Sunday, July 13, 2014

Kenangan Yang Akhir .

"Eh kakak itu ... dia datang laa" Ujar seorang kanak-kanak ini .
          Mungkin lah aku teringat kisah sewaktu aku berada di PMGK 14 tahun ini , bulan April 2014 . Aku masih ingat yang aku adalah exco multimedia di bahagian komuniti PMGK . Dua tahun menjadi exco ini , pertama kali gugup kerna aku tidak biasa bekerja dengan Saudara Aliemran Norasid , namum pada kali kedua terlebih gugup sebab bekerja dengan Saudara Sedana Arif Omar . Sebab tu tak pasal-pasal video jadi panjang , bosan habaq hang !!!!

Bertarikh 10 April 2014 

   Sikap tergesa-gesa aku amat annoying sebenarnya , yelah aku takut tak lengkap dek hujan tak lekang dek panas (EH) , namum aku tiba malam di salah satu tempat yang gelap di Hulu Langat . Mata aku sangat terhad di waktu malam tambah di tempat gelap tanpa ada lampu jalan , cuma berpandukan lampu motor itu terpaksalah aku menahan sakit mata yang berpanjangan , selamat ada hero malaya muncul malam itu, orangnya tidaklah tinggi mana alaaa, Sedana je pun ( ngeh ngeh ngeh !)

Cepat Siapkan Kad

    Aku bergegas siapkan kad untuk komuniti dan peserta PMGK tahun ini , pantas buat hingga tidak tidur lena , hinggalah aku ke kantin kem itu, Masha ALLAH ,semak dan sepah ! Aku ni jenis pengemas , makanya tinggalkan komputer pergilah kemas kantin itu , bila siap maka tulislah di tiang itu dengan nada yang sopan, tapi lupa pula ayat yang aku tulis yang penting sopan + kasar hahahahahaha !

Bajet Macam Masuk PLKN 

     Nak di jadikan cerita sudahlah aku tidak tidur yang cukup , pagi itu dewan no dua dipenuhi dengan adik-adik pmgk perempuan untuk datang iron baju mereka, yelah plug kat dalam dorm diorang tak cukup rasanya , boleh di katakan malam itu aku , akma, sakinah , fatehah dan sapa lagi ntah tidak tidur untuk siapkan name tag ini , makanya boleh di kategorikan "Mak Guard" lah sebab tak tidur malam . Bila jam menunjukkan pukul 05:00am , aku hanya lihat , adik-adik je bangun dari lena dan terus menuju ke dewan satu . tepat jam 05:30am , suara garau aku mula keluar , yelah fasi tak bangun lagi , yang bangun boleh kira dengan tangan , hahahha (kelakar) aku pun kejut semua fasi perempuan ni , dalam hati ,lantaklah korang marah aku atau tidak sekali dengan komuniti kena bahan dengan aku untuk solat subuh , kahkahkahkah!

Aku kejutkan seluruh alam disitu, memang sungguh ada yang tak bukak lampu lagi sebenarnya ! Habis solat subuh ada lagi tak bangun rasanya , aku berganjak lagi hingga selesai , selebihnya urusan mereka dengan tuhan.

Komuniti yang Gelabah !

        Dalam banyak-banyak itu , mungkinlah aku komuniti yang gelabah + annoying sangat-sangat. Aku pulang ke Kuala Lumpur untuk urusan print name tag, kerna lambat aku tertidur sesudah zohor habis , maka tidak sempat mandi cuma gosok gigi , aku terus ke kedai print di Kuala Lumpur , kemudian ke pejabat lama untuk pinjam pemotong gambar . Sangat letih , hingga patah balik ke Ampang melalui short cut dari Bukit Ampang akan keluar ke jalan Hulu Langat .Semasa itulah mata terpejam berkali hingga hampir melanggar lori 3tan tak silap . Sangat mengantuk !

Tiba di tempat kejadian komuniti yang bertanggungjawab pun muncul ! Mereka inilah yang selesaikan masalah demikian . Hal demikian berlakulah sedikit masalah, namum hatiku bahagia dapat selesaikan dengan cara sempurna.

Ini bukan Kursus Askar Wataniah, RELA dan Sebagainya ,INI PERKAMPUNGAN MENARA GADING!!

            Ntah kenapa , aku menjadi angin pada malam itu , munkin jiwa aku tengah letih mata yang pinar dan tidak larat untuk berhadapan dengan masalah eh bukan cabaran . Atikah Hairi bagi aku orangnya sangat lembut dan tegas , namum dia punyai prinsip yang berbeza dengan aku, Caranya lembut namum isi katanya PEDAS ! Aku cuba untuk mengawal etika kemarahan aku , mungkin aku masih teringat cara aku di ajar jika tidak sopan atau patuh arahan , orang akan marah jika aku tidak berlaku sedemikian . Mata aku melihat peserta , syaitan mula berbisik hatta si malaikat meminta beristifar ! Suasana makin riuh , 

Aku teringat semasa aku ada menyertai Tamrin Muda di Sekolah jika tidak salah ,satu ketika dahulu , kami bermain-main semasa fasi itu berbicara , lantas suara lantang seorang kakak menjerit hingga membuatkan abang-abang dan kakak-kakak fasi terkejut , Dia menuju kearah aku yang diam terkedu , dalam hati 

"Kau dah kenapa PEAH! sudahlah kau bangun lambat tengah hari pula mahu mengamuk!"
Aku tidak faham erti penat orang lain pada ketika di Tamrin itu , aku cuma hairan kenapa dia memperakukan sebergitu , oh rupanya kami tidak mengikut arahannya rupanya ....

Suasana dewan yang hingar akhirnya ......
"KALIAN SEMUA DIAAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!"
Oh adakah itu suara aku yang membuatkan peserta PMGK berdisplin dan menerima arahan dalam keadaan diam?! Sungguh suara aku mampu terdengar hingga ke luar jalan di sana , sangat kuat . Penat ? Aku harus fikir yang semua orang penat dan bukan aku seorang yang penat !!

Aku tidak mencari publisiti murahan pada ketika itu , namum bagi aku ada fasi yang ketika itu ada diantaranya tidak berpuas hati dengan cara dan sikap aku ! , Oh terlupa yang aku berada di PMGK Bukan Kursus Asas Muda RELA mahupun Briged 505 Askar Wataniah .

Menjadi Sendiri 

        Akhirnya aku siapkan separuh kad yang tdak lengkap dan tertidur di dorm belakang bersama-sama komuniti dari UIA, KLMU dan lain-lain pada jam 5pagi keatas . Kerna ingin lupakan kejadian malam itu , aku tidak hadir post mortem , aku sendiri di air terjun dan melihat air mengalir , salah tingkah laku aku , sepatutnya aku harus menjadi seperti Atikah Hairi dan banyak bersebab jika aku tidak layak menjadi fasilitator . Kata-kata Atiqah Syairah tersusuk dalam di isi hati aku, hingga jam 12 aku tertidur di dewan bersama Sakinah .

Pengubat Jiwa dan Lara

        Komuniti yang selesai sahaja solat subuh . Izzati Muzakkir ingin mengejutkan aku dari tidur yang sekejap , ada ke patut di pergi guling atas badan aku ! Sudahlah aku sakit pinggang pada ketika itu , 10 kali ganda sakitnya . Mungkin dia membalas dendam pada malam kejadian bilamana aku menganggu mereka bertiga termasuk satu dorm dengan melompat atas tilam yang empuk !

Mungkin Nabila Zaidi ketawa dalam letih bergitu juga dengan Aqilah Khairani . Fatehah hanya melihat sahaja , Bilamana masuknya Khadijah dan Aina Mardiah bertambah meriah aku di dalam bilik itu , Dimasuk pula dengan Solehah dan Sofea . Maka si Solehah yang letih tidak layan dan Khadijah terus tidur . 

Akhirnya pada pagi itu , aku harus pulang ke Kuala Lumpur sebelum jam 12pm , meskipun menahan sakit yang panjang , tapi itulah pengubat jiwa semalam aku untuk lupakan kejadian tersebut.

Kenangan Yang Akhir .

         Meskipun bertarikh 13 April 2014 adalah hari terakhir aku menjadi Komuniti ini , namum rasanya tiada lagi khidmat untuk musim hadapan . Hanya datang bertandang melihat sekilas lalu , Aku tidak rasa serik mungkin orang lain akan rasa serik dan annoying dengan sikap aku sedemikian selama 4 hari 3 malam . Perkara ini membuatkan seluruh ahli komuniti , fasilitator dan peserta PMGK akan ingat aku pada malam yang bertarikh 11 April 2014 .

Bilamana post mortem itu berlangsung , aku cuma bercakap dengan nada sebak ! Hanya itu tidak sangat suka akan post mortem .

Aku termenung sekali lagi di surau milik KDH , aku fikir tahun ini mungkin aku yang terakhir menyertai komuniti pmgk .Berisitiqarah berharap ada yang lebih baik dan teratur dari aku .

Mendapat pujian itu tidaklah berharap apa sangat, aku mungkin seorang yang bukan baik dan sangat banyak lemahnya . Tidaklah nak cerita dengan lengkap kan , kang pelik pula jalan ceritanya , hahahahahahaha !

Berjumpa Semula 

Bila ada diantara adik-adik pmgk yang terjumpa dengan aku ,pasti mereka tersegih dan teringat kisah itu ditambah pula
"Eh kakak itu.."
Maka tidak hairanlah ada yang pelik ,ada yang tersenyum dan sebagainya , ini mungkinlah mereka tahu yang aku bukan seorang garang tapi gelabah banyak ! hahahahahahhahahahahahaha. Oleh yang demikian aku menyantuni mereka yang kenal aku meskipun aku tak kenal mereka ,erti kata lain 
"Eden bukan retis yooooo!"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Cuma sekeping gambar ini sahaja aku dapat bergambar beramai-ramai dengan peserta ,komuniti dan fasilitator PMGK 14 untuk tahun ini .



ainaazizan
#roadtogermany

2 comments:

  1. Usah dikenang masa lalu, nanti ayaq mata turun laju2

    ReplyDelete

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu