Sunday, February 16, 2014

Travelog : KL . N9 . Melaka . Johor & Pahang

        Seringkali saya masih takut lagi untuk berani apantah lagi ingin membawa kawan untuk sertai pengembaraan ini . Takut orang merisaukan sahabat ini , saya juga tidak pernah endah dengan kata-kata orang lain tentang diri saya kerana sebelum ini penjelajahan saya terlalu jauh dengan motor sym saya . Baiklah mungkin bermusafir perlu ada keimanan dan niat yang betul supaya tidak terjadi satu permasalahan yang berganda untuk orang lain yang akan takut pada orang lain .

Berkelana di Perkampungan Menara Gading Selangor , Universiti Malaya.Kuala Lumpur.


                Semestinya ini cita-cita saya bulan november 2013 tahun lalu , dimana saya masih bekerja di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Pejabat Daerah Dang Wangi. Saya mengumpulkan tenaga utk menjelajah pada akhir 2013 , pernah saya bercerita dengan Atiqah Syairah tentang keingin dan hajat saya , saya ingin menaiki motosikal untuk pulang ke kedah , namum ajakkan anak-anak ayam ini membawa saya ke tempat lain . Atiqah cuba untuk saya mengajak teman atau pergi dengan kenderaan awam beramai , hati saya berbisa , saya tidak suka berjalan beramai-ramai untuk kesana dan kesini .Akhirnya tanggal 30 Jan 2014 saya bersama Alia Amir Hamzah berkelana ke Perkampungan Menara Gading Selangor Anjuran PEPIAS(Persatuan Pelajar Islam Selangor) .

  Hanya sekejap sahaja kami duduk disitu ,ditemani Aina Mardiah Kamaruddin bersama. Selesai untuk bercakap dan bertanya khabar , kami beredah dari situ dan terus ke Seremban II menghantar Aina Mardiah pulang ke rumahnya .

Zon Bukit Gambir, Pagoh .Johor.

Sampai di rumah pak cik jam 12 malam, saya berasa lapar lantas hidangan tengah malam mak cik saya yang istimewa di jamukan pada saya dan alia. Oh ini sangat meng'kenyangkan ! Selesai makan bersembang sebentar dan terus berehat .



Pak cik yang baik , moga ALLAH panjangkan usia kerana membenarkan kami berehat sebentar di rumah ini. Pak Cik saya adalah seorang ahli ABIM di era zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga Dato' Dr Manuty. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki terhadapnya.

Bergerak ke UTHM .

Perjalanan memang jauh dan sangat jauh . Saya tidak suka masuk highway sebenarnya , dan saya mengunakan jalan biasa .Ini langkah penjimatan awal sebenarnya , adakalanya tidak perlu masuk highway kerana kerajaan yang baik memahami hati rakyat dengan menaikan kadar tol untuk rakyat yang mengundinya,bergitu juga dengan saya yang pernah memangkan merekan .

Saya berasa mengantuk ketika memandu, Alia bertanya pada saya adakah saya letih, namum saya melihat kelopak matanya , alah beliau juga letih dan mengantuk ... hahahahaha

Sampai di Ayer Hitam , bertukar driver kerana pinggang dan belakang saya sakit tiba-tiba , hanya berkata mengantuk pada Alia . Mungkin dia boleh memandu terus ke UTHM . Adakalanya saya juga takut melihat Alia memandu, harus biasakan diri ini . Akhirnya Alia boleh memandu savy dengan baik! hahaha ini hebat dan saya tidak perlu risau lagi !

Sesampainya di UTHM , kami bersinggah makan tengahari disana sambil mengusik adik-adik dan fasi-fasi PMG .


Selepas zohor , saya terlelap di katil rakan saya , Wan Fadhilah . Sungguh letih sekali dan sedar dari itu jam menunjukkan jam 3ptg , dan pada masa itulah rakaman testimoni bermula dan kerja saya hampir 95% siap untuk dikendalikan dengan baik.

Melangkah Ke Pontian untuk Kenduri Kak Dyll

Sebelum maghrib menjelah, sebelum melangkah pergi meninggalkan UTHM dan Alia disitu ,sempat Alia berpesan 
"Kak Aina jangan tidur masa memandu"
Oh tuhan , budak kecil ini telah memahami kateria perjalanan hidup yang saya suka tidur semasa memandu, bukan takat kereta tapi sekali dengan motor pun saya pernah lakukan . Saya memulakan perjalanan. Malam yang gelap, ALLAH sungguh hampir melanggar tembok pemisah jalan, mata yang kabur perlu berhati-hati, sambil membuka lagu kegemaran bergelek-gelek dalam kereta sendiri .Oh perlu diigatkan ini kereta umi yang punya ! muahahahha

Sampai di Petronas Benut saya mengamati GPS dan mencari rumah Kak Dyll . Rumah bersebelahan dengan markas PAS . Sebelum mencari berulang kali adalah lebih baik saya mencekik dahulu , perut yang sangat lapar sedangkan selepas saya sampai di rumah Kak Dyll , makanan mereka ,ALLAH .... terjumpa ulam petai terus lapar serta-merta ! hahahahhahaha

Kak Dyll dah kahwin !



      Bagaikan mimpi yang panjang baru disedar dihempap durian yang jatuh dari langit .... Kak Dyll dah kahwin, rasa macam baru kenal dia semalam dengan Abang Shazni . Pertama kali menjadi jurugambar untuk pasangan ini , yelah mereka dahulu rakan jemaah yang baik akhirnya kini bergelar suami dan isteri, baru mengenal cinta di alam pernikahan yang indah, berasa kekok dan malu sedikit .

Dari awal penikahan hingga saya menjadi jurufoto di hujung senja ada kenangan manis utk pasangan ini , pelbagai gaya saya tawarkan akan tetapi perasaan malu itu masih ada dalam diri mereka , hahahaha tidak perlu kot untuk ceritakan segalanya .. biarlah rahsia saya dengan mereka dan ladang kelapa sawit di belakang rumah itu .

Semoga perkahwinan Kak Dyll kekal hingga ke syurga  ameen!

Perjalanan Pulang

Bagaimana untuk menceritakan part ini , oh susah sekali . Seakannya berkali wassap Alia rasanya untuk bertanya kondisi dirinya adakah untuk pulang dengan saya atau tidak .. Saya ingin mengembara dengan baki cuti lagi sehari ini .

Akhirnya kami meneruskan perjalanan ke Kuantan , Pahang. Melalui Segamat dan hingga sampai Jalan Gambang - Kuantan.

Dibenak fikiran ini saya merasakan risau akan sesuatu , saya yang sudah biasa kembara sendiri , meretas halangan sendiri namum apabila membawa seorang kawan ia merasakan pelik bagi saya, namum apakan daya , saya membawa Alia hingga ke PMG Pahang di Kuantan.

Malam yang kelam, hanya menggunakan GPS untuk sampai ke Kuantan. Saya cuba memandu tapi mata saya kelam memaksa Alia untuk memandu terus ke Kuantan. Saya rehat dan tidur sebentar , memikirkan Alia bolehkah dia memandu sendiri hingga ke Kuantan.

Hingga hampir ke Kuantan, Saya tersedar dengan roadblock polis , terlupa akan cuti itu adalah raya cina dan memang banyak roadblock . Saya melihat matanya sudah letih, akhirnya saya pula memandu dlam keadaan mengantuk dan memaksa sekali lagi Alia memandu terus hingga ke Kuantan dan PMG Pahang yang sedang bermula.

Rumusannya

Saya harus kembara sendiri pada saat akhir ini, tidur di atas motor itu selalu berlaku pada diri saya, hingga kini saya akan mengorak langkah . Yeahh!


No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu