tahun di kelendar masihi saya dan 24 tahun kelendar hijri saya . ( mgikut kendalar hijrah saya tua setahun shaja) .

Saya dilahirkan pada 04 Januari 19** mengikut kendar hijrah saya lahir pada hari jummat, 17 Jamadil Akhir 1411H  . Subuh itu indah , saya dilahirkan oleh ibu saya yang berasal dari Singapura dan ayah dari Kota Sarang Semut, Kedah.

Ranjau berduri di dalam kehidupan saya , bermula dari Taski ABIM Sg Petani hinggalah SR Islam SRI ABIM Bakar Arang . Menyambung di SMA Sungai Petani . Bertemu di Maktab Mahmud Merbok , berlintas ke SMT Balik Pulau dan akhirnya SMT Butterworth .

Dahulu bila mula alam persekolahan saya rasa malas sebab kena bersekolah sahaja . Kena buat kerja sekolah dan kena ikut arahan guru . Masih ingat bila mana saya masuk ke Maktab Mahmud . Sebuah sekolah agama maktab paling terkenal di Kedah . Ibu yang tolong kemaskan baju saya dan masukkan dalam beg pakaian . Bergitu juga di SMT Balik Pulau . Sanggup dia buat baju baru walaupun kadar pemintaan saya amat rendah ( nak tak nak ) pada ketika itu kerana hati saya masih lagi terpaut pada Maktab .

Masih ingat ketika mula belajar naik bas . Ibu juga yang teman ajar naik bas balik kampung dari Pekan Kongsi, Balik Pulau hingga Feri Butterworth dan Bas balik ke Sungai Petani . Akhirnya saya sendiri yang belajar cara-cara untuk balik ke asrama yang sangat jauh bagi saya ketika itu . Akhirnya pada tahun 2008 saya berpindah ke SMT Butterworth yang ayah saya sendiri bawa dan hantar masuk asrama disitu . Inilah tahun akhir saya tingkatan lima yang tidak pernah minta baju sekolah dan kasut sekolah baru pada ibu bapa saya .

Ya , saya tidak minta baju sekolah baru , dan ibu buat baju sekolah itu pun pada pertengahan tahun 2008 . Entah kenapa saya tidak minta yang baru dari mereka dan ayah saya pula tidak tanya dan tak tahulah jika dia bertanya pada ibu saya .

Bergitu juga setiap hari raya aidilfitri , jika zaman kanak-kanak dahulu, boleh dikatakan tiap tahun ibu akan menjahit baju baru sehingga saya usia 15 tahun , namum selepas usia itu meningkat saya dah jarang minta baju baru dari ibu saya itu .Entahlah mungkin saya yang tidak mahu ,adakalanya dia marah kenapa saya tidak minta baju raya baru hingga dia memberikan wang saku untuk beli yang baru, Sanggup saya tidak beli dan simpan untuk wang persekolahan musim baru .

Usia saya 16 , arwah nenek saya meninggal dunia , saya demam panas pada ketika itu dan saya hanya memakai baju kurung raya tahun lepas sahaja . Itulah tahun saya sambut dalam keadaan demam yang panas pada suhu yang sangat membimbangkan .

Usia 19 , saya di masukkan ke hospital kerana buah pinggang saya pada hari raya pertama , mungkin kerana hari sebelumnya saya tidak menjaganya dengan baik . Baju raya saya pada ketika itu hanyalah sehelai baju hospital sahaja .

Usia 20 hingga 21, di hari raya itulah saya tidak ada pakaian raya yang baru , ibu mula risau kerana saya tidak mempunyai pakaian baru . Saya tidak kesah dan hairan hal semua itu . Saya melihat sahaja kakak dan abang saya memakai baju baru termasuk ayah saya sendiri dan juga ibu . Jika bergambar cuma saya sahajalah yang memakai baju lama .

Ia bercerita tentang saya dan pakaian raya di usia saya yang semakin meningkat dan tidak pernah meminta baju raya yang baru . Umur 22 pun ada sebab kena paksa beli kalau tidak tak beli punya .

Apa Usia yang yang lakukan sepanjang hidup adalah pada usia 21 tahun, dimana saya menjelajah malaysia dengan motosikal sym saya itu . Saya menjelajah meskipun dalam hujan yang lebat .

Sekitar Highway Nilai -KL (2012)

Jauh perjalanan aku , dari KL ke Seremban ,Seremban ke Port Dickson ,Port Dickson ke Kuala Sungai Baru hingga ke Masjid Tanah . Masjid Tanah ke Melaka (Bandaraya) hinggalah Johor Baharu .

Perjalanan saya yang tiada pengakhiran . Saya memang suka menjelajah . Biarlah hujan sekali pun ia tetap ada kenangan bagi saya yang kian meningkat usianya . Usia pada 22 tahunlah saya dapat menjelajah dengan menaiki motor meskipun pada usia 21 saya hanya berjalan dan menaiki ktm untuk ke tempat yang di tujui .

Ya , usia saya kian meningkat , dan senjak akhir inilah saya kerap teringatkan kedua orang tua saya di kampung nun jauh sana . Apalah hendak saya pohonkan hanyalah doa yang di sampaikan ,mahu sahaja mereka di panjangkan umur kelak . Ayah yang kian usianya mencecah 61 tahun ,masih kuat untuk mencari rezeki dengan membawa bas sekolah itu . 

Saya masih ingat yang menghantar saya pergi balik ke sekolah ketika saya sekolah rendah adalah ayah saya . Sehingga saya masuk menengah saya tinggal di sekolah berasrama, yang menghantar saya ke asrama adakalanya ayah atau ibu saya . Namum bergitu abang kedua saya juga pernah mengambil saya ketika saya bersekolah di asrama dahulu .

Hari ini , saya sudah dewasa remaja, ayah dan ibu nun jauh di Kedah sana , kejayaan yang saya ada pada hari ini adalah dari hasil doa seorang ibu yang selalu berdoa pada saya . Usia pada zaman kanak-kanak adalah kenangan manis bagi saya ....

Bila saya teringat akan zaman kanak-kanak saya yang indah itu , andai dipejamkan mata semua yang seusia dengan saya mahu kembali ke zaman yang indah itu . Allah merancang segalanya dan saya perlu buat yang terbaik di dalam kehidupan yang sedia ada , kisah masa lalu mungkin sudah di padam dengan satu penghargaan silam yang lama, tapi kisah itu tidak boleh di ubah andai boleh di lihat semula ada yang pernah kita lakukan di dunia ini.

Poskad wajah kehidupan saya yang kian berubah
macam tembam je macam tembam je .


mungkin tiada apa lagi akan di tulis . Meskipun wajah akan berubah dari setiap masa ke masa saya tetap akan meneruskan kehidupan seperti biasa .

Mungkin ia kisah itu sudah di novelkan ...saya pernah mengarangnya sehingga saya rasa malu untuk menerbitkannya .

Selamat Hari Lahir Aina .
Usia yang kian meningkat , kejarlah pahala dan redha tuhan dari manusia ...



No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu