Tuesday, May 12, 2015

Savior Of The Broken Part I

              Empat hari lepas , saya diundang ke satu teater yang dilakokan oleh para pelajar dari kuliah pengurusan dan bahasa atau Kuliyyah Of Language And Management (KLM) di UIAM Gombak. Saya save the date untuk hadir ke teater ini kerana adik junior saya di UIA telah simpankan satu tiket itu [ teruknya ayat ].

Teater ini adalah untuk mencari satu solusi kebahagiaan dalam hidup seseorang atau individu itu . Tertarik dengan adegan drama ini adalah kerana watak utama seorang lelaki yang mulanya dia hadir di atas pentas untuk mencari kebahagian di dalam dirinya . Namun bergitu lelaki ini mencari kebahagian hampir ke seluruh pelusuk negara , namum tidak semua kebahagian itu mampu mengembirakanya . Meskipun tidak jelas akan dialog itu , namum saya berusaha dengan sedaya upaya untuk memahami setiap ayat dan perkataan yang akan dilakonkan oleh para pelajar ini .

Konflik ini bermula apabila muncul di Ali Baba itu mahu memberitahu bahawa adakah manusia yang perwatakkan cemerlang mampu membahagiakan hidup ? Adakah dengan kejayaan yang dia miliki dapat memuaskan hatinya ? Atau adakah dia tahu bahawa kehidupannya  cukup sempurna dengan apa yang ada  ?

Salah satu babak yang dipamerkan ini adalah ketika munculnya permain bola sepak terkenal di Argentina . Dia mahu memberitahu ,yang dia punyai kehebatkan ketika beraksi di padang bola, punyai kemewahan dengan hasil yang permainan yang mantap di dalam bidang bola sepak . Namum dia tidak memiliki kebahagian di dalam kehidupannya . Meskipun aku cuba untuk mendengar dialog itu dengan lebih jelas tapi sayang , banyak perkara aku terlepas , jika ada teater ini lagi harus dibawa camera perakam . 

Permulaan Konflik Kekeluargaan.

Ali Baba ini duduk dan mula bercerita tentang satu kisah , dimana seorang Gadis Non Muslim ini mencari erti kebahagiann dengan memeluk agama islam , namum sayangnya ia dihalang keluargannya. Apa yang saya perhatikan watak gadis chienes ini ( terlupa namanya ) hahahaha . Gadis ini memeluk agama islam secara senyap , namum apabila pulanya keluarga gadis ini terkejut malah tidak percaya seakan anaknya keluar dari agama asal. Seluruh keluarga tidak senang akan tidakkanya . Ayahnya terus membuang anak gadis ini .

Mari kita mulakan plot ini dengan kaedah gambar .
Part I : Gadis ini bertemu dengan Ustaz tempat dia belajar ,memandangkan penulis blog dh lupa hampir keseluruhan nama pelakon dalam drama ini , maka erti kata lain pakai kau dia dan aku lah. 
Part ini ingin memberitahu kepada penonton bahawa islam itu indah dan boleh dianuti pelbagai bangsa. Gadis ini mendapat hidayah , lantaran itu keluarganya tidak menerima akan agamanya yang baharu.
Penerangan sang ustaz tentang Islam pada si gadis tentang islam . Saat ini si gadis telah ditemukan dengan kebahagian yang di cari .

Ustaz tersebut melafazkan ucapan kalimah syahadah diiringi oleh gadis tersebut . Akhirnya beliau memeluk islam , namum di fikirannya bermain kata-kata ibubapanya kelak, apakah mereka akan terima atau tidak akan agamanya yang baharu itu.
Saat tiba di rumah ini , si gadis memberitahu akan agamanya yang baharu . Kedua orang tuanya terkejut terutama ayahnya . 

Di lubuk hatinya berharap akan kenapa dia (si gadis itu) memeluk islam . Dan berharap akan keluarga memerimanya seadaanya dan agama baharunya.

Pertengkaran berlaku , apabila si ayah tidak langsung menerima agama baharu si gadis . Berlakulah satu pertengkaran kecil antara ibu , ayah dan anak .

Walhal si anak cuba ingin menerangkan kenapa dia memilih islam sebagai agama di dalam kehidupannya . Penerangan itu membuatkan si ayah bertambah marah , lalu menghalau si anak itu keluar dari rumah.

Si gadis ini berasa amat kecewa , namum bergitu ia tidak putus harapan untuk mendoakkan yang terbaik bagi keluarganya. Harapan tinggi diletakkan setiap doanya agar harapan keluarganya menerima islam dan dirinya seadanya . Namum takdir menentukan segalanya , siapa sangka ayahnya sakit dan dimasukkan ke hospital selepas kepergiannya .

Si Gadis ini pulang untuk melawat kedua orang tuanya , namum tiada siapa ada di rumah melainkan kakaknya yang masih tidak dapat menerima akan kehadirannya .

Bila ditanya kemana semua pergi , kakaknya membalas dengan semua keluar, dan ayahnya sakit dan kini berada di hospital. Si Gadis bertanya dan berasa terkejut kenapa ayahnya sakit tiba-tiba ? Balas si kakak ,ini semua kerana kau yang menyebabkan ayah masuk ke hospital.

Si Gadis berada kecewa dengan jawapan kakaknya itu, lantas mengambil keputusan terus ke hospital untuk melawat ayahnya disana .
Ketika ayahnya yang sedang tenat di katil hospital , namum si ibu masih lagi mahu bergaduh dan menyalahkan anak gadisnya itu kerana dia lah ayahnya sakit tenat di hospital.
Berlaku pertengkaran kecil , Si Gadis menangis teresak-esak , lantas ibunya meninggalkan dia bersedirian bersama ayahnya yang masih tidak sedarkan diri.

Ketika itu , hadirlah doktor yang merawat ayahnya. Si Gadis bertanya apakah ayahnya akan terus hidup dan penyakit dapat disembuhkan.

Lantas doktor menjawab dengan tenang , dan berdoalah kepada ALLAH agar ayahnya diberikan kesihatan yang baik dan kembali hidup dengan baik . [Part ini tidak berapa jelas dialognya , payah untuk mendengar dari arah belakang . saya cuba mengamati dengan baik tapi sayanganya itu sahajalah dapat saya simpulkan]

Sakit sang ayah berterusan hingga satu saat itu , Si ayah hampir tiba untuk bertemu dengan Sang Pencipta , hadirlah si gadis ini untuk memberikan bakti terakhir pada ayahnya . Dia cuba memberikan kata-kata semangat dan positive pada ayah. 



Di akhir nyawa ayahnya , sempat dia mengajar ayahnya mengucap dua kalimah syahadah . Hujung kalimah syahadah, ayahnya terus memejamkan mata dan terus pergi selama-lamanya . 
Menagislah si gadis itu dengan penuh kekecewaan kerana tidak dapat mengislamkan ayahnya disaat ajal menjemput.


Setelah ayahnya pergi meninggalkan semua, si ibu masih terindu-rindu pada ayahnya . Hingga saat muncul didalam mimpi bahawa suaminya muncul dan berpakaian jubah putih . Namum di dalam mimpi itu sang suami berdiam diri dan tidak bercakap apa-apa .

Hilanglah dari pandangan si isteri dan terus terjaga dari tidurnya . Terus ingin berjumpa sang anak yang memeluk agama islam itu. 

Dari sinilah permulaan kebahagian menceritakan segalanya kenapa sang anak memeluk agama islam . Ibu bertnya berulang kali apakah yang di lakukan sang anak pada ayahnya .

Lantas dia menjawab , sebelum ayahnya meninggal dunia, dia sempat mengucap dua kalimah syahadah kepada ayah dan terus pergi selama-lamanya. Ibunya terpegun dengan sikap anaknya dan terus memeluk islam . Disinilah kebahagiannya di temui.


Telah menceritakan kepada kami Abdul ‘Aziz bin Abdullah berkata, telah menceritakan kepadaku Sulaiman dari ‘Amru bin Abu ‘Amru dari Sa’id Al Maqburi dari Abu Hurairah, bahwa dia berkata: ditanyakan (kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:“Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafa’atmu pada hari kiamat?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Aku telah menduga wahai Abu Hurairah, bahwa tidak ada orang yang mendahuluimu dalam menanyakan masalah ini, karena aku lihat betapa perhatian dirimu terhadap hadits. Orang yang paling berbahagia dengan syafa’atku pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya“. [HR Bukhari No 97]








Itu baru permulaan bahagian pertama .
Ikuti Bahagian Kedua .

***Pesanan Penaja : Jika terdapat kesalahan pada ruang artikel , itu cumalah pandangan penulis blog ini sahaja . Mengigati konsep teater tersebut bukan semudah yang disangka apantah lagi mahu menghayatinya. Mengambil masa yang agak lama untuk menulis artikel berkaitan dengan teater . Jika filem mampu lagi menulis artikel dengan lengkap dan penuh . Hal ini kerana penyakit pelupa penulis telah melanda. hahahaha . Jika tidak sependapat dengan penulis tidak mengapa, anda boleh kritik apa yang anda mahu.

Penulis adalah seorang siswazah dalam bidang multimedia aplikasi , menulis skrip ketika belajar adalah hobi. Menilai sesebuah filem atau drama pendek adalah kerana minat yang mendalam. terima kasih atas sokongan.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu