Wednesday, October 22, 2014

Jangan Terlalu Marah, Kawal Emosi Kita

   Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan satu kejadian yang mendapat perhatian orang ramai . Hakikatnya keyboard warrior telah muncul di persada laman internet ini . Maka tidak sempat mufti negeri keluarkan kenyataan , kumpulan ini terlebih dahulu mengeluarkan fatwa yang haram .

Poster Program Tersebut

Saya takut untuk berbicara soal ini ,kerana ia berkaitan dengan akidah kita . Namum bila Saudara Syed Azmi membuat Program " Saya Mahu Sentuh Anjing atau dalam Bahasa Inggerisnya " I Want To Touch A Dog" ramailah yang meng"hanjing" program ini .Malah memaki hamum lagi , sekilas bila membacanya adakalanya terfikir ramai yang meng"hanjing" dari menasihati . Ada yang mengeluarkan bahasan tentang hadis yang berkaitan dan mendoakkan yang baik maka ramai pula yang mengeji perbuatan itu .

Ya , memang salah menyentuh anjing tanpa sebab, apatah lagi membelanya sebagai haiwan peliharaan macam kucing . Jika ada yang membela anjing mungkin Si Pembela itu punyai ladang untuk haiwan ini menjaganya .
Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Situasi seberginilah blog-blog popular mahu mengubah, mengupas kisah ini dari kisah yang memang kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian akhirnya semuanya menjadi bahan fitnah dan menokok tambah cerita . 

Tidak habis dengan itu, maka ada pula kenyataan "ini semua agenda liberal" , tidak cukup dengan itu keluar kenyataan fitnah dari sesetengah pihak untuk mendapatkan rangkin blog tertinggi (yelah kalau rangkin tinggikan dapat duit). Maka muncul pula berbaur agenda politik itu dan ini tidak cukup dengan itu ada blog pula mengelarkan kumpulan ini dah murtad malah ditambah pula lepas ni buat program " I Want To Touch A Pig " .Aduhai apa kaitannya saya pun tak pasti .

Sumber Dari Blog : Klik Sini
Fakta dan kesahihannya adalah saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya , Semoga ALLAH menjaga orang yang menulis itu . Wallahualam.


Maka atas sebab itulah kita dilahirkan kemuka bumi ini untuk mencari ILMU yang ALLAH berikan. Bukan dengan hanya melihat gambar si polan ini  memeluk dan mencium anjing , kita mula mengelabah tak tentu pasal dan komen memaki hanum , maka sia-sialah jika kita baru lepas solat jemaah tetiba pahala hilang macam tu sahaja sebab kutuk maki hamun orang di facebook .

Ya , saya juga tidak pernah bersetuju atas program yang dianjurakan ini , namun saya berlapang dada dan mencari ilmu atas haiwan ciptaan ALLAH ini . Bertanya kepada orang yang memang fasih tentang hal ini , malah membaca beberapa artikel tentang hal yang sedemikian . Oleh kerana itu saya tidak pernah komen pada page-page yang selalu keluarkan kenyataan tentang program tersebut . Saya tak nak bagi pahala saya pada orang lain . Melainkan kita kongsi ilmu yang kita dapat dari sumber yang sahih lagi benar .

Sumber Rujukkan Tentang Hal Diatas :

*Penulis asalnya adalah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia.
Saudara Amidi b Abd Manan .

*Penulis adalah Bekas Mufti Negeri Perlis
Dr MAZA

*Penulis adalah Bekas Mufti Negeri Perlis
Dr MAZA

Kepten Hafiz Firdaus Abdullah
Himpunan Risalah

Jika membuka facebook antara tokoh yang lain maka saya berasakan banyak hadis dan dalil yang tertera diberikan untuk pemahaman. Artikel yang berkaitan di atas itu adalah perkongsian . Jika anda masih was-was berasa tidak puas hati , maka usahlah mencaci hamun saya pula . Pergilah bertanya pada golongan yang arif tentang hal agama dan bab berkaitan berkenaan . Jika ini jarum halus nak rosakkan agama islam ia adalah pendapat masing-masing . Bahwasanya kita tidak tahu sejauh mana isi hati orang yang menganjurkan program ini dan apakah agenda disebalik penganjurannya . 

Dan saya tertarik dengan status Saiful Nang .

Namum isu ini masih panas dan tidak selesai hingga hari ini , maka senjak semalam saya mendapat wassap dari group yang menyebarkan gambar ini .


Apa yang mengelirukan saya adalah sumbernya yaitu * Majlis Agama Islam Putrajaya . Sedia maklum Wilayah Persekutuan tergabung dari tiga negeri iaitu Putrajaya . Kuala Lumpur & Labuan maka terhasilah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) . Jika Tengku Adnan adalah Menteri Wilayah Persekutuan , maka tiada Menteri Putrajaya mahupun Kuala Lumpur ataupun Labuan. 

Maka dengan itu , MAIWP mengeluarkan kenyataan ini.


Hanya kerana dia menganjurkan satu kempen yang ditolak oleh orang ramai , maka fitnah mula datang kepadanya . 

Untuk Apa kita fitnah orang sepertinya ? 
Untuk apa lagi kita mengeluarkan kata kesat dan ilmu yang tidak berapa tinggi untuk menghakim dosanya ?
Untuk apa lagi kita sebarkan fitnah bagi memberikan pahala kepadanya ?
Untungnya kita atau siapa ?

  Biarlah di hadapan pengadilan esok (hari kiamat) tuhan akan tentukan nasib dan amalannya . Ulama dan mufti sudah mengeluarkan kenyataan terhadap program yang dianjurakan , usahkah kita sibuk berlagak seperti baru pulang dari Al Azhar atau nak maqam tinggi lagi turun dari langit dapat wahyu katanya !

*Rehatkan Minda Kita !
Dua Jenis Marah: Marah Terpuji & TercelaMarah sering diklasifikasikan menjadi dua jenis. Pertama, marah yang terpuji, iaitu bila dilakukan dalam rangka membela diri, kehormatan, harta, agama, hak-hak umum atau menolong orang yang dizalimi. Kedua, marah yang tercela, yakni marah sebagai tindakan balas dendam demi dirinya sendiri.
Marah seperti inilah yang pernah dilakukan Rasulullah dalam hidupnya. Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud bahawa dia berkata, “Kami pernah bersama Rasulullah  melalui sebuah sarang semut yang telah dibakar.Nabi lalu marah dan bersabda, ‘Sesungguhnya tidak patut bagi manusia untuk menyiksa dengan siksaan Allah’.” (HR. Ahmad dan Nasa’i)

FAQ : Kenyataan artikel saya cumalah pendapat jika ada yang tidak bersetuju jangan mempertaruhkan pahala anda untuk saya . Simpan untuk bekalan alam kubur dan akhirat kelak . Berikan motivasi yang fakta dan baik untuk diikuti para ilmuan muda zaman kini . Saya juga manusia yang lemah di sisiNYA namum berusaha untuk meraih redhonya . Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu