Sunday, May 4, 2014

Tersirat 14 - Degil Yang Di Sayangi

13 Minggu Sebelum Itu...

"aku dah cakap dengan kau , jangan degil.. kenapa kau bergini?"

Sahabat itu menegur dengan lembut sambil matanya tajam memandang Si Buta yang  masih di penjuru katilnya.. 

"aku seorang yang degil, kenapa harus kau menegur aku lagi"
"sebab perlu , aku takkan bosan tegur kau sampai aku mati"

Memori terpadam.

"kau membelek apa.."
"penyelia , err saya teringatkan si buta...dia dah takde"
"dia pelajar istimewa disini.... ramai lagi kawan yang ada untuk dia walaupun dia selalu sendiri.."

Sahabat itu tersenyum sedih sambil memandang Penyelia itu.

"sukar untuk lupakan peragai degilnya, mungkin awak sudah penat untuk menegurnya tapi sebenarnya tidak bosan...."

Sahabat itu terus merenung

"saya rasa, patut awak baca perkara ini, ia berbeza tidak semua yang akan suka akan tingkah lakunya. fahamilah"

Penyelia itu memberikan sebuah diari lama Si Buta lalu meninggalkannya.Sahabat itu membuka diari itu dan membacanya

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

"aku ada cita-cita
cita-cita tu tinggi... bolehkah aku mencapainya....
Impian yang sederhana, tiada siapa peduli
Oh Umi tunggulah aku di syurga nanti...."

"Semalam ia hadir untuk membawa diri , aku ujar padanya 
aku mahu kembali ... kau tahu kenapa dia selalu jadi bergini
aku cuba untuk jujur padanya
tapi kejujuran itu selalu membawa padah kepada aku
Allah .... selamatkanlah aku dari segala ancaman dunia fana ini..."

"kau tahu yang aku punyai harta yang istimewa
ya ... harta itu aku simpan untuk masa depan
aku perlukan masa untuk merubahnya
harta tidak ternilai itu adlah warisan hingga aku tiada kelak"

"aku memang seorang yang pendegil
sangat degil ... isinya parah untuk di ceritakan
tapi aku cuba untuk pertahankan
aku cuba untuk tidak keterlaluan
aku takut kalian bosan akan tingkah ini
aku takut kalian hilang dari radar kawasan ini

Tapi perkara itu kerap berlaku
seorang demi seorang hilang dari radar aku
aku perlu jauh dari semua ini
sikap degil aku membuatkan orang cuak
aku hargai kalian ketika ada ...
sangat hargai kalian ..
Terima Kasih kerana sudi menjadi 
penjaga aku .
Si  Buta yang degil

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jika kau masih ada, degil itu membuatkan aku geram untuk menasihati kau , sehingga aku nagis pasti kau tidak akan nampak aku"

Half Time


Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu