Thursday, May 22, 2014

Dari Petaling Jaya Ke Gombak .

Kisah ini berlaku beberapa hari sebelum hari lahir Muna berlangsung.


          Jika ada yang pernah membaca artikel sebelum , Muna ni bukan tak femes orang , ala semua orang kenal ,retis habaq hang . Sebut je Muna Ayiel di UIA Gombak, dari pintu guard  utama sampai Mahallah paling hujung dalam dunia tu orang kenal . Kalau masuk Pilihan Raya Kampus (PRK) boleh jadi menang besar rasanya hahahaha ! Ok Tamat.

Sejarah .

Mengenali kanak-kanak dari Perak ini sekitar hujung tahun 2012 , masa tu Muktamar PKPIM kali ke 51 di Menara Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Mula kenal macam malas layan tapi start malam itu mula lah kegilaan adik-adik dari Tayaah , ala dua orang , Qairun Affendi dengan Asma tu terkeluar dari senarai. hahahaha .

Konflik Bermula.

Malam itu , ada makan malam aktivis PKPIM Darsawasa ke -4 dan ke- 5, nak di jadikan cerita aku manusia paling lewat siap , semua orang dah wangi kot. Makanya aku lah orang yang terpaksa menyiapkan diri di bilik kanak-kanak ini.  Dah rasa wangi sahaja , aku pun terus lah berusaha ke sana, dengan tunggang langgang bagai , ah itu tidak perlu di ceritakan . sekian

Malam untuk Rehat .

Rasa terlalu penat dan malas untuk pulang ,padahal dekat sahaja jika mahu pulang. Akhirnya kanak-kanak ini mengajak aku tidur di bilik mereka yang memang ada katil lebih dalam bilik itu. Ala takat tiga orang kanak-kanak kurus macam Qairun Affendi , Suhaila Halim dan Muna Ayiel tu apa lah sangat tak boleh kongsi katil, dan mereka memberikan aku katil paling hujung sekali. Yang pada masa itu ada anak lipas sedang landing baik punya. Tanpa membuang masa aku terus mengeluarkan laptop hp dan menghempuk anak lipas itu hingga tidak bernyawa. Apa lagi ketawalah budak-budak itu dlam bilik hingga tidak boleh tidur malam hendaknya.

Iftar @ UIA PJ

Puasa menjelma dan inilah pertama kali iftar di UIA PJ. tapi sebelum itu aku ber'iftar bersama sahabat PKPIM KLMU dan terus ke PJ untuk moree' . Ketika itu Abang  Fahmi masih lagi Presiden PKPIM . Dan aku pada waktu itu duduk di Dewan Malik Al Faisal UIA PJ. Maka terjumpalah Suhaila tanpa kehadiran Muna yang masa itu sudah berpindah ke UIA Gombak. Dan snap lah satu pic bersama kanak-kanak senget Suhaila Halim


hahaha ... Muna agak  M E N Y A M P A H masa ini .

Mekdi @ Petaling Jaya dan Gombak

Masih ingat Sue mahu mekdi , aku dengan baik hati membeli Mekdi di sekitar Petaling Jaya. Bila sudah selesai beli , maka delivery mekdi itu sampai terus ke Mahalla Aishah yang agak seram bagi aku , hahahahahaha bangunan dia seram bagi aku , keh keh keh.

Muna tahu dia pun mahu juga, selang beberapa minggu selepas itu sampai pada Muna iaitu di Mahallah Mariam UIA Gombak. Patut ada kata aku seorang kakak yang baik pada adik-adik tayaah ni.... hahahahahahhaa

Burger Bakar Pula

Bila dapat tahu, makanya Asma mau juga, iaitu burger bakar, yelah Mekdi dah kena haram masa tu , haram sangat tapi ada yang mengcekik jugak! Bermulalah pentuntan burger bakar yang tidak pernah sampai ke tangan Asma senjak Suhaila di CFS PJ hingga masuk ke Gombak tahun ke dua. Bermula lah aku mendapat tahu yang Suhaila tidak makan sos , sebab sebelum ini pernah singgah di Mahallah Asiah , dia ada pesan kuey teow yang tidak pedas.

Kisah Sew Ling : Trip To Mahallah Asiah

Dan Muna mendapat tahu aku menyinggah ke bilik Suhaila , kang aku tak singgah tidak adil pula . Makanya terjadilah kisah aku singgah ke Mahallah Nusaibah

Kisah Kak Yong : Melawat Kak Yong


Pengakhiran 

Tidak berapa banyak kisah bersama mereka ini melainkan aku menyempurnakan tuntuan burger bakar untuk Asma yang akan bertukar karier ke MAS , Pada tarikh hari lahir Muna ke 21 , aku tidak sangka akan belanja dia makan burger bakar hingga kenyang tidak terhingga.Hingga aku buat group Squad Burger Bakar hendaknya bagi memudahkan perhubungan untuk membuat bajet ala-ala runion Tayaah  hahaha.

Akhirnya pada malam selasa 20hb mei 2014 , bertemu di tangga besar UIA Gombak, aku membawa mereka bertiga untuk makan burger bakar di Wangsa Maju. Muna dalam keadaan yang agak selekeh pun terpaksa redha lah , Suhaila dengan Asma pun apa kurang selekehnya termasuk dengan aku , balik kerja terus pegi UIA dan makan burger bakar . Aduhai ~~`

Muna sudah besar aku kata padanya , 
Muna jaga diri ...
hahahah

Sekitar Hari Lahirnya .

Nampak Beliau dah gemuk ! hahah








Ok Muna dah boleh gemuk lepas ni . Hahaha

Bila duduk dengan mereka bertiga ini , apa yang diorang tanya tentang tunang aku , 
aduhai , susah untuk beri jawapan pada pertanyaan "EMAS" dua kanak-kanak ini.

Retis di Instagram.

Hahaha .


Teman tidak lah se-retis Muna , tidak tahu bagaimana Suhaila dan Asma pula.

Terakhir Untuk Muna


Selamat Hari Lahir. 
Muna Petai * itu kena tanya Suhaila tentang kisah hidupnya, dakwat dah habis untuk tulis.

*Kenapa dari  Petaling Jaya Ke Gombak
kerana aku mengenali mereka dari  UIA PJ hinggalah masuk ke UIA Gombak








No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu