Thursday, April 27, 2017

MISI Club IIUM : Lagenda Bangsawan Kebayan

              26 April 2017, Main Audi,IIUM : Penulis telah menghadiri sebuah teater amal "Kebayan" . Mengikut laman blog "Urban Legen " , Nenek Kebayan di percaya merupakan makhluk halus yang suka tinggal di rumah-rumah tua atau di tempat-tempat yang jarang ditempati. Salah satunya di langit-langit rumah diantara plafon dan atapnya.

Sosok Nenek Kebayan merupakan wanita tua yang sangat renta dengan rambut yang acak-acakan dan semuanya telah berwarna putih karena uban, kulitnya keriput dan menggelambir dimana-mana, memiliki mata yang menakutkan berwarna merah, serta sering terlihat mengenakan pakaian tidur yang panjang berwarna putih dan tampak lusuh sekali.

Diceritakan bahwa Nenek Kebayan suatu waktu akan tinggal di langit-langit rumahmu yang jarang dibersihkan. Dia akan menetap disana hingga beberapa lama. Ketika kamu belum tertidur dia akan mengintip dari celah-celah plafon kamar tidurmu dan pada tengah malamnya, Nenek Kebayan akan turun dari tempatnya untuk berkeliling di dalam rumah dan masuk ke dalam kamarmu. Jika kamu telah tertidur maka pastikan kamu jangan sampai terbangun, jangan juga berpura-pura tidur karena dia akan tahu. Jika kamu berpura-pura menutup mata, Nenek Kebayan akan memperhatikan dan mulai mendekatimu, dia akan duduk di sampingmu dan naik ke atas ranjangmu, setelah itu dia akan berbaring tepat di sisimu dan wajahnya akan memandang wajahmu dari dekat, memperhatikan atau menunggu matamu terbuka. Jika kamu membuka matamu, dia akan melompat dan berteriak sepanjang malam dengan suaranya yang mengerikan.

Namum di Malaysia kisah Kebayan ini banyak diadaptasi dari pelbagai cerita dan kisah. Malah Kebayan ini ada yang kata cantik bak Puteri Gunung Ledang!

Sekilas tentang Teater Amal Kebayan . 2017
Babak permulaan "Kebayan" ini adalah dimana seorang Wanita Mengandung sedang melahirkan anak ditemani seorang doktor dan dua nurse bertugas.
Seraya tiba-tiba, Doktor menjerit atau meraung seolah dirasuk sesuatu yang tidak diketahui dan dikesan oleh Alat Radiasi P.K.E Meter ( Psychokinetic Energy ) yang selalu digunakan dalam filem Ghostbusters...

Permulaan dia agak epik , selepas ketiga-tiga watak rebah, lampu terpadam selang seli dan terus kemunculan Nenek Kebayan dan mencekik Mangsa ( Ibu Mengandung ) sambil menjerit nama suami dia dan paling "rare" Ayam Goreng .( WTH!!! )

Boleh dikatakan masa tu agak "debor" sebab Nenek Kebayan tu lalu kat tempat Audien.. bukan seorang tapi tiga orang... hahaha 

Tiga Perdagang yang melawat Pesisir Kota
Kisah ini disebuah negara yang aman, tapi tak berapa jelas namanya. Almaklumlah Nenek tu bercerita macam nak bagi audien tidur , yelah cu, citer nenek untuk cu tidur yer. Di sebuah kota, yang rakyatnya berbilang bangsa. Munculah watak Penjual Kain, Penjual Bunga , Penjual Ikan dan Sayur Segar. Malah di datangi tiga perdagang bersaudara, dari Arab, India dan Cina. Boleh menari-nari, dan 

Munculah Mak Kuntum  bersama dua anak daranya. Cempaka dan Seri . Selang beberapa minit selepas itu munculah dua pemuda kampung bernama Damak dan Arjuna.


Di dalam babak ini, Damak mula mencuri perhatian kepada Seri berbanding Cempaka. Manakala Arjuna pula tidak memikat Seri dan teruja memikat sang penjual sayur, Melur namanya. Diantara sketsa yang menaikkan watak Damak adalah gayanya mengurat Seri. Lantas terus mengajak kahwin tanpa segan dan silunya !

Ketika Damak memanggil Seri, kelihatan Cempaka amat cemburu dan tersangat cemburu ! Sehinggalah mereka menari-nari diatas pentas  kegembiraan dan diikuti oleh peniaga-peniaga yang ada disitu. Maka dengan tiba-tiba Mak Kuntum datang terjah dan terus terhenti.  
" Jikalau Mahukan anak dara aku, Masuklah Meminang ! " #makkuntum
Terus berubah air muka Cempaka dengan keputusan ibu nya itu. Sosulinya, jodoh itu ditangan tuhan Cempaka! hahahahaha . Tiba-tiba muncul hulubalang Istana memberi khabar bahawa, anak dara di kampung itu perlu hadir ke pesta di istana. Anak dara bukan janda seperti Melur ya !
Hulubalang Istana menyampaikan titah Istana
Namum, apa yang tidak kena pada Sultan Mahmud ini. Ini adalah Teater lagenda, YA! teater Lagenda Kebayan . Pernah dengar Puteri Gunung Ledang menyamar sebagai Kebayan ketika kehadiran Laksamana Hang Tuah ?

Sebenarnyar , rangkap teater ini lebih kepada Sultan mahu memperisterikan dua, lantas kisahnya seperti tergantung . Ketika tari menari diadakan Laksamana Hang Tuah memberi khabar yang Puteri Gunung Ledang meletakkan syarat ke tujuh.

Kerana hampir membuatkan Baginda Sultan murka, negeri yang aman itu bertukar bencana kononnya "Kebayan" lah puncanya !. Permaisuri Sultan menolak 100%, namum kedegilan Sultan membuatkan Gusti Adipati dari Kerajaan Majapahit bergitu marah sekali. Adapun adiknya Gusti Putri juga degil dengan tindakkannya.


Majlis Tari Menari di Istana Sultan , sambil kelihatan Laksamana Hang Tuah berjalan menghadap Sultan
" aaargggghhh sudah sudahhh hentikan semua ini " titah Baginda #Sultan
Keegoaan Sultan jelas , dimana teguran Permaisurinya pun tidak diendahkan malah diberikan lagi alasan yang berlebihan. Paling kelakar part Sultan ketawa. nak kata buruk barangkali aku boleh kena Murka dengan dia. Lol. 


Baginda Sultan cukup marah pada ketika ini dengan khabar yang disampaikan oleh Laksamana Hang Tuah

Negeri ini tidak aman lagi, rakyatnya huru hara seketika, anak dara habis dicolek oleh Nenek Kebayan. Seri akhirnya buta dan Damak pula curang diatas pencintaannya. Berkisar tentang Damak , beliau seorang lelaki yang "buaya" , buaya darat, Playboy dan bla bla . Oleh kerana Seri buta sepanjang hayatnya. Cempaka mengambil kesempatan didalam kesempitan. 

Cempaka tidak mendgar nasihat Mak Kuntum agar tidak keluar malam. Namun atas rasa untuk cemburukan saudaranya, Seri, Cempaka terus keluar dari rumah di larut malam untuk bertemu dengan Damak.
" Apa beza Cempaka dengan Cicak ? .... Cicak itu melekat di dinding Cempaka Melekat di hati Kanda " #Damak
Sedang asyik berasmara dana di hutan belantara , sedang asyik Damak bernyanyi untuk menghiburkan hati Cempaka, secara tiba-tiba Cempaka di colek oleh Nenek Kebayan. Inilah dinamakan balasan hahahahaha. Sapa suruh sakitkan hari Seri, Padan Muka. Akan tetapi sikap buaya Damak tidak berubah, meskipun anak dara kampun semua habis diculik apa nak kesah, bunga bukan sekuntum!

Apabila Rakyat jelata mula derita akan permintaan Baginda Sultan. Semua anak dara di culik Kebayan hanya tinggal, Gadis buta, Ibu Tunggal dan Janda. Plot ini mengisahkan Sultan sedang diambang kemarahan. Dimana beliau tidak memikirkan kehendak rakyatnya. Malah membuat rakyatnya seperti hamba ! Tika kemuncak kemarahan Bagida Sultan ini membakar dengan panas, muncul Kebayan . 

Ada kisah lagenda menyatakan Kebayan itu adalah Puteri Gunung Ledang. Kisahnya cukup sinonim dengan Kehadiran Hang Tuah di puncak Gunung Kinabalu eh silap Ledang

Disini, audien adakalanya baru dapat tangkap , yang Kebayan itu Puteri Gunung Ledang! hahaha. Permintaan dan syaratnya ada 6 namum ditambahnya yang ketujuh iaitu darah anak sultan ! Tengku Ahmad ( jika mengikut kisah Lagenda Puteri Gunung Ledang ).Singkap Angkuh dan Ego Sultan mahu mempertaruhkan anaknya demi Cinta Gusti Putri adalah tidak masuk akal ! Maka diperintahkan kepada Laksamana Hang Tuah untuk berunding semula dengan Gusti Putri tentang hal permintaannya ketujuh!
Sinominnya, Laksamana Hang Tuah seolah disekat , kerana cinta pada Gusti Puteri dan ketaatannya pada Raja.


“Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda” – #HangTuah

Skrip itu adalah cebisan asal dari Filem Puteri Gunung Ledang. Namum kedatangan Hang Tuah ke puncak Gunung Ledang adalah semata-mata menunaikan perintah Sultan !


Adapun Gusti Putri terkesima dengan tindakkan Hang Tuah, Gusti Puteri  akan terus berada di Gunung Ledang. Gusti Puteri tetap bertegas mahukan syaratnya yang ketujuh dilaksanakan, iaitu Darah Tengku Ahmad. Abangnya Gusti Adipati mendapat khabar ini. Tangkas mempersiapkan jenteranya untuk berhadapan Sultan negeri itu ! Pulang Laksamana Hang Tuah ke Istana membawa khabar yang sama. Permaisuri dengar hampir separuh gila dengan tindakkan suaminya. Lantas anak mereka hilang dari Istana ! Sultan mempersiapkan diri nya untuk ke Gunung Ledang bertemu sendiri dengan Gusti Putri, namum perjalanan mereka ditempuh dengan gangguan Kebayan disana!


Puteri Gunung Ledang muncul di hadapan Laksamana Hang Tuah dan Sultan .

Hakikatnya kisah ini tidak mengambarkan sinonimnya Kebayan akan tetapi lebih kepada asal usul kelahiran Kebayan itu sendiri. Dari mana dia wujud dan sebagainya.  Benar Sultan sangat murka ketika ini, namum Gusti Adipati muncul dan mahu berlawan dengan sang pemerintah di negeri sana ! Perlawanan yang hampir sengit membuatkan Gusti Adipati hampir dibunuh oleh Laksamana Hang Tuah!



Kemuncak Perlawanan Antara Laksamana Hang Tuah dan Gusti Adipati
Namum bergitu , Baginda Sultan telah berkenan dengan Puteri Darul Makmur iaitu Tun Teja. Meskipun perlawanan agak sengit diantara kedua-dua kerajaan. Baginda Sultan tetap dengan Egonya dan terus meminang Tun Teja lantas dijadikan permaisuri kerana sangka isterinya sudah gila.
Barangkali Baginda Sultan perlu hadir ke Seminar Keluarga Mawarddah Wa Rahmah Anjuran ABIM Wilayah agaknya , baru faham konsep seorang suami. LOL

Baginda Sultan bergitu teruja di hari perkahwinannya dengan Tun Teja
Tiba di hari yang dinantikan , Tun Teja di culik oleh Kebayan. Malah digantikan dengan Cempaka. Baginda Sultan amat terkejut, lantas mencari siapa Kebayan sebenarnya. Inilah kisah cinta! Cinta Kebayan seorang Bangsawan. Kebayan ini adalah Isteri kepada Baginda Sultan !! Kenapa Permaisuri sangguh melakukan hal sedemikan

1. Kerana Cintanya kepada Suaminya
2. Permaisuri tidak rela dimadukan!
3. Kerana kasih keluarga dan Anak, Tengku Ahmad Shah
4.Terpaksa menculik kesemua anak dara di kampung dan negeri jajahannya agar tidak dikahwinkan dengan Baginda Sultan

Kerana mulut badan binasa, kerana perbuatan Permaisuri , akhirnya Sultan Murka! Maka Permaisuri disumpahkan menjadi Kebayan selamanya . Mencari anak yang hilang dan akhirnya ibu yang melahirkan anak diawal cerita itu mangsanya !

Rumusan!

Barangkali, kisah ini lebih kepada cinta . ya , kebayan cuma menceritakan tentang salasilah nya sahaja. Banyak perkara yang dapat dari teater ini 

1. Kebanyakkan kisah melayu berkisar tentang Kebayan sangat sinonim dengan Puteri Gunung Ledang
2. Tidak disangka , Kebayan itu adalah Permaisuri Raja yang terlalu cinta dan sayang akan suami, anak dan rakyat jelata.
3. Sikap suami perlukan terbuka, bukan Ego.
4. Pemerintah yang adil tidak perlu mengkerah raknyatnya untuk memenuhi kemahuaannya ! Ini diktator namanya Tongku Sultan!
5. Hentikan sikap Playboy Damak, hahahaha
6. Konsep pengcahayaan bergitu teratur. 
7. Lagu yang dimainkan oleh pihak teknikal perlu diperbaiki lagi ! 
8. Suara pelakon perlulah lebih jelas dalam menyebut ayat atau perkataan, agar mudah di dengar.

Nampaknya , penulisan si penulis ini menceritakan semula. hahaha biasalah , saya bukan seorang penulis ! huhuhu

Akhirnya sekali, terima kasih atas pementasan pentas, Barangkali anda boleh buat pementasan " Pontianak Harum Sundal Malam " itupun lagenda melayu juga, cumanya Film PHSM tahun 2004 di modenkan oleh pengarah terkenal , Shuhaimi Baba.

Terima Kasih !


No comments:

Post a Comment

Komen Anda Mestilah Membangun Kalaupun Entri Post Saya Merapu